Sunday 2 October 2011

Bagaimana...?

(entri ini adalah sambungan entri Kenapa Aku...?)

Seringkali bila berdepan dengan masalah hidup (yang sebenarnya adalah ujian dan cabaran buat kita), kita akan tertanya-tanya...

Bagaimana kan ku hadapi ujian ini?
Maka, inilah jawapan daripada Allah. Firman Allah, maksudnya;
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan),  dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (dimedan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Ali-Imran: 200)

Firman Allah lagi, maksudnya;
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah al-Baqarah: 45)

Apa yang aku boleh dapat daripada semua ini?
Kesabaran kita ada ganjarannya, firman Allah, maksudnya;
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka...".
(Surah at-Taubah: 111)

(Sumber: Majalah Solusi isu perdana)


p/s: Setiap kali kita menghadapi masalah, baca dan ingatlah firman Allah ini sebagai panduan diri ya!

8 comments:

  1. ros pown bace solusi jugak kak~ memang bagus!:) dan terima kasih atas jawapan akk~:)

    ReplyDelete
  2. entry yg bagus...cik tom pun suka baca majalah solusi ;)

    ReplyDelete
  3. dh byk bln x sempat nak baca solusi...

    ReplyDelete
  4. Firman Allah, (lebih kurang maksudnya), adakah kamu menyangka kamu telah beriman sedangkan kamu belum lagi diuji.

    Mehnah dan Tribulasi adalah sunnah dalam perjuangan dan kehidupan

    ReplyDelete
  5. sabar tanda kita bijak mengawal keadaan..

    kat sini susah nak dapat majalah solusi ni..
    kalau balik perak baru senang jumpa..

    ReplyDelete
  6. diana: oh..edarannya tak sampai tempat akak ya..
    saya ni beli pun bila dah khatam yg ada, baru boleh beli yg baru.

    ReplyDelete
  7. tuhan tambah2 sayang pada orang yang bersabar :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****