Tuesday 12 March 2013

Cerita 'E-Codes'

Cerita E-Codes atau Kod 'E' ni memang tidak akan pernah habis selagi kita tak faham apa ia sebenarnya. Saya mula ambil tahu pasal E-Codes ni bila baca kat blog Mun (dah lama dulu). Dan sekarang saya nak kongsikan info daripada pihak Halal Malaysia (dahulu dikenali sebagai Halal Jakim). Tapi saya akan ringkaskan supaya mudah kita faham. Untuk artikel penuh, sila klik DI SINI.

Apa itu Kod 'E'?
Kod 'E' yang tertera pada label pembungkusan makanan (contohnya: E100, E471) adalah kod-kod yang digunakan di Eropah untuk bahan aditif dalam makanan (emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain). Rujukan tambahan, sila klik INI.

Ia boleh dibahagikan kepada DUA kumpulan- bahan tidak kritikal dan bahan kritikal. 
  1. BAHAN TIDAK KRITIKAL, contohnya kod E100 ialah bahan pewarna dari sumber tumbuhan. 
  2. BAHAN KRITIKAL, contohnya kod E422 ialah lecithin (bahan pengemulsi/emulsifier) yang berkemungkinan dari sumber haiwan (yang mungkin tidak halal, perlu dikaji sumber asal untuk status halal).
Kesimpulan/Rumusan
TIDAK SEMUA Kod E yang digunakan adalah berasaskan dari sumber yang haram. Bahan aditif boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan. 

Bagi produk yang telah mendapat status Halal Malaysia (Halal Jakim) dan badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf, bahan kritikal dari aspek halal telah pun dipastikan sumbernya sebelum ia disahkan halal. 

Isu Kod E dan Dr. M. Amjad Khan
Dr. M. Amjad Khan dikatakan telah membuat kajian ke atas bahan makanan berkod E dan mendapati ianya mengandungi lemak babi. Pelbagai pihak mencarinya, dan didapati beliau tidak wujud dan artikel yang tersebar adalah palsu.

Isu Rota dan Magnum Walls
Keropok Rota dikatakan haram sebab ada kod E110. Sebenarnya ia adalah kod bagi bahan pewarna (sunset yellow yang dihasilkan dari bahan kimia). Manakala aiskrim Magnum Walls dengan kod E471 telah dipastikan menggunakan sumber yang halal, dan mendapat status halal daripada Majelis Ulama' Indonesia.



p/s: Ada orang tak percaya walaupun ia kenyataan dari pihak Halal Malaysia. Disebabkan saya bukan pakar dalam bidang begini, haruslah saya percaya kepada mereka yang lebih arif dan telah dipertanggungjawabkan. Jika masih ragu...tinggalkan saja.

23 comments:

  1. slm sis!tulah kdg2 confuse kejap halal kejap tak.lg pun rota,ribena,myk yu yee mmg dh sllu guna,kan.mmg dorg kn stiasa update info terbarulah kt halal malaysia :)

    ReplyDelete
  2. kdg2 org lg percaya org biasa yg bercakap, berbanding dgn suatu institusi yg melibatkn ramai pakar,buat kajian, pemantauan tuk keluarkan sijil halal..

    ReplyDelete
  3. Betul ujie bila kita tak arif sebaiknya ikut panduan dari yg arif supaya tak ada rasa syak, zan dan waham..

    psst: cuba ujie email kakak dulu at this add promceil@streamyx.com

    ReplyDelete
  4. saya pun macam akak..masih percaya dekat badan yang diamanahkan untuk menguruskan sijil halal nie..tapi ade orang pernah kata yang paling penting adalah kita yakin apa yang kita makan itu adalah halal..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak ujie sbb sudi kongsi info ni. :)


    ReplyDelete
  7. Masalah timbul bila info yg tak tepat, menjadi viral/ chain reaction..penyudahnya, masyarakat Islam jadi panik tak tentu hala

    ReplyDelete
  8. info yg bagus ni

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Ujie, tq byk2 atas entri penuh info ni. Kdg2, sy geleng kepala dgn manusia yg tak bertanggungjawab mcm ni. Memperkotak-katikkan agama kite. Paling sedih, org kita pulak, membabi buta percaya. Tak nak bt survey.

    ReplyDelete
  10. saya tak tahu langsung psl kod ni.. terima kasih uji kongsikan info² mcm ni...

    ReplyDelete
  11. kod ni aut dgr gak...ad jgk yg palsu yer info yer..cane ni..mmg kena simpan no jakim mcmni.payah sgt mmg tak pyah amik bila dh ragu2x kan ujie :)

    ReplyDelete
  12. Sesuatu yg menarik tentang org Melayu ialah kita sangat mengambil berat tentang haram & halalnya makanan yg kita ambil. Tetapi yg menariknya juga ada perkara halal haram lain yg org2 ini kurang beri perhatian. Sebab itulah ada yg mendedah aurat, merompak atau membunuh tetapi tetap tidak mahu menyentuh makanan haram....

    ReplyDelete
  13. memang blur sikit kalau bab2 kod ni

    ReplyDelete
  14. itu la kan kita kena lebih perihatin dengan benda2 macam ni... bukan main hentam jer, kena banyak cari info

    ReplyDelete
  15. haah, kecoh pasal kepok rota baru2 ni..org kata tak halal pada halal je kan.. :)

    ReplyDelete
  16. isu ni timbul balik sbb kopok rota tu kan..kopok tu memang sy tak makan tapi tang aiskrim megnum memang peberet hehehe

    ReplyDelete
  17. jadi isu dlm fb 2-3 hari ni pasal rota kan kak. izan pun kalau rasa was2 baik tinggalkan aje. lagipun masih banyaaak lagi makanan lain yg halal.

    ReplyDelete
  18. Ada juga tgk keropok rota dlm fb x halal,tp x sempat nak membacanya,rupanya ini kes dia,tq ujie share info ini.

    ReplyDelete
  19. saya tak peka sangat bab2 kod ni...selalu main amek je asal yang tulis halal tu...

    ReplyDelete
  20. saya tak peka sangat bab2 kod ni...selalu main amek je asal yang tulis halal tu...

    ReplyDelete
  21. oho, ok thanx share.....
    saya mintak izin linkkan info ni kat blog yerk.....

    pape pon kalu boleh elak je lah beli makanan ringan yang banyak pewarna n perasa tiruan tu kan.....

    ReplyDelete
  22. MASZMADI:
    Silakan..

    Yup, walau ia halal tapi mknn ni byk bhn aditif. Yg akhirnya memyumbang kpd pelbagai penyakit.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****