Tuesday, 19 June 2012

Kenduri Kahwin Mun

Dah beberapa hari tiada update.
Ahad (kelmarin) ke majlis kenduri kahwin blogger Mun dan suaminya di Trolak, Perak.
Lepas tu terus naik ke Cameron Highlands, Pahang untuk satu malam.
Dalam perjalanan balik, singgah di Tanjung Malim beli stok t-shirt untuk blogshop pulak.

Berbalik cerita kenduri kahwin...
Sampai di majlis kenduri Mun, memang terasa meriahnya.
Dari masa ke semasa ada pengumuman nombor cabutan bertuah.
Rasanya untuk penduduk kampung yang bergotong-royong menjayakan majlis ni.

Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah kumpulan kompangnya.
Sebab ia terdiri daripada golongan pakcik dan makcik...bukan budak muda!
Tak ramai pun, sekitar enam orang. Tapi hasilnya memang hebat.

Tadi dah berkompang di luar, ni di tepi pelamin pulak.

Antara 'buah tangan' dari pengantin...
Bunga biru tu rasanya hasil tangan Mun sendiri. 
 Saya sekadar cerita sedikit je. Untuk gambar dan cerita lanjut biarlah Mun yang tulis ya.


p/s: Sorry korang, lewat petang nanti baru boleh merayau blog korang. Ada kerja nak kena bereskan dulu ni.

21 comments:

  1. salam ujie..mekasih sbb memeriahkan majlis..minta maaf kalau kurang layanan

    ReplyDelete
  2. Masa kakcik sampai, Mun kata Ujie baru je balik. Takde rezeki nak jumpa.

    ReplyDelete
  3. budak muda sekarang tak minat denngan kompang semua ni..

    kalau dah dengan berkompang bagai ni mesti meriah kan..

    ReplyDelete
  4. Bestnya...weekend lps, suami sy keje.

    =(

    ReplyDelete
  5. tradisi berkompang masa sanding makin pupuskan... sekarang banyak pakai muzik cd jer..

    ReplyDelete
  6. meriahnya siap dengan kompang2 kan..kat kelantan tak jumpa kenduri siap berkompang ni..

    ReplyDelete
  7. Bestnya pegi majlis kahwin kwn2 blogger....

    ReplyDelete
  8. wahhh dpt manicure set? best nya =)

    ReplyDelete
  9. wahhh dpt manicure set? best nya =)

    ReplyDelete
  10. Salam, ujie.. Saya pun ke Cameron Highlands. Isnin baru balik KL. Kalo tau bleh jumpa. Heheh.

    ReplyDelete
  11. assalam ujie..kalau ditempat acik pun orang tua tapi lelaki semua..tapi bukan dipanggil kompang..tapi'dikir'

    ReplyDelete
  12. SHAHZEE:
    takde yg kuranglah zee..dpt jumpa korang berdua lagi..

    KAKCIK:
    Hehe..saya dtg kira awal. sblm pk 12. Tu yg balik awal gak. Mmg takde rezeki jumpa dgn akak..

    EITA:
    mmg meriah. terasa suasana pnduduk kg yg mesra bersatu.

    PAA:
    Ala..jgn sedih fara..^_~

    MASYA:
    Guna cd kurang asli meriahnya kan..

    PRETTYWRITE:
    yelah..penah pegi knduri kawin kat pasir puteh..mmg takde kompang.

    NAZAYIENA:
    ni pun pertama kali..^_^

    CIK PUAN RARA:
    lain dari biasa..bagus, bg brg yg boleh digunakan.

    LYD:
    wah..kebetulan yg menarik.
    Lyd pun takde inform awal kat blog..
    Saya mmg tak berapa plan..main pegi je.

    ACIK:
    menarik jugak tu kak..
    Tmpt saya mmg group bdk muda.

    ReplyDelete
  13. seronoknya dapat jumpa mun..nak mintak kimkan salam kat dia segan plak...tp dah cuba kirimkan sesuatu harap2 campai :)

    ReplyDelete
  14. selamat pengantin baru buat mun suami... dah jarang jumpa kump kompang yg terdiri drp org2 tua..

    ReplyDelete
  15. TIHARA:
    Yg kelako Mun/Zee tak kenal saya..kenalah saya kenalkan diri.
    Insyaallah sampailah kiriman tiha tu.

    IZAN:
    Iyelah..lagi pulak group ada org2 tua lelaki dan wanita.

    ReplyDelete
  16. perjumpaan blogger juga kira majlis ni ye...;)

    ReplyDelete
  17. kak ujie..nak telur rebus tu..haha

    ReplyDelete
  18. kak ujie dtg melawat..lame tak singgah :) penuh ye weekend.mesti tak sempat rest..

    ReplyDelete
  19. wah...dpt jugk jupe blogger ye....besnyer :)

    ReplyDelete
  20. wahh,,
    bguslah erk,,
    mcm aktiviti pjmpaan blogger,,
    best2,, :)

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum ujie....bestnya dpt cenderahati dr pengantin...:)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****