Dalam entri 5 Hari 5 Malam Ke Sana Ke Sini, kami melalui perjalanan jauh dari negeri paling utara ke negeri paling selatan kemudian berpatah balik. Jadinya banyaklah lokasi makan-makan kami sepanjang lima hari tersebut.
Antaranya :
Makan di Saba Restaurant, Cyberjaya. Restoran makanan Arab yang menjadi kegemaran saya dan Encik Suami. Selain menu biasa yang kami pesan iaitu Nasi Mandy Kambing, kali ini mencuba shawarma. Tak rugi cuba, sedap!
Makan di Salomak Sampodeh, Nilai. Kami kerap makan di sini bukan saja kerana ia restoran milik jiran belakang Rumah NS, tetapi kerana banyak menu yang menepati cita rasa kami.
Saya suka minuman lemon panas dihidangkan dengan cara begini - lemon siap diperah, bukan sekadar hirisan lemon yang dimasukkan dalam air panas.
Makan di Kedai Makan Angah, Rimba Terjun, Pontian. Sebuah warung kampung yang terletak di tepi jalan besar laluan ke Kukup. Bila balik Johor, saya tak melepaskan peluang menikmati menu popular negeri Johor. Kami pesan Kacang Pool dua set.
Pesan juga Tauhu Bakar kongsi makan berdua. Sedap!
Makan di Asam Pedas Masbakar, Rambah, Pontian. Kami ambil dua jenis ikan masak asam pedas. Sedap asam pedasnya, boleh datang makan sini lagi.
Makan di Itu Kopi X D’Nara MeeSup Melayu Champa di Simpang Renggam, Kluang. Sedap jugalah kuetiau goreng style Melayu ni, cuma ada kesilapan - saya pesan ‘kosong’ tapi dapat ada daging. Makan sajalah sebab nak cepat, perlu bergerak ke destinasi seterusnya.
Beli Nasi Ambeng di gerai tepi jalan di Seri Medan, Batu Pahat. Tukar hidangan letak di pinggan, barulah mudah nak makan. Kalau dulu, selalu je makan Nasi Ambeng tiap kali kenduri. Sekarang kalau nak makan, kenalah beli bila balik Johor. Tak rajin nak memasak pelbagai lauk Nasi Ambeng semata-mata nak puaskan tekak saya seorang.







Banyak tempat boleh singgah JJSM. Alhamdulillah semua makan sedap.
ReplyDeleteBetul itu nasi ambeng beli sahaja. Banyak kuantiti, selalu saya makan 2 kali untuk tengahari dan malam.
Bagus betul Na, makan sikit agaknya ya tu siap boleh bahagi dua kali.
Deleterestoran Saba tu kedai makanan arab pertama yg kami pernah makan :D sampai sekarang masih bertahan
ReplyDeleteWah..masih ingat ya kedai makanan Arab yang pertama makan.
DeleteMakanan dia ada kualiti, sedap. Itulah rahsia dia bertahan.
Makan di Salomak Sampodeh, Nilai. Kami kerap makan di sini bukan saja kerana ia restoran milik jiran belakang Rumah NS
ReplyDeletekalau sy dtg sini, sy nak ckp, kenal puan ujie tak? (nk dpt diskaun) hahahahhaha
Kita yang jiran ni pun takde diskaun tau π
DeleteKat batu pahat tak makan nasik ambeng tu kira dosa kan?
ReplyDeleteHahaha...sampai jadi dosa pulak ya?
DeleteBila jalan jauh bolehlah JJCM sekali.
ReplyDeleteMasa untuk mencuba pelbagai makanan π
DeleteSemuanya sedap.
ReplyDeleteDah lama sy tak makan nasi ambeng. Dulu selalu ke pasar tani Melawati sekiranya teringin nasi ambeng.
