Monday, 7 January 2013

Baju Putih, Baju Hitam

Ni cerita tentang menziarahi orang meninggal.
Tentang warna pakaian orang yang datang berziarah.

Jika di kampung...
Mak saya dan orang perempuan lain memakai baju putih.
Dipadankan dengan tudung putih dan berkain batik.

Berbeza jika dibandar...
Orang perempuannya memakai pakaian pelbagai warna.
Atau sekarang ramai juga yang mengenakan serba hitam.
Macam dalam sinetron tu.

Jadinya, baju warna apa yang paling sesuai?
Sebagai menghormati kesedihan keluarga atas sebuah kematian,
Eloklah kita memakai pakaian yang tidak berwarna ceria.
Putih boleh, hitam pun boleh, atau warna lain yang bersesuaian.
Asalkan jangan kelihatan macam nak pergi majlis kahwin ya.

Tapi putih lebih sesuai sebab ia kurang menyerap haba panas.
Kalau tiada baju putih, baju berwarna gelap boleh dipadankan dengan tudung putih.

-----------------------------------------------------------------------------------
Ni baru cerita bab berpakaian. Banyak lagi yang nak disebut sebenarnya berkaitan adab menziarahi kematian ni. Yang paling tak sesuai adalah bila kita hadir tapi asyik berborak, memang sangat tak menghormati keluarga yang sedang bersedih ni. Kalau tak mau atau 'tak boleh' baca Yasin/al-Quran, duduk diam itu yang terbaik. 

27 comments:

  1. tak pasti dari mana asalnya. cuma khuatir pakaian hitam tu bermula daripada ikutan budaya agama lain je...

    ReplyDelete
  2. sy dah lama tak ikut mziarahi org meninggal...

    ReplyDelete
  3. Betul tu...adab2 semasa menziarahi kematian...ziarah org yg sakit, ramai yg ambil enteng..

    ReplyDelete
  4. last saya pi tengok orang meninggal saya pakai baju putih bunga kuning kecik2..

    ReplyDelete
  5. BAB BAJU NI KDG SY X PERASAN PUN MAIN SARUNG JER NAK CEPAT.. JANJI BAJU KURUNG WARNA TU MMG XDELAH YG MERIAH PUN... LG² KALAU SAUDARA YG MENINGGAL MMG TAK PIKIR APE.. YG PENTG NAK ZIARAH...

    ReplyDelete
  6. wak ziarah sllau pakai ketayap jugakkk.. uHuu

    ReplyDelete
  7. byk adab kena jg nak pegi ziarah org meninggal..

    ReplyDelete
  8. rasanyer ramai yg pilih tuk pakai dua warna ni bila ada kematian kan

    ReplyDelete
  9. selalunya bila cerita pasal warna dalam menziarahi kematian 2 warna tu mmg sinonim..

    ReplyDelete
  10. eloknya pakai warna yg suram, jangan pakai baju lip lap lip lap pulok...

    P/S. dah lama tak menziarah orang meninggal

    ReplyDelete
  11. Ari tu masa arwah mak meninggal, saya langsung tak terfikir pasal baju. Saya main pilih je baju apa2 pun masa berkemas tu. Penyudahnya saya pakai jubah jalur-jalur. Tapi warna tak la ceria. Huhu.

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya makruh dan boleh membawa hingga berdosa sekiranya melawat jenazah tapi berbual hingga lupa tujuan sebenar hadir ke tempat itu.

    Betul pakaian kenalah yg tidak menarik. Kalau hitam/putih tapi mengerlap pun tidak baik juga...

    ReplyDelete
  13. ramai yg amik mudah adab2 menziarahi org yg meninggal kan.

    ReplyDelete
  14. betul kata smbotak tu.. saya pun agak terperasan pakaian serba hitam penganut agama lain ketika menziarahi kematian

    ReplyDelete
  15. Sy sarungkan apa2 yg sempat. Asalkan menurut syariat Islam...

    Kdg2 kite dgr je org meninggal, dah tak pk apa. Semenya jdk rushing!

    ReplyDelete
  16. last ziarah kematian adalah arwah abg ipar..masa tu main sarung je, xde pikir ape dah.yg sy tahu nak cepat sampai umah..

    ReplyDelete
  17. tak tau nak cakap dah kalau org yg melawat tu nk melaram habis..
    bacakan yasin tu bagus..nice sharing:)

    ReplyDelete
  18. aha, topik yang bagus kak...memang betul, kadang kala ada juga yang datang mengumpat pula si mati..huhu

    ReplyDelete
  19. Yg penting berpakaian sopan... Ziarah mayat dgn baju hitam dan spek hitam tu spt trend pula, mungkin terikut2 dgn budaya mat salih...

    ReplyDelete
  20. paling penting menutup aurat...

    ReplyDelete
  21. putih atau hitam..itu saya setuju kak..baru-baru ini sy ade datang menziarahi orang meninggal..apa yang saya nak tegur kat situ adalah gelak ketawa dari sedara mara/kawan yang nmpak tidak sesuai..walaupun apa pun ceritanya tak elok laa gelak kuat2 sebab tuan rumah mungkin sedang bersedih...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  22. pakaian biarlah bersesuain dengan tempat yg dikunjungi...yang paling penting menutup Aurat..

    ReplyDelete
  23. SM & RAI:
    betul, hitam mcm ikut agama lain. Tapi sbb takde halangan dlm Islam mengenai warna, maka dibolehkan asal takde niat nak tiru non-muslim. Wallahu a'lam :)

    ReplyDelete
  24. xpenah pk pasal kaler pn..slalu pk baju tu senang nk gerak x,sng nk amek wudhu x(setiap baju sye ade match tudung, ade yg match dgn selendang jd mcm payah klau nk rush).

    p/s:lg bagus kalau pkai baju yg besar dan boleh terus buat solat..

    ReplyDelete
  25. setengah tu sempat mengumpat lagi tu klu ada sesuatu yg mengaibkan pd simati..mcm takder masa lain..

    ReplyDelete
  26. adab berziarah kan Ujie... :)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...