Wednesday, 8 July 2026

Eksperimen Potong Daun Rain Lily : Hasilnya Sangat Puas Hati!

Dalam entri Rain Lily Rosea Pink Berbunga Lebat! saya ceritakan berkenaan rain lily berbunga lebat setelah hujan lebat mengakhiri kemarau panjang di tempat saya. Selepas itu, ia hanya berbunga sedikit saja sekitar beberapa kuntum pada satu masa. 

Hasil carian internet mendapati - antara cara supaya rain lily berbunga lebat adalah dengan memotong atau memangkas daunnya. Betulkah? Jomlah kita buat eksperimen.

Rain Lily
11 Jun 2026 | Beginilah rupa tanaman rain lily saya - rimbun daunnya. Kalau tak kenal rain lily, sekali pandang macam daun kucai.

Rain Lily
Jomlah kita potong daun yang rimbun. Saya potong tak terlalu pendek, agak-agak jelah. Tujuan kita potong daun supaya merangsang pengeluaran bunga yang lebat.

Selepas itu buat penjagaan macam biasa - siraman yang banyak seperti curahan hujan dan sesekali letak baja. Selain itu - cahaya matahari penuh diperlukan bagi pokok mengeluarkan bunga.

Hasilnya…

Rain Lily
7 Julai 2026 | Alhamdulillah…rain lily berbunga lebat! Sebenarnya, sejak hari sebelumnya ia sudah mulai berbunga tetapi masih ada bunga yang belum kembang. Foto saya ambil setelah semua bunga berkembang.

Rain Lily
Perhatikan warna bunga - warna pink pekat adalah bunga yang baru berkembang, manakala warna pink cair kembang lebih awal. Warna pink pada bunga akan semakin memudar sebelum bunganya layu dan kering.

Jadinya, berapa lama masa diambil bermula potong daun sehingga bunganya berkembang? Hasil eksperimen saya - proses ini mengambil masa sekitar 25 hari. Agak lama juga, tapi ia usaha yang berbaloi kerana kita dapat menyaksikan rain lily berbunga secara serentak - lebih cantik dipandang mata.







29 comments:

  1. Rumah mak mertua Ada ni...tapi terbiar...

    ReplyDelete
  2. Wah... cantik sangat! Penuh bunga keluar. Terima kasih, share tips potong daun ini, Ujie. Nanti saya cuba buat. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Nur 😊
      Selamat mencuba! Nanti share hasilnya ya.

      Delete
  3. Subhanallah, cantiknya bunga rain lily kak Ujie ni 😍

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, cantiknya bunga lili

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kembali berbunga. Seronok tengok bunga kembang mekar gini. Hati pun turut berbunga hihi

    ReplyDelete
  6. Wah..berhasilll. Ini yang kita nak tengok. Banyak pulak tu bunganya. Hati pun berbunga-bunga tengok.

    ReplyDelete
  7. Waaah iya kak, mirip2 daun kucai 🤣. Tp setelah berbunga baru lah nampak beda. Cantiiiiik sangat. Langsung terbayang jika ada halaman luas, lalu ditumbuhi rain lily, saat kembang bunganya pasti macam rumput pink 🩷

    ReplyDelete
  8. Subahanallah cantiknya tu..boleh di tanama di laman banyak2 segar pandangan..ada biji tak bunga lily ni..nak oder jika dapat ..

    ReplyDelete
  9. Boleh tak pos ke Sabah,,runding kos ..inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah pos tanaman, tapi InsyaAllah boleh cuba sebab pokok ni jenis bebawang (bulb). Pos bawangnya saja. Cuma saya mungkin tak dapat pos segera, ambil masa ya.

      Delete
  10. Cantiknya. Nak try tanam tapi yang ada ni kadang diabaikan. 😞😞😞

    ReplyDelete
  11. oooo kena potong juga ya
    mmg cantik merimbun bunganyaaa

    ReplyDelete
  12. wahhhh cantiknya... ni kalau time takde bunga mesti org ingat kucai kan naya termasuk dlm cucur hehehe

    ReplyDelete
  13. Cantiknya bunga ni. Sekali berkembang nampak meriah sangat. Warnanya pun cantik.

    ReplyDelete
  14. Wah, menjadi betul eksperimen Ujie! Seronok tengok bunga rain lily tu berkembang lebat serentak. Betul kata orang, no pain, no gain kena 'gondol'kan dulu daunnya baru dapat hasil yang cantik macam ni. Terima kasih kongsi tips penting ni..cantik sungguh la bunga dia..bila la SA dapat tanam bunga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama SA 😊
      Takpe esok kalau dah pencen ada banyak masa, bolehlah SA menanam pulak.

      Delete
  15. Alaaa cantiknyaaaaa.. bunga purple dia sangat lawanyaaaaaaaa

    ReplyDelete
  16. Wah btul la G, kalo tgk sekali imbas igt lalang tadi hehe tp bila dh berbunga wah kemain cantek bunga nya ye..

    ReplyDelete
  17. Penantian 25 hari berbaloi..cantik sangat bunga dia macam lukisan..

    ReplyDelete
  18. Subhanallah. Penuh bunganya.
    Hehe ekspermen menjadi.

    ReplyDelete
  19. Cantiknya.. saya suka tengok kat rumah org je sebabnya saya tak suka tanam pokok bunga yang cute mute bentuknya. Sebab saya agak kasar orangnya, maka pokok bunga berdaun je yg banyak..

    ReplyDelete
  20. Bila potong lg cantiikk berbunga ye
    Geramm pula tgknya

    ReplyDelete
  21. Cantik sungguh hasilnya walau.kena tunggu 25 hari.

    ReplyDelete
  22. hahaha memang kalau kak Ujie tak cakap itu rain lily mati2 kita ingat itu kucai

    ReplyDelete
  23. Wahhhhh cantiknyaaaaa.....terapi mata ni.

    ReplyDelete
  24. Cantiknya. Lebat hasil rain lily tu

    ReplyDelete
  25. Ada setengah pokok kena rajin prunning supaya bunga lagi banyak. Macam pokok mulberry. Selu cantas jadi lepas tu buah lagi banyak

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****