Salomak Sampodeh tu memang terkenal ye. Rakan² blogger pun ada bbrp orang yang dah berkunjung ke situ. Dapat harga jiran² tak PU hehe
Hihi...takde harga jiran. Kalau dia bagi harga diskaun, rasanya lagi segan kami nak datang selalu π
DeleteTeringin nak try kacang pool. Tak pernah makan.
ReplyDeleteKena JJCM ke Johor pulak Cie π
DeleteDisebabkan saya belajar dan pernah bekerja di Johor selama beberapa tahun, makanan Johor mmg dah serasi dgn tekak saya. Kacang pool, mee rebus, nasi ambeng, briyani gam, laksa Johor, tauhu bakar, pisang goreng dgn sambal kicap, semua tu kegemaran saya π
ReplyDeleteOoh..Carneyz pernah duduk Johor rupanya π
DeleteMenu johor buat dana rindu.... tauhu bakar tu sedapnya bila ada tauge tuh kak, nasi ambeng dan kacang pool tu sedap betul
ReplyDeleteDana ok lagi dok KL, tak jauh sangat nak balik Johor kalau rindu π
DeleteSyok jalan jauh, dapat makan di pelbagai tempat. Memang tempat regular la ya, yang Ujie dan suami biasa singgah. Semua nampak sedap. Wah... baru hari tu, saya makan tauhu bakar juga. π
ReplyDeleteSaba dan Salomak Sampodeh je yang biasa singgah. Lain tu baru pertama kali cuba, kecuali Kedai Angah dah 2x.
DeleteSedap kan...tauhu rangup luar, lembut dalamnya.
Kemain food plating shawarma tu. Lain dari yang lain presentation dia. Salomak Sampodeh tu haritu nak singgah tapi ramai pulak. Next time lah harap ada rezeki nanti makan kat situ. Kalau sedap ikut selera tu yang repeat tu. Pulak tu kenal sebab jiran kan. Lagi untung sangat tu. Saya pulak suka hirisan lemon, tak suka diperah. hihi..
ReplyDeleteSelaku orang Johor saya tak pernah makan kacang pool ni. Mungkin kat Segamat kurang terkenal kot menu ni. Tauhu bakar tu favourite tu.
Kalau kedai silap buat order kita tu kadang makan je lah kan, malas nak bising dan kalau dah lambat tu. Sabar je lah.
Kacang pool tu bukan makanan asal Johor kot, masa dulu tak pernah dengar pun π. Bila dah tua gini barulah terkenal Kacang Pool dan ada dijual di Pontian. Sebelum ni terkenal di JB je kan.
DeleteSeronoknya dapat pusing dari utara ke selatan sambil 'memburu' makanan kegemaran. Nasi Ambeng gerai tepi jalan selalunya memang lagi authentic dan sedap rasanya..Ahad lepas SA balik JB jap..balik hari je...tapi tu la x JJCM sangat sebab anak bujang tu buat perangai...
ReplyDeleteHehe...anak bujang nak bermanja tu kot SA.
DeleteSaba Restaurant ni kiranya Restoran Arab pertama yang saya makan di Malaysia dulu. Memang lama dah kan restaurant ni.
ReplyDeleteSama macam Mazni kisahnya ni. Hehe..
DeleteSaya tak ingat, restoran Arab pertama yang saya makan π
Yg salomak sampodeh nanti saya nak datangi laah. Tak apa agak jauh dr KL, memang teringin sangat makan sana. Lagipun saya lumayan lama , 2 Minggu eksplor Johor, Terengganu dan KL saat Desember.
ReplyDeleteOh kakak orang Johor yaa. Sedap2 menu pontian ini. Jauh tp dari Johor baru ya? Saya stay di sana nanti seminggu.
Wah...seronok dapat bercuti lama. Tak rushing nak ke sana sini.
DeleteHehe..iya, kami suami isteri orang Johor. Pontian tak jauh dari JB (Johor Bahru).
Wahhhh langsung kelaparan saya tengok entry penuh gambar makanan niπ
ReplyDelete