24 MEI 2015 / AHAD
HARI TERAKHIR di Sarawak. Pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk ke Pasar Minggu Kampung Serikin, terletak di daerah Bau. Istimewanya pasar ni, ia terletak di sempadan Kalimantan, Indonesia. Saya difahamkan, kebanyakkan barang yang dijual dibawa masuk dari Indonesia oleh para penjual Indonesia.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam dari Kuching, dalam hujan renyai. Sepanjang perjalanan disajikan dengan keindahan bukit/gunung, dilatari kabus tebal yang bergerak perlahan. Indah!
1. Inilah kawasan parking Pasar Serikin. Kami sampai kira-kira 9.30pagi dalam keadaan masih gerimis. Bayaran RM2 dikenakan.
2. Inilah rupa Pasar Serikin. Di kiri dan kanan jalan terdapat deretan gerai/kedai. Walaupun hujan dan jalan lecak, orang ramai tetap ghairah nak shopping. Termasuklah kami!
3. Antara yang banyak dijual - telekung. Katanya dari Bandung. Entahlah...yang pasti emak saya 'tersangkut' kat kedai ni agak lama. Hasilnya, dapatlah beberapa pasang telekung. Lebih murah dari biasa (setelah puas tawar menawar) dan cantik-cantik, kata mak saya.
4. Kedai menjual tikar Sarawak dan tikar kayu Palembang. Yang ni saya minat, dah lama teringin nak ada tikar kayu Palembang. Cari kat Nilai3 pun takde saiz yang besar. Akhirnya...'terbeli' jugak! Tikar kayu Palembang ni unik, sebab ia hasil cantuman kayu kecil bentuk empat segi.
(Gambar kecil) Tikar kayu Palembang dibungkus rapi untuk memudahkan kita bawa naik kapal. Macam tak percaya buat kerja camni..angkut tikar jauh-jauh. Minat punya pasal!
5. Sungai yang cantik dan bersih. Tapi sampah berlonggok kat tebingnya. Cacat pemandangan sungguh. Tandas ada berhampiran sungai ni, kot ada yang mencari.
6. Lukisan tangan menggunakan cat minyak. Saya beli satu sebab saya memang minat lukisan asli yang biasanya mahal-mahal. Yang ni saya dapat dengan harga RM40. Frame kena buat sendiri ya.
Barang-barang lain yang dijual termasuklah kain pasang sulam, barang kraftangan dan barang antik. Sempat jugak berbual dengan seorang penduduk tempatan, katanya pasar ni popular dikalangan orang Semenanjung. Orang tempatan cuma datang bila nak dekat hari perayaan je. Dan katanya lagi..tak lama lagi Pasar Serikin ni akan dibuat di tempat lain yang lebih jauh (betul-betul di sempadan Malaysia/Indonesia).
Ok, setelah lebih 2jam kat pasar ni..kami pun bergerak balik. Inilah lokasi terakhir kami sebelum berangkat pulang ke Semenanjung. Tamat sudah catatan ke Sarawak, ditulis untuk rekod peribadi dan panduan/perkongsian pengalaman untuk yang lain.
~ Ramadhan bakal menjelang, jom siap-siapkan (luaran & dalaman) apa yang patut!~
tikar sarawak tu cantik..tahanlama :-))
ReplyDeletebaru 60% persiapan ramdhan:-))
Yan, yang gambo kat atas tu tikar kayu palembang. Akak minat ni berbanding tikar sarawak. :)
DeleteKalau acik pun mcm mak ujie..mana2 pegi sangkut lama kat kedai telekung.kalau online pun sama
ReplyDeletehehee..bagus kak, ingat solat selalu tu! :)
DeleteTikar dia pun cantiklah Ujie. Kakak terpikat dgn design dia. Tempat kita ni susah nak dapat. Mak biasalah nampak telekung mana tak terpikat kalau dah harganya jauh lebih murah..
ReplyDeleteTikar palembang ni mula2 saya jumpa kat online, Pastu dok cari kat Nilai3, kecik pulak saiznya.
DeleteMak kan kak, smpai arini dok sebut2 puas ati harga telekung kat Serikin ni murah. :D
saya pun kalau balik kampung mesti g sini. brg yg dibeli telekung n kain batik doa ibu.
ReplyDeleteKain batik doa ibu? sedap di pakai ya Lea?
Deleteaah lah. sungai bersih tapi sampah berlonggok tu tak sedap mata memandang
ReplyDeleteagaknya, dia bersihkan sungai..pastu dia longgok kat tepi. tak sempat angkut.. :D
Deletepaling suka gi shopping...biar lah tak membeli pun,....lukisan tu comel sangat sangat napok hidup....permandangan comel tapi ada sampah tu memang out terus kan..nape diorang takbersih
ReplyDeletecitarasa kita sama ya eita..org lain tak heran pun dgn lukisan kesukaan akak ni tau. hohohoo
DeleteOhhh....ini pasarnya ....selalu terperasan nama Serikin tu kalau pengumuman waktu buka dan imsak kat TV hihi...
ReplyDeleteBest ni .....kalau kaki soping, banyak yg boleh dibeli. Tak susah ke bawak tikar tu Ujie? Kalau boipren mak sure tak mau bawak tu
pada saya susah, sbb berat 15kg. Tapi boipren saya baik ati..nak jugak beli, walau dah kata..takpelah..leceh nak handle berat besar. :)
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
cantiknya tikar serawak 2...
ReplyDeleteyg dlm gambo tu, bkn tikar sarawak Ahlam..tapi tikar kayu Palembang. Dia guna kayu bentuk kiub yang dicantum.
Deletesalam ramadhan Ujie.
ReplyDeletebla menyambut ramadhan..sudah tentulah telekong yg di cari dulukan..
hahaa..betul2! telekung baru, semangat pun lain je..
DeleteCantik tikar tu.. berkenan jadinya.. ;)
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan.. ;)
kan..tu yg saya jatuh chenta! :)
Deleteada buat tangan tak untuk kita kak?? haha
ReplyDeleteada lagi keychain ni..nak ke? bak alamat :)
DeleteTikar sarawak tu mmg cantik... tp kalau satu dah tercabut... alamatnya abis la...
ReplyDeleteoo..rasa mcm tahan lama yg mak pakai kat kg. Cuma byk habuk2 bwh dia. Tapi yg saya beli ni bkn tikar sarawak pun... tikar Palembang. Lain buatan dia.
Deletemmg pun..sakan org pompuan shopping! org lelaki tukang tunggu je..pastu tkg bwk brg. hehehe
ReplyDeleteSelamat hari raya Maaf zahir batin ujie
ReplyDeleteNi baru sempat nak bw
Lawa tikar tu..unik
Sungai tu pun kalau touch dengan bunga cantik
Tp biasanya sampah jadi hiasan sampingan.
Heheh
Cmana boleh lipat jadi camtu? Ingatkan boleh gulung je.Yg tikar palembang tu berapa hingget?
ReplyDeleteuui rindunya kat kpg bila tgk pic ni..sy org kpg ni..blk kpg pun jarang2 sbb kja kat kl..klu kat kpg mmg jarang nk g pasar ni(hjg kpg) sbb ramai org..luar rmh pun penuh je ngan keta so bila petang ckit bru ada chance nak g sbb x ramai org..klu psl barang2 harga mmg nak kena tawar lama2..he3..ktorg org kpg pun kdg2 kena charge mhl2 kcli la knl ngan penjualnya..
ReplyDeletecantik lukisan tu,saya juga sukakan lukisan tetapi tak pernah beli lagi hehehe
ReplyDelete