(saya tangguh cerita ke Sarawak, nak cerita isu semasa dulu..)
Ni tatacara berpakaian jika kita nak berurusan di JPJ.
Kenapa kena ada tatacara berpakaian begini?
Sebab ia adalah sebahagian daripada prinsip Rukun Negara...
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Disebabkan maksud SOPAN mungkin berbeza mengikut individu/kaum/agama,
Maka perlulah diwujudkan tatacara seperti di atas.
Tak suka? Tak puas hati? Tak mahu ikut peraturan?
Senang je...tak payah masuk tempat yang ada etika berpakaian begini.
Masuk tempat orang, HORMAT peraturan orang!
Ada yang berkata...
"Yang ni pun nak sibuk-sibuk. Pekerja kerajaan lembab, tak nak sibuk pulak!"
Fahamilah, selagi kita mencampur adukkan masalah...
Selagi itu ia tak mampu selesai, malah bertambah rumit.
Kita bincang satu persatu ya.
----------------------------------------------------------------------------------------
Kalau korang baca betul-betul tatacara kat banner tu, bukan tak boleh pun pakai skirt. Cuma kena pakai bawah paras lutut. Pasal selipar, yang tu saya rasa ada toleransi. Kalau yg datang tu pakai baju lusuh (jelas nampak orang yang tak mampu), rasanya takdelah kena halau kan....tatacara je, bukan undang-undang.
Berkenaan kes pelancong asing yang berbogel di Gunung Kinabalu, bagi mereka memang tak salah sebab tu hak masing-masing. Tapi mereka sebenarnya bersalah sebab TAK HORMAT budaya Malaysia. Tak tahu? Lagi tak logik, nak melancong mestilah ambil tau sedikit sebanyak mengenai budaya tempat tu.
Tapi ada hikmahnya kes ni, ia membuka mata pihak berwajib bahawa perlunya PAPAN TANDA NOTIS larangan berbogel atau hampir bogel (pemandangan biasa pelancong asing di pantai-pantai kita) di kawasan pelancongan. Kes ni jugak membuka mata para pelancong asing supaya MENGHORMATI budaya di Malaysia.
-Rumah saya, peraturan saya. Tak mahu ikut, silakan keluar.-
ada tengok dalam berita semalam..
ReplyDeleteAs a Muslim kita wajib berpakaian sopan menutup aurat yg sepatutnya. sepatutnya dari dulu dan semua jabatan kerajaan dan swasta harus melaksanakannya. Selaras juga dengan prinsip negara tidak kira pelbagai bangsa harus mematuhinya keran kita semua rakyat Malaysia yg penuh dengan kesopanan dan kesusilaan... :)
ReplyDelete...dan juga minum minuman keras sesuka hati oleh pelancong asing secara terbuka.
ReplyDelete*part berurusan dengan pakai selipar tu. alamak, selalu jugak buat. hehehe...
setuju jugak..larangan minuman keras di tempat awam. :)
Deletetak berjenis sungguh suka sgt nk berbogel.. gilo
ReplyDeleteSaya setuju 200% dengan ini:
ReplyDelete'Rumah saya, peraturan saya. Tak mahu ikut, silakan keluar'
Nak amik lesen memandu pun kene datang kelas dengan pakaian yng bersesuaian.. ntah apa ntah diorang nie yg nak sindir2 pulak.. aduhai teruk betul la...
ReplyDeletesetuju 1000% sgt dgn entri ni....isu yg sama dibahaskan di IKIM pagi tadi...dah masa zaman sekolah dulu sebok ikrar kesopanan & kesusilaaan kan..ni la kene pratikkan! etika perpakaian semasa berurusan formal mmg dah lama...amik tahu dgn tak jelahh...isu servis tu mgkin boleh tolak tepi dulu kot..
ReplyDeletesinggah blogwalking :) salam perkenalan!
salam kenal sue!
DeleteGood point....perfect timing Ujie. Keep it up
ReplyDeletethanks kak Aziela! :)
DeletePegi lah vogey kat negara dia tu..
ReplyDeleteUsaha tu panjat gunung nak vogey atas tu..
saya setuju............. dah lama ada dalam otak saya supaya kerajaan malaysia menetapkan tatacara berpakaian terutama di tempat awam. Saya sendiri seperti kena kejutan budaya masa saya melawat Pulau Manukan di Sabah. Selepas mandi manda di pantai masuk tandas sebab nak bilas badan dan tukar pakaian.... tetiba ada pelancong asing berbogel dengan anak kecik dia sama je.... jalan lenggang lengok keluar dari tandas.... walaupun sesama perempuan tapi saya terasa sangat malu sampai tak sanggup nak angkat muka. Kerajaan memang patut tetapkan peraturan cara berpakaian di tempat awam..... terutama pada pelancong asing. Nampak sangat mereta tak menghormati budaya kita
ReplyDeleteErkk..apa teruk sgt foreigner tu? Mmg wajib buat notis camni.
Deletebetui tuh sgt setuju...
ReplyDeletesetujuu sangat kak ujie :D
ReplyDeletesebenarnye dh lama pn ade peraturan ni, cume dh ketat je sebelum ni..
ReplyDeletejgn pelik la kalau ade kes gangguan seksual ke hape kalau etika berpakaian yg dh ditetapkan pn xmo ikut..
salam ...sy bersetuju dgn etika pemakaian seperti ni terutama untuk urusan2 rasmi.
ReplyDeletePada kakak tata-cara ini patut diaplikasikan penduduk yg katanya negara Islam. Sebaik keluar rumah kena ikut tata-cara ini. Bukan saja nak berkunjung ke pejabat tertentu aje..
ReplyDeleteSalam ukhwah... Baru tau ni, xctly bagus jgk bila bdn2 kerajaan & berkanun buat tatacara pemakaian macamni at least pemakaian rakyat Malaysia bertambah manis&b'sopan santun
ReplyDeletebagus juga ada tatacara macam ni dan bagi saya sepatutnya, negara ni perlu adakan tatacara berpakaian lebih2 lagi buat yang beragama islam...sedih tengok, nak cakap lelebih risau pulak
ReplyDelete