Wednesday 14 January 2015

Keropok Lekor Cheese

Pertama kali makan keropok lekor ada cheese di dalamnya. 

Sepeket ni RM10.

Rasanya? Sedap macam keropok lekor biasa tu, cuma sesekali tergigit cheese barulah terasa kelainannya. Mungkin cheese tu tak banyak, tak terasa sangat bila makan. 

Keropok lekor ni dibeli dari kedai keropok lekor Bukit Tok Beng (BTB) 2209, terletak di selekoh jalan menuju ke lapangan terbang Kuala Terengganu. Tempat-tempat lain saya tak tau. 


~ nak buat entri kes Altantuya dan konsert k-pop, rasa berat sangat pulak nak fikir. Kita cerita makan-makan je lah. hehee.. ~

15 comments:

  1. nyum2 sdp ni kak..nth bila dpt rasa..kalau byk cheese lg best ni..hihi

    ReplyDelete
  2. Tu la, ari tu ada nampak kawan pos kat FB. Tak pernah try lagi. Ada yg kata tak sedap sebab cheese tak sesuai dgn produk yg berasaskan ikan. Tak tau le. Kena cuba sendiri baru tau kan?

    Ala, tulis je la pasal isu berat tu. Nak komen ni. Kita kan selalu sependapat kalo bab2 serius ni.

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan. macam sedaaap je :D

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar tapi belum pernah makan, bila2 mungkin kena buat sendiri kemudian taruh cheese lebih sikit baru sedap kot...

    ReplyDelete
  5. tak pernah plok merasa....ni resepi baru kot untuk kelainan....
    asik rasa ikan je..sesekali nak jugak rasa lain...hehehe

    ReplyDelete
  6. tak pernah jumpa kat segamat..kalau dah bubuh chess mesti sedap kan ujie

    ReplyDelete
  7. Wahhh! Kopok lekor cheese! Memang meleleh la bila makan..hihi

    ReplyDelete
  8. saya ada biras dari terengganu..nanti nak minta dia belikan la..

    ReplyDelete
  9. citer makan je pun best gak kak.. hehehe..
    ira tak penah makan kepok lekor yg dlm nya ada cheese.
    tapi penah makan kepok lekor cheezy mayo.. dkt area central market.
    best gak la..

    ReplyDelete
  10. topik berat berat saya pun dah malas nak pk.. kepala dah cukup sarat pulak rasanya..

    simptom bila dah makin berumur ke? hahahha..

    ReplyDelete
  11. Alahaiii kak. Lapar plak nengok ☺

    ReplyDelete
  12. sedapnya ujie.
    aku pun malas nak pikir bab berat2 ni..letih mak

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****