Tuesday 20 January 2015

Buah Keranji @ Buah Keradih

'Sorong papan tarik papan, buah KERANJI dalam perahu.
Suruh makan engkau makan, suruh mengaji engkau tak mahu.'

Biasa dengar nama buah keranji ni digunakan dalam pantun lama. Sekarang barulah saya berjumpa buah sebenar. Buah keranji atau di Terengganu dikenali sebagai buah keradih ni, sebenarnya jenis buah bermusim. Bila tiba musimnya, memang mudah dicari kat Terengganu ni. Untuk sepeket di bawah, harganya RM6



Cara nak makan sangat mudah, cuma picit/tekan sikit kulitnya dah pun terbuka. Isinya lembut dan sesuai dimakan cara kemam. Dalamnya ada biji kecil seakan biji asam jawa. Sekarang semua dah guna pes asam jawa, kenal lagi ke rupa biji asam jawa? Hehee. Rasanya? Masam-masam sikit dan manis sikit! Sedaplah bagi saya. Yang istimewanya buah keranji ni, ia tahan lama. Macam yang kat atas ni sebenarnya dah lebih seminggu dibeli, tak masuk peti ais pun. Tapi masih elok je.

~ santai petang tulis entri sambil kemam buah keranji ~

12 comments:

  1. nani tak minat buah keranji sbab rasa dia macam masam masam sikit. :D

    ReplyDelete
  2. Teringat satu pantun lama mengenai buah keranji:

    Sorong papan tarik papan
    Buah keranji dalam perahu
    Suruh makan engkau makan
    Suruh mengaji kau tak tahu...

    Lucu pantun tu kan...?

    ReplyDelete
  3. Saya suka buah ni. Dulu arwah mak selalu beli. Kat KL mmg tak pernah jumpa lagi rasanya. Sbb kalau jumpa dah tentu saya beli.

    ReplyDelete
  4. Kalau makan kenyang sangat, perut pun dah rasa senak...akak suka kemam buah ni. Entah kenapa boleh rasa lega dan rasa segar jer. Tapi kat sini susahlah nak jumpa kan.

    ReplyDelete
  5. suka sangat buah ni..sedap tekak tak loya...

    ReplyDelete
  6. 1st time saya tgk buah keranji ni! hahaha

    ReplyDelete
  7. saya tak berapa minat buah ni ehee
    dia macam berdebu gitu
    tapi teringin nak nengok ndelok pokok ey :)

    ReplyDelete
  8. isi nya memang nampak macam asam jawa la..sedapnya...saya suka jugak masam2 ni..:)

    ReplyDelete
  9. Sedap...Dah lama tak makan buah ni.

    ReplyDelete
  10. Kali kedua saya ke Kuala Terengganu, singgah di Pasar Payang. Terjumpa buah keranji, saya pun terus membelinya. Sebelum ini hanya mendengar dan melihat gambar. Kali ni terjumpa...terus beli dengan tujuan inilah pengalaman pertama untuk merasainya sendiri.
    Yang saya nak tanya..dalam banyak-banyak diantaranya ada yang berbiji satu(1) ...ada juga yang berbiji dua(2). Ada apa-apa ke disebalik keadaan tersebut?

    ReplyDelete
  11. Mula makan masa sekolah rendah, dah tua baru jumpa balik, mula saya ambik isi oren saja, buang biji, lepas tu saya gigit biji dia, sedap juga bila pecah, lepastu saya mkn sebiji dgn kulit, sebab pada kulitnya ada banyak pulak mineral untuk kegunaan badan kita, fatty acid.. Bagus..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****