Rasa lama je tinggalkan aktiviti blogging. Update terakhir pada hari Rabu lalu. Sebab Khamis dah bergerak ke selatan- Johor. Ada pelbagai urusan di sana.
Hari Khamis berada di Johor Bahru. Menginap satu malam kat Tune Hotel, Danga Bay. Malam tu merayau kawasan sekitar, jumpa kapal yang meriah dengan lampu ni. Saya tak tahu ni tempat apa, tapi tertera tulisan 'Danga Cruise 8'. Berhampiran situ pulak ada macam Theme Park. Cuma ambil gambar kapal ni dan beredar.
Masa di JB ni terasa asing sungguh, padahal kat negeri asal saya dan suami. Letih sebab asyik sesat dan lalu jalan yang sama. Inilah kesannya kalau dah terlalu lama merantau negeri orang, sampai tak sempat explore negeri sendiri.
Hari Jumaat tu balik Pontian pulak, kampung saya. Malamnya ada kenduri sikit, jemput jiran terdekat dan orang masjid. Makanan ditempah dan hidang cara buffet. Jadinya tak penat sangat, tapi 'penat' berborak dengan ahli keluarga yang lain.
Hari Sabtu ke kampung suami pulak di Batu Pahat. Kali ni ada empat ekor anak kucing yang dah kematian ibu. Dalam gambar ni cuma ada tiga ekor, susah nak ambil gambar semua sebab mereka ni lincah. Asyik bermain. Seronok pulak saya tengok.
Semalam, hari Ahad dah selamat balik rumah sendiri. Tapi sebelah malamnya pergi ke KLIA pulak, ambil seorang ahli keluarga yang tiba dari Sandakan, Sabah. Dapatlah ole-ole Rumpai Laut ni. Saya baru je tau pasal khasiat Rumpai Laut ni menerusi blog kawan-kawan, dan sekarang ada depan mata. Kenalah mencuba!
Anak kucing ni lincahnya sama macam budak kecik...
ReplyDeleteassalam ujie..cantik gambar kapal tu
ReplyDeleteacik pun sma ujie..mana2 pergi pun mesti sesat dulu..letih dibuatnya
Pengalaman JR kalau pergi pertama kali ke sesuatu tempat jarang sangat sesat, sebab kita lebih berhati-hati kerana sedar ia tempat baru. Tapi kalau pergi kali kedua, sesat pula....
ReplyDeleteSeronoknya. Kita belum pernah dapat pusing-pusing Johor lagi. :)
ReplyDeletekami kalau pegi danga bay waktu siang je. pernah terbaca ada yg masuk dlm kapal tu utk makan2 n pusing2 juga rasanya. johor walaupun bukan tempat kelahiran izan, tapi alhamdulillah dah jadi tempat lahir utk semua anak2 dan rumah kami juga di sini....
ReplyDelete# en suami pulak kalau ke shah alam mmg tak sah kalau tak sesat....
hehe...
lah rumpai laut ke sekali pandang dah mcm serunding yg kat kelantan tu lah pulak kikikikiki. nampak nooo laparnya...
ReplyDeleteamboi..penuh aktivitu nye ye =)
ReplyDeleteJohor rupanyaaa..samela kita...
ReplyDeleteSume sebok psal rumpai laut..tiba2 tergerak saya nk tau khasiatnya....kna gugel ni....
wah...busy akak weekend yg lepas..hehe..tapi kira okay laa bercuti sambil berjalan-jalan,tapi kenduri buffet dan makan hidang memang terasa beza kepenatanya kak..hehe..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Danga Bay tempat wajib ktorang setiap minggu..kalau tau akak ada p kat Danga Bay boleh jumpa akak..
ReplyDeleteLILY:
ReplyDeletePegi kejap je, ada hal nak urus. Ptg sampai, esok sebelum tghari dah balik. Mmg teringat kat Lily pun masa kat sana...
sekarang memang ngah trend -kologen rumpai laut..
ReplyDeleteBr 2 kali sy sampai danga bay. rumpai laut tu, sy tgh cuba nk telan skrg..tak lalu tp bila campur dgn madu mcm ok sikit rasa dia..hehe
ReplyDeletesekali sekala balik kampung seronok juga :)
ReplyDeletepatut lh singah akak takde..
ReplyDeleterupanyer g jalan lagi...
best nyer tengoj kpal..bile agaknyer dpt merasa naek..
mkan2 lh yg pling best..
mak ank kucing tu kna apa mati?..
mujur ank kucing tu dah besar
mcm ne leh sesat kalau sampai kawasan sendirik erk...ahakz...ahakz...
ReplyDeleteEITA:
ReplyDeletemak kucing2 tu mati termakan perangkap racun..baru2 ni.
Cantik kapal tu dipenuhi lampu.. :D
ReplyDeleteRsa pelik pula dgr. Kira jarang turun jb la ni ye.
ReplyDeleteanak kucing yg tgh tu saya suka corak badan ia.
jgn takcuba rumpai laut. Agak fames skrg ni kan.
TP:
ReplyDeletemmg sgt2 jarang ke JB, last pegi sekitar 3 tahun lps. Balik johor, cuma balik kg sendiri je.