Monday 19 January 2015

Hujung Minggu Saya...

Sabtu pagi...aktiviti gotong-royong di taman perumahan saya. Pertama kali join, walaupun ni bukan kali pertama diadakan. Alhamdulillah...aktiviti lancar walaupun ramai yang baru pertama kali bersua muka. Sambil bersihkan kawasan, masing-masing berkenalan. Maklumlah kawasan perumahan baru, memang ramai yang saya sendiri belum kenal. Seronok, walaupun cuaca agak panas dan berangin. Bersyukur dapat kejiranan yang bersemangat begini. 

Sempat jugak berborak mengenai keselamatan, agak menakutkan sebab baru beberapa hari lepas ada dua (atau tiga) kejadian rompakan bersenjatakan parang di taman perumahan berhampiran. Semoga Allah melindungi kami! Risau...

Ahad pagi...jiran bagi pokok kunyit, sebab dia punya dah merimbun sangat. Alhamdulillah...haritu beli daun kunyit 3 helai saiz sederhana dengan harga RM1. Ni dah ada sendiri senanglah. Cuma, saya tak bersedia dengan pasu besar. Jadiklah gini, pokok besar tinggi tapi pasunya comel sangat. Nantilah beli pasu yang besar lagi. Seronok jugak bila dah mula ada tanaman herba ni! Pokok kari baru tanam kira-kira sebulan lalu, Alhamdulillah nampaknya membesar dengan baik. Tapi semua ni suami yang tanam, saya tanam asik tak menjadik...serik.

Tengahari...masak-masak. Ikan merah stim limau dan kangkung goreng belacan. Ringkas, cukuplah untuk kami berdua je. Disertakan buah pisang kaki yang manis dan berbau harum! Gara-gara baca entri Lyd yang katanya buah ni sedap, tergerak hati nak membeli bila ternampak kat pasaraya semalam (Sabtu). Sebelum ni memang pernah makan, tapi saya rasa tak berapa sedap. Tapi kali ni memang sedap! Dulu makan beli dari pasar malam, yang ni beli kat pasaraya (rupa dan pembungkusan lebih elok dan harga pun lebih mahal). Itu ke punca rasanya berbeza? Mengada punya tekak!

....hari ni Isnin, untuk entah ke berapa kalinya pihak pemaju datang baiki kebocoran pada bumbung konkrit. Moga-moga ni yang terakhirlah!...

27 comments:

  1. alahaiiii sedap nyer la haiii ikannn

    ReplyDelete
  2. Bagus kalau dpt kejiranan macam ni...kenal each other...
    Ikan merah masak stim tu ...mmg best....dan sesuai utk org berdiet...:)

    ReplyDelete
  3. Kalau taman perumahan baru dah mula macam ini rasa kakak akan berpanjangan semangat gotong-royong ni. Bagus dan Ujie kena terus ikut..

    Persimmon atau pisang kaki ni kakak sekeluarga pun suka Ujie. Kalau nak CNY memang akan banyak. Kakak suka yg keras - cuci tak payah potong terus ngap aje:)

    ps: Blog ujie tak boleh klik ikut link dari yg Ujie komen tau. Kakak kena ikut dashboard baru boleh masuk.. someting wrong.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada penganjur program gotong royong dan semua penduduk yang hadir. Lain kali buat program makan-makan pot luck pulak..tentu lagi meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. program pot luck dah buat awal bln aritu, saya yg tak dapat join sbb ada plan lain masa tu.

      Delete
  5. alahaii. sedapnyaaa ikan stim :D

    ReplyDelete
  6. ada harga juga yer daun kunyit...x pernah beli..maklum duduk kampung :-))

    ReplyDelete
  7. TQ buat back link. Sedapkan persimmon.

    Bagus juga kalau ada kejiranan macam ni ujie. Sbb suasana beramah mesra dengan jiran2 ni dah makin lama makin pudar drpd budaya kita. Dan pokok kunyit tu memberi inspirasi utk saya tanam juga rempah dan herba sendiri. Skrg baru mula follow page Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri kat FB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom tanam, sikit2 jadiklah. rasa puas bila nak guna terus amik dari pokok sendiri. :)

      Delete
  8. acik pun peminat persimmons ujie..dari 1998 dah jadi buah kegemaran..tapi tak boleh la beli banyak ujie mahal kan..baru minggu lepas acik beli rm8.00 sebiji..dah suka beli jugak 2 biji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ait..mahalnya RM8 sebiji. Saya beli ni rm3.90 sebiji..pun dah rasa alahai mahalnya!

      Delete
  9. wahh.. lepas ni tak yah beli dah kak,, boleh petik2 je tepi rumah hihi,,, tambah lagi kak,, serai ke,, pegaga ke hihihi,, untungnya rumah yang ada tanah ni kan,, buah pisan kaki tu first time dengar,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah akak ni takde tanah pun CikAnie, sume kena guna pasu je.

      Delete
  10. kalau kat tempat saya ni pulak dengar kata orang culik budak.penculik tu Orang cina..tapi dah kena tangkap..tak tahu la kenapa tak masuk berita pun sebab ramai yang kata sumber ni sahih..entah la..

    ReplyDelete
  11. teringat masa duduk taman dulu .. ada gotong royong ni mmg mengeratkan hubungan dgn jiran2....

    ReplyDelete
  12. Berbeza sungguh kejiranan Ujie dengan kejiranan akak yer...Syukurlah tu. Lunch dish tu nampak sangat menggamit selera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat kisah akak..yg anak jiran pecahkan lampu tu.

      Delete
  13. aktiviti gotong royong ni dah jarang sangat ada sekarang ni...

    comel nyer kunyit akak..tinggi je melangut...hehehhe..tanam atas tanah lah kak..lagi subur...


    sedap..sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah akak ni takde tanah..walau sekangkang kera pun eita..hehee
      sume kena dlm pasu.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. apasal tak tanam atas tanah je kak.....sedap nampak menu tengahri tu

    ReplyDelete
  16. hari yg sgt berwarna warni...aktiviti bergorong royong tu byk manfaatnya, kawasan bersih, badan sihat dan jumpa kenalan baru.

    ReplyDelete
  17. best aktiviti macam ni
    tangan tak sejuk tu, kena rendam dalam ais
    bestnya ikan merah ujie! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti aku try eh..bagi tgn sejuk sng tanam pokok..hahahaa

      Delete
  18. Bagusnya ada aktiviti gotong royang. Sambil nak berkenal kenalanlah kot. Ni kalau OKje belum tentu pergi ni hihi.... Majlis Perbandaran tak datang bersih ke Ujie...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****