Monday 19 September 2011

Tetamu Tidak Diundang


(lebih kurang beginilah rupa tupai yang masuk rumah saya tu..)

Kemunculannya mengejutkan,
Berlari-lari di siang hari,
Kadangkala di bilik, ruang tamu,
Paling kerap di dapur.

Pisang yang terletak di atas meja,
Seringkali menjadi santapannya.
Sebelum melangkah pergi,
Pasti ada 'sesuatu' ditinggalkannya...

Terkadang geram,
Jadi tukang cuci tanpa gaji.
Terkadang timbul kasihan,
Habitatnya telah musnah dek pembangunan.

Dialah tetamu tidak diundang...si TUPAI!


p/s: terpaksalah layan karenah si tupai ni, tak mungkin saya sentiasa nak tutup tingkap dan pintu rumah...sebab aliran udara penting untuk kesihatan!

8 comments:

  1. dia gigit orang tak???
    tak bahaya kot dia ni..

    ReplyDelete
  2. hahahah.. samalah kita.. tapi dia lepak kat luar je.. rosakkan all my mum flowers..

    ReplyDelete
  3. jiji: kalau beruk..cpt2 call jbtn veterinar la..

    diana: mmg tak bahaya..cuma tak best tang kena basuh najis yg ditinggalkan tu.

    lia: tupai yg kat kampung tu biasa mmg dok luar rumah je, tapi yg kat bandar ni..lain macam pulak.

    ReplyDelete
  4. klu kat kg lily..kena berjaga ngan beruk..klu ktorg xde kat dpur..pandai jer masuk senyap2..nasiblah bukan beruk liar..

    ReplyDelete
  5. huhu..tupai masuk rumah?
    jarang nak nampak tupai ni..
    inggal kat kawasan kampung ye?

    ReplyDelete
  6. lily: kalau beruk mmg agak bahayalah..

    wanie: kat tmn perumahan..tu yg pelik sikit bila ada tupai. kat kg mmg biasa ada.

    ReplyDelete
  7. ala comelnya kalau tupai yg masuk..hee

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****