Tuesday 23 December 2014

Brownies Cheese versi Kukus

Cubaan pertama buat Brownies Cheese Kukus. Ada rakan Fb share, dah lama saya print screen dan sekarang baru cuba buat sebab teringin nak makan.


Resepi asal tak tau dari siapa, takde tulis sumber. Terima kasih kepada yang share resepi ni. Saya tulis semula (ada ubah ayat sikit bagi mudah) untuk rujukan saya dan korang yang nak mencuba.

BROWNIES CHEESE versi KUKUS

Bahan-bahan Brownies :
(Bahan A)
2 biji telur
1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250ml)
1/2 cawan susu pekat manis
100ml minyak
1/2 cawan gula kastor

(Bahan B : perlu diayak bersama)
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah kepada 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Bahan-bahan Cheese :
500g cream cheese
4 biji telur
140g gula halus
sedikit esen vanilla

CARA MASAK :
Untuk Brownies, satukan Bahan A dan masukkan dalam blender. Kisar sehingga sebati. Kemudian masukkan Bahan B, kisar lagi hingga sebati. Griskan loyang dan alas dengan kertas minyak, tuang adunan tadi. Baki adunan jangan terus dibersihkan, simpan untuk buat corak atas lapisan cheese. Kukus adunan selama 25-35 minit, sehingga masak. 

Sementara menunggu Brownies masak, siapkan adunan Cheese. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula halus dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Bila Brownies dah masak, barulah tuangkan adunan Cheese ni. Titiskan baki adunan Brownies ke atas adunan Cheese. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula selama lebih kurang 20 minit dengan api sederhana sehingga masak.

Sejukkan sebelum boleh dihidang. Untuk menghidang, potong bentuk empat segi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk corak atas Cheese, kalau korang ikut resepi (titis dan lorek) rupa dia lain. Yang saya buat ni terus je buat bentuk garis-garis. Suka hatilah ya. Kalau nak lebih sedap, makan selepas masuk peti sejuk semalaman. Maksudnya, lebih lama disejukkan lebih sedap rasa Cheese tu (kalau citarasa sayalah). 

Apa beza Brownies dengan kek coklat? Tengok bahan sama je macam nak buat kek coklat. Ok, bezanya adalah pada sukatan bahan. Dan hasil selepas masak pun berbeza, Brownies lebih padat. Dibezakan jugak dengan cara potong, Brownies dipotong bentuk empat segi. Ni saya ambil info dari kakak saya dan blog orang. 

Rasanya? Sedap! Tapi memang muak kalau sekali makan banyak-banyak. Korang cubalah ya. Sukatan guna cawan, senang sikit. Boleh guna blender pulak tu, sesuai untuk yang takde mixer. Selamat mencuba!

12 comments:

  1. Wife saya buat pelbagai jenis kek, brownies, macaron..
    Tapi tak pernah pulak tahu kot dia ada buat brownies cheese kukus..nak minta dia baca lah entry ni...:)

    ReplyDelete
  2. ya allah sedapnya akak. telan air liur nani tengok :)

    ReplyDelete
  3. bestnya kalau ada yang tolong buatkan...hihihih...

    ReplyDelete
  4. Oh... kukus aje ye Ujie.
    Best juga utk dicuba. Semua bahan pun ada di rumah kakak
    Boleh juga nak suruh anak dara buat kalau dia nak & rajin.

    ReplyDelete
  5. Nampak moist Ujie....Mcm sedap jer tu....
    Rumah ni kurang suka kek....makan makanlah tapi tak banyak tu yg malas nak membaking....Ha baik tak punya alasan hihi

    ReplyDelete
  6. Guna cawan senang la..sebab saya tak de timbang tu..tapi anak2 tak suka cheese..cuma nak memenuhi tekak sendiri dan jiran2 saya rasa nak cuba pulak.lagi pun boleh test periuk kukus baru..hehh

    ReplyDelete
  7. guna cawan memang senang sangat...jarang sangat nak ada penimbang kat umah(sebenarnyer jarang masak..hehehe)...

    sedap sangat..pandai akak buat..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya... macam nak telan laptop depan mata....

    ReplyDelete
  9. Bagus resepi ni. Nampak mcm tak manis sgt sebab guna susu pun setengah cawan je. Brownies ni kot versi mcm bingka kot. Heheh.. Saya suka gak brownies, muffin pun saya suka.

    ReplyDelete
  10. Nak cuba brownies cheese plk. Kalau tak kukus, bahan2 sama tak?

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****