Alhamdulillah...
Malam semalam (Sabtu malam Ahad), saya berkesempatan hadir kuliah Ustaz Azhar Idrus.
Kebetulan ia diadakan sangat dekat dengan perumahan saya, iaitu di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Selangor. Bukan nak menunjuk, tapi sangat gembira selepas kecewa bila kuliah di PICC dibatalkan baru-baru ini.
Saya tiba menjelang waktu Maghrib, memang dah ramai orang membanjiri sekitar KUIS.
Untuk mencari parking tidaklah sukar, sedari awal ada ramai 'pengawal trafik' yang mengawal dan membantu lalu lintas. Sangat sistematik dan amat membantu. Waktu solat maghrib jemaah dah melimpah ruah hingga jauh ke bahagian luar masjid. Syukur saya masih sempat cari ruang di dalam.
Selepas tamat kuliah & solat Isyak, orang ramai bersesak untuk bersalaman dengan UAI. Gambar ni suami saya yang ambil...ni jelah paling elok. |
Kat luar masjid ada jualan buku, vcd kuliah dan barangan UAI lain spt. t-shirt & sticker. Ni semua yang original. Suami saya berkenan kat t-shirt bertulis 'Cap Ayam' tu, tapi takde saiz la pulak. |
Sedikit isi kuliah/jawapan pada soalan, untuk perkongsian bersama:
- Mukjizat hanya untuk para nabi. Karamah pula bukan saja untuk para wali, tetapi juga untuk orang-orang beriman (mampu hafal ribuan hadis..itu juga karamah).
- Bacalah al-Quran sekurang-kurangnya 1 helai sehari (2 muka surat), barulah kita dikira tak lalai dari mengingati akhirat.
- Isu lagu/drama/filem cinta Islami... asalnya tak salah, TAPI jika kita jadi seronok hingga mengarah yang tidak elok maka ia jadi salah.
- Hukum menonton wayang...JIKA kita tak buat maksiat di situ dan filem yang ditonton pun tiada unsur maksiat maka tak haram. Jika sebaliknya, jadi haram walaupun tonton di rumah sendiri.
- Kedudukan isteri sangat mulia, setiap perbuatan (tumbuk sambal, panas memasak, senyum pada suami) semuanya dapat pahala.
- Jika PRU diadakan pada musim haji, lebih elok pergi haji. Walau tak dapat mengundi, masih boleh berdoa dari sana.
p/s: Sorry..terlebih panjang sudah.
assalam ujie..terima kasih sudi kongsi..panjang pun tak apa ujie
ReplyDeletepanjang pun ok kak..
ReplyDeletesebab kite tak pergi..jadi tak tahu kan..
baca yang akak share ni pun leh jugak ilmu...
mesti sempoi cara penyampaian dia...;)
ReplyDeleteThx for sharing..
ReplyDeleteSuka UAI..penyampaian yg bersahaja..bestlah dpt tengok Live...
AISHAH:
ReplyDeletea'ah..sama mcm kt youtube.
LILY:
saya tak dpt tengok live pun..tengok kt layar & tv yg disdiakan. Suami saya dpt la..smpt bersalam.
Takpanjang la entry ni. Masih boleh baca kalau ada lagi 10 perenggan kat bawah tu.
ReplyDeleteUjie, nanti UAI ada keluar kat Astro Oasis plak kan? Senang la nak tgk lepas ni.
suke soalan dan jwpan last tu..haji lg pntg.. =)
ReplyDeletepesanan yang last tu bagus..saya dah tak sabo dengan pr ni..lantaklah sape nak menang pun..bosan sungguh main teka teki ni..eh tetiba je emo..
ReplyDeleteape tu..UAI ni nt nak kua kat astro oasis kan..3 julai nt katanya...tak sabo nak tgu betul ke tidak sbb tv9 dulu tak jadi...sian kat UAI,dm ceramah tu saya tgk dia mcm hampa jugak dgn kerenah orang tv ni..al maklum la kan..huhu
LYD:
ReplyDeletegitulah dgr2nya. Aritu mmg ada rakaman oleh astro oasis pun.
CK:
UAI ckp..tu soalan panas..^_^
TIHARA:
yelah..lecehkan? Nk plan apa pun susah sbb takde kepastian. Eceh..mcm le saya byk beno plan. ^__^
Oh..yg kat tv9 tu xjadi ya. ingat dh slmt..
Yg astro ni jd kot..aritu mmg ada announce ada rakaman astro oasis...lain2 rakaman tak dibenarkan.
bagus la kak..tak sia2kan peluang tempat dekat..hehe
ReplyDeletemmg sesak la tmpt tu kalau uai ada..
ReplyDeletebestnya pergi ceramah uai..ala kak lagi banyak pun lagi bagus..suka baca bab kongsi2 ilmu ni..banyak lagi yang kita tak tahu pun..ooh boleh pergi tengok wayang eyh..dah yang kes tengok wayang gelap hati 40 hari tu salah ke ya..huhu..tp wayang kat msia ni crita apa jer yang islamik kan?hoho..
ReplyDeletesuka uai ni bercakap...
ReplyDeletemusim mengundi waktu haji.. bolehlah berdoa dr sane.. mmg terbaiklah nasihat dia tu.. mendalam maksudnya kan...
alhamdulillah..dapat ilmu dan
ReplyDeletejumpa ustaz idrus
kat sini dia tak mai lagi :)
Assalamualaikum Ujie,
ReplyDeleteKak Ros pun suka dengar soal jawab dan ceramah dari UAI ni...memang tak jemu lah....
aku pun pergi jugak dengar UAI kay Kuis..
ReplyDeletetak dapat tgk dekat2x..jauh pun jadikla....
PRETTYWRITE:
ReplyDeleteyg wayang tu..asas hukumnya terletak pd. perbuatan kita & filem yg ditonton. Kalaupun cerita islamic, tapi dtg berdua dgn yg tak halal..ia masih jd haram.
Hati mmg akan gelap tiap kali kita buat dosa..Allahu a'lam.
ROS:
masa kuliah aritu, saya segar je..biasa ngantuk. ^_^
BAHRAIN:
dpt gak tengok..saya ni kelibat dia pun tak nampak. tengok kat layar tu je.
Assalam...
ReplyDeleteSaya blogwalking dari blog LyDSunshine...saya sendiri tak berkesempatan utk dgr cerakah UAI walauun dah dekat sini...
menariknya ujie..sy x penah lg live tgk UAI.
ReplyDeletekongsi panjang2 pun x pe,sgt bermakna..