Memulakan Disember 2014 di Muadzam Shah, Pahang. Bergerak dari Pajam, N. Sembilan selepas Asar semalam. Sepanjang perjalanan hujan renyai. Alhamdulillah takde kesesakan, cuma tak boleh laju sebab hujan.
Sampai Muadzam Shah dah pun dekat jam 8 malam. Kita cari tempat makan dulu, perut dah lapar sangat. Saya dapati bandar ni memang tak sesak langsung. Cuma 'sesak' dengan burung di atas bangunan dan najis burung yang bersepah di tangga-tangga depan premis. Hati-hati bila melangkah!
NAK MAKAN KAT MANA?
Ternampak restoran yang menarik dari luar ni...JENTAYU KOPITIAM. Siap ada papan tanda tulisan Jawi, tapi tak sempat ambil gambarnya. Deko dalam restoran ni kira menarik. Persekitaran pun bersih dan layanan pantas. Rata-rata pelanggan adalah perempuan muda remaja (budak UNITEN kot). Lelaki macam takde pulak. Pelik gak, budak lelaki makan kat mana ek?
Saya dan suami masing-masing order Mee Goreng Mamak, minuman panas Hazelnut dan Latte. Harga berpatutan bagi saya, cuma rasa Latte tu tak berapa ok kat tekak saya. Mee Goreng Mamak dia sedap, cuma terlalu banyak. Lain kali kena beli satu pinggan je, pastu mintak satu pinggan kosong. kita kongsi dua orang. Hehee..
Jadinya, kalau korang nak cari tempat makan kat Muadzam Shah ni bolehlah ke Jentayu Kopitiam. Lokasinya sebaris dengan premis Avon. Tak berapa jauh dari Tong Villion Hotel dan Masjid Jamek.
NAK MENGINAP KAT MANA?
Bandar Muadzam Shah ni tak besar mana pun, jadi pilihan penginapan juga terhad. Kalau nak selesa, boleh menginap kat TONG VILLION HOTEL ni. Sebuah hotel baru yang terletak berhampiran Masjid Jamek dan bersebelahan dengan pasaraya Tunas Manja (senang kita nak cari barang/makanan).
Rekaan dalaman bilik penginapan ni memang moden. Menarik! Kat bilik air ada bathtub dan rain shower. Bolehlah berangan main air hujan macam masa kecik-kecik dulu kan. Gambar rain shower yang best tu takde ya. Boleh buat carian kat Internet, pastu pasang kat rumah sendiri. Lagi yang best..WIFI dia lajuuuu. Jimat kuota porta-wifi saya!
Apa yang tak best? Bilik ni takde peti sejuk. Untuk saya yang nak menginap dua hari, agak perlu jugak peti sejuk. Tapi tu hal kecik je. Lagi yang tak best? Sarapan dia sangatlah ringkas. Macam pagi tadi makanan beratnya nasi goreng dan spaghetti je. Jadinya, kami sambung makan roti canai cicah kari kambing kat kedai lain pulak.
Keseluruhannya, okey je menginap sini. Sebelum ni suami dah beberapa kali menginap di Wawa Inn (sebab Tong Villion belum wujud), sayangnya keadaan bilik & bilik air kotor. Tapi tak taulah kalau sekarang dah elok. Untuk yang nak menginap di Tong Villion Hotel, boleh hubungi 09-4521001.
PAGI YANG BERKABUS
Bandar Muadzam Shah ni penuh kabus, mungkin sebab masih banyak hutan/pokok. Suka saya tengok kabusnya yang banyak, bergerak di sebalik bukit. Tenang! Macam gambar di atas, diambil dari tingkap bilik penginapan kami.
Pagi tadi jugak, sempat lagi pergi pos bungkusan-bungkusan pelanggan. Inilah kelebihan bisnes online, boleh berjual dari mana-mana dan boleh pos dari mana-mana. Yang penting bawak barang jualan dan flyer poslaju. Mana yang tak bawak, kita pos bila dah balik rumah nanti. Yang penting kena bagitau awal kat pelanggan.
~ ni bukan saja jalan-jalan tau, cuma ikut suami bertugas. Macam biasa...orang pergi kerja, saya duduk sorang dalam bilik. ~
saya suka kak kalau order makanan kat kedai dapat banyak. tak payah nak order 2 kali. terus kenyang. haha
ReplyDeletewahhh..cantiknya bilik dia.. anak saya sure happy kalau bilik ada bath tub.. hahaha..
ReplyDeleteacik kalau nak ke kuantan lalu muazzam..tapi tak pernah masuk ke pekan nya
ReplyDeleteTak pernah lagi saya jejakkan kaki ke Muazzam...cuma dengar nama aje...
ReplyDeletesaya pun belum pernah menjejakkan kaki ke sana... nak tau jugak apa lah aktiviti kalau kat bandar Muazzam ni?
ReplyDeletesetakat ni, macam takde aktiviti yg menarik hati saya kat sini...hehee
Deletekecuali hijau alamnya, pagi yg penuh kabus.
Saya macam JR, tak pernah masuk/jejak kaki ke Muazzam Shah...Pernah lalu aja masa nak ke Kuantan
ReplyDeleteOK juga Ujie ikut suami outstation dpt makan angin sekali.
ReplyDeleteCantik dan selesa hotelnya kakak tengok. Makan mee goreng mamak ye:)
byk pokok lagi...tu pasal damai je melihatnya
ReplyDeletediana blm tau ke? Kami masih berdua, doakanlah cepat boleh angkut anak2. :)
ReplyDeletekedai makan yang menarik, bilik penginapan yang cantik dan selesa nampaknya beserta permandangan yang cantik
ReplyDeleterasa macam nak pegi lak
ReplyDeletecantik la hotel tong villion tu..
ReplyDeleteUjie, saya suka konsep bilik hotel macam tu. Yang part makanan mee goreng tu banyak sgt, saya rase ada org lain yg gembira kalau portion satu hidangan tu banyak. MUngkin saya la org tu. hehehe.. Tak tau plak kat Muadzam ada UNITEN. Hihi.
ReplyDeleteCantik biliknya Ujie... boleh lena sampai ke pagi gayanya tu....hihi
ReplyDeleteTak pernah sampai sinilah rasanya....
Yg penting dpt ikut suami hihi....sorang kat bilik tu small matter yer dak
BAJET HOTEL BARU DI MUADZAM SHAH
ReplyDeletesalam. saya dari pengurusan HOTEL Anjung di muadzam shah. Kami adalah HOTEL baru menggantikan HOTEL lama iaitu Hotel RSD. Kami telah megambil alih hotel tersebut memandangkan hotel tersebut mengalami masalah pengurusan.
Dengan itu kami telah melakukan sedikit perubahan terhadap hotel dengan menukar hampir keseluruhan barang-barang hotel lama termasuk katil,tilam,bantal dan lain-lain. Kami masih lagi dalam proses penambahbaikan walaupun begitu operasi hotel masih berjalan seperti biasa. Harga yang kami tawarkan adalah dari RM60-Rm100(family room)
untuk info lanjut boleh hubungi kami di 09-4502312 / 019-9707751
Anjung Hotel sedia menanti kedatangan anda :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete*ridan
ReplyDelete