Tuesday 18 December 2012

Kesamarataan Gender...Satu Perjuangan?



Saya tersenyum setiap kali ada seorang Muslim yang sibuk memperjuangkan 'kesamarataan gender'. Merasa kasihan pun ada. Kasihan...dia masih belum tahu yang Islam sudah lama mengamalkan kesamarataan gender. Allah tidak pernah membezakan antara lelaki dan perempuan, tetapi Allah membezakan PERANAN antara keduanya. Perbezaan peranan yang bertujuan untuk saling melengkapi dan berkasih-sayang, bersesuaian dengan sifat seorang lelaki dan perempuan. Bukankah sifat dan keupayaan keduanya berbeza?

Perjuangan golongan ini bertumpu kepada 'apa yang lelaki boleh, perempuan pun mesti boleh'. Jika ada 10 orang CEO lelaki, mesti ada 10 orang CEO perempuan jugak! Apa salahnya CEO lelaki lebih ramai? Tak adilkah? Adil bermaksud meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Kalau memang lelaki dijadikan Allah dengan segala sifat kepimpinannya, memang adil mereka lebih ramai jadi CEO. Tapi kalau memang ada perempuan yang layak, pun boleh jadi CEO. Bukan kerana kuota kesamarataan gender, tapi kerana mereka benar-benar layak memimpin. 

Bagi saya, kalau kita bersungguh nak mempertingkatkan kualiti insan maka perbaikilah sistem kekeluargaan. Kembalikan peranan sebenar lelaki dan perempuan. Kalau perempuan pun sibuk mengejar kedudukan dan pangkat atas dasar 'apa yang lelaki boleh, perempuan pun boleh', pastinya terabai keluarga yang sangat memerlukan sentuhan lembut seorang perempuan. Hentikanlah sebuah perjuangan yang tidak berasaskan Islam. 

*bahan bacaan berkaitan: DI SINI & DI SINI.


p/s: Membela nasib wanita teraniya dalam rumahtangga (dinafikan hak isteri, deraan fizikal/mental)...itulah antara perjuangan yang sangat diperlukan.

16 comments:

  1. setuju bermula dari perkataan yang pertama. cuma aku banyak melihat wanita yang lebih lantang meminta hak kesamarataan berbanding lelaki (dalam pelbagai bidang). adakah sebab sampai sekarang mereka rasa masyarakat (lelaki dan perempuan) masih melayan mereka dengan tidak adil? (aku akan jawab ya...)

    ReplyDelete
  2. Terbaik entri ni. Mereka mmg harus faham makna PERANAN, makna ADIL tu..

    ReplyDelete
  3. hakikatnya lelaki dan wanita takkan sama rata..setuju macam kata ujie.. masing masing ada peranan dan melengkapi antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak..walaupun peranan antara lelaki dan wanita tak bermaksud ada bias terhadap peranan yang telah digariskan dalam islam..Allah S.W.T adil tak tidak pernah berat sebelah..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. entry yang menarik ni...lelaki dan wanita saling melengkapi kan...biasanya mereka pandang Islam meminggirkan wanita dan terrorist..hurmm

    ReplyDelete
  6. butang like dah hilang...jelas nya tengok template baru..comel..saya pun nak tular template la lepas ni..setahun dah tak bertukar..:)

    ReplyDelete
  7. Sgt setuju sis. Tapi yg selalu perjuangkan hak ini biasanya kaum wanita(mgkn terasa ditindas). Maksud saya dalam bab pangkat. Tapi dlm bab penderaan tu mmg wajib diperjuangkan.sebab kaum wanita mmg ada hak.dan mereka bukanlah punching beg utk disepak terajang.

    ReplyDelete
  8. Pendedahan ini sangat cantik Ujie. Memang kena tahu apa dia keadilan yg patut dan tak patut, tanggung-jawab pun kena tahu.

    ReplyDelete
  9. absolutely agree kak. kadangkala mereka tersilap akan maksud kesamarataan gender.

    ReplyDelete
  10. bab membela nasib wanita tu mmg sokong..klu kesamarataan ni...ala..tu pon nk jd isu.berlumba nk jd yg atas..kang keluarga tak terjaga...

    ReplyDelete
  11. kak terbaikk this entry..
    LOVELY!

    ReplyDelete
  12. SM:
    bila tak paham makna ADIL, maka mereka ini mula rasa tertindas..
    haha..jwb, jgn tak jwb!

    DADDY:
    faham peranan, itulah keyword nya.

    RAI:
    kalau sama, tentu bosan kan..:)

    WAK:
    adil sebenar2nya..akhirat sana.

    AZLAN:
    a'ah. problem timbul bila perbezaan dianggap satu kelemahan, rasa tertindas.

    TIHARA:
    sbb mereka tengok luaran je, secara material semata.

    DIANA:
    thanks bgtau, really tak perasan!
    Comel eh? kembang idung jap. tapi cuma guna blogger template je pun.

    EITA, EIDA, JNA:
    tq..utk difikirkan bersama.

    TP:
    bila pangkat jd ukuran, sampai lupa peranan yg digariskan Allah.

    KAKZAKIE:
    tak yakin menulis awalnya. tapi tulis jugak utk buka pemikiran kita.

    M.RAZIQ:
    sampai bila2 pun tak mungkin sama, dah fitrah kejadian..

    AYUT:
    tulah yg akak nak tekankan..nanti bila ada masalah sosial, mula la tercari2 jln penyelesaian.

    ReplyDelete
  13. Byk kali dpt bos pmpn.. Amat berlainan suasananya dgn dpt bos lelaki

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****