Tuesday 5 March 2013

Bila 'Dia' Kena Tahan

Harini awal pagi lagi dah keluar rumah, nak menghantar 'si dia' buat pemeriksaan berjadual. Sampai di 'hospital' orang masih belum ramai, lega. Saya dan suami pun duduk-duduk menunggu, sambil makan biskut yang tersedia di situ. 

Tak lama kemudian, 'doktor' panggil suami saya. Bagitau yang 'si dia' terpaksa ditahan untuk 'rawatan' lanjut. Mungkin ambil masa 4 hari. Masalah 'kesihatan' yang nampak kecil rupanya mengambil masa untuk 'dirawat'. Tak sangka jugak.

Terpaksalah....saya dan suami meninggalkan 'si dia' di situ. Dan terpaksalah kami balik menaiki komuter. Sebab 'si dia' yang sakit itu adalah KERETA kami. Perjalanan yang agak lama, dari Subang Jaya ke Bangi.

Setiba di stesen komuter Bangi, kami naik 'teksi sapu' untuk balik ke rumah. Caj RM8 untuk kami berdua. Teksi bermeter memang tak kelihatan kat sini. Kalau nak naik bas cuma RM1 seorang, tapi kenalah menunggu dan bas tu pulak cuma berhenti kat jalan besar berhampiran taman perumahan.

*Sebab itulah siang tadi saya tak jenguk blog...


13 comments:

  1. kesian kat si dia..ingatkan sapo lah tadi tehehe :)

    ReplyDelete
  2. Dah agak dh.. Mst kete.. Hihi... Sbb sll gna kata gnti nama diri Dia utk vivi dan didi... Hihi...

    ReplyDelete
  3. Kalau ada kapcai, naiklah kapcai dulu. Tak ada transport memang patah kaki...

    ReplyDelete
  4. Kalau saya, saya akan naik bas seringgit tu...tapi kalau tak kejar masa @ jika tiada urusan

    ReplyDelete
  5. JR:
    Kapcai takde, tapi keta lama mmg ada. Kalau tak mmg susah hati jugak.

    TP:
    Hehe..saya rasa malas nak menunggu & nak kena jln kaki masuk ke kwsn perumahan, sbb cuaca panas terik.

    ReplyDelete
  6. muger cepat semboh sidia tu yee.. aminn

    ReplyDelete
  7. Ingatkan siapa si 'dia' tu kak..hehe...moga si dia cepat baik..^^

    ReplyDelete
  8. hehehe..buat suspen je akak nie..xpe laa kak..setelah sekian lama memerah keringat si dia, biarlah dia berehat sebentar..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. lah hai.. kereta rosak ke.. sy baru² bateri kereta kong.. mmg harulah dibuatnya.. sdhlah ahad.. mana ada bengkel bukak...

    ReplyDelete
  10. bila dia tak sihat kita pun turut susah hati.. :( nak pulak itu je permata hati yang ada..

    ReplyDelete
  11. kereta rupanya... pandai akak buat cerita suspen :)

    ReplyDelete
  12. kereta rosak ye Ujie....dh smpi msa kena servis la kot tu....

    ReplyDelete
  13. lama juga tu sampai 4 hari 'dia' kena tahan ye kak.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****