Friday 22 March 2013

Tak Malu? Buatlah!


Daripada Abi Mas'ud, Uqbah bin 'Amr al-Anshari al-Badri r.a. berkata,
bahawa Rasulullah salallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

Maksudnya:
 "Sesungguhnya sebahagian daripada apa yang telah dikenali orang daripada ungkapan kenabian yang pertama adalah: Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu."

[hadis Riwayat al-Bukhari, Abu Daud]


  • Hadis ini BUKAN PERINTAH yang menyuruh kita berbuat sesuka hati ya.
  • Tetapi ia adalah ANCAMAN dan PERINGATAN KERAS bagi kita/mereka yang telah TAHU apa yang harus dijalankan dan apa yang harus ditinggalkan.
  • Malu itu sebahagian daripada iman. Tanpanya, hilanglah kebaikan dalam diri seseorang.
  • Adanya sifat MALU mendorong kita melakukan banyak perkara baik.
  • Adanya sifat MALU menjauhkan kita melakukan perkara yang mungkar/tidak baik.
[sumber rujukan: Hadis 40 Imam Nawawi]


*Malulah kepada Allah yang telah menciptakan kita, yang telah memberi segala nikmat hidup. Tunduk dan patuhlah kita pada suruhan dan larangan-Nya*

22 comments:

  1. org skrg dh tahu malu... hmmm...

    ReplyDelete
  2. tak tahu malu dan angkuh depan tuhan...

    ReplyDelete
  3. sy malu..kadang2 terfikir tindakan kita betul ke atau memalukan diri sendiri..hopefully setiap pertimbangan bukan mengikut emosi..

    ReplyDelete
  4. Malunya kat Allah, bermacam nikmat diberi tapi manusia makin rakus dan alpa

    ReplyDelete
  5. Malu itu perlu, supaya manusia tidak angkuh.
    tapi skrg ni......ramai yg dah tak malu.

    ReplyDelete
  6. Sy tak nak mengata org len. Sy sendiri malu dgn diri sendiri sbb masih jauh ke belakang. Sy masih bertatih. Masih jauh nak kejar....

    =(

    ReplyDelete
  7. Malu kat manusia, tapi tak malu kat tuhan. Itulah kita manusia. Leka. Moga kita boleh istiqomah malu sentiasa dengan Tuhan pencipta kita

    ReplyDelete
  8. Malu itu perlu ada, sebab Allah sentiasa memerhati.

    ReplyDelete
  9. assallam ujie..acik siap print dan tampalkan dimeja kerja..supaya beringat

    ReplyDelete
  10. saya selalu malu dengan diri sendiri..sebab tu saya jarang bercermin..:p

    ReplyDelete
  11. memang malu, telah banyak nikmat yang Allah berikan..kita sama2 mencari redha Nya..

    ReplyDelete
  12. dengan ade sifat malu kita boleh menghalang diri dari melakukan perkara2 yang bodoh..tapi biar laa malu bertempat..jangan nak order air kat kedai pun malu..susah nnt..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. heran juga dengan manusia zaman sekarang.. tahu hukum hakam tapi tak tahu amalkan..

    ReplyDelete
  14. Saya kadang2 malu melihat banyak perkara di depan mata. Malangnya saya tak boleh mengubahnya kerana saya tak ada kuasa utk mengubahnya. Utk mengubah melaui undi pun saya cuma ada 1 undi...

    ReplyDelete
  15. Sifat malu membawa kebaikan kepada kita..

    ReplyDelete
  16. Malu sy dgn Allah. Allahuakbar...

    ReplyDelete
  17. sekarang malu memang dah takde...
    ntah mana diorang letak pun tak tahu..

    ReplyDelete
  18. demi kebaikan... apa salahnya malu

    ReplyDelete
  19. peringatan bersama...terima kasih kak Ujie :)

    ReplyDelete
  20. erm ramai yg sudah hilang sifat malu...moga sifat malu kita terus terpelihara....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****