Tuesday, 30 June 2026

Harum Mewangi Bingkisan dari Blogger Fanny

Petang hari Isnin, 22 Jun 2026. Saya terima bingkisan dari sahabat blogger Indonesia - Fanny yang sedang bercuti di Malaysia.

Meriah sana sini entri kisah percutian dan pertemuan Fanny dengan sahabat blogger Malaysia. Seronok saya tengok jalinan persahabatan yang bermula hanya menerusi komen-komen di blog, seterusnya bertemu depan mata.

Berbalik kepada cerita bingkisan wangi yang saya terima.


Fanny beri rangkaian produk Secret Garden - Room & Linen Spray, Eau De Parfum dan Hand Cream. Juga produk Habbie - Aromatic Cajuput Oil.

Room & Linen Spray sangat membantu mengurangkan bau buah durian dalam kereta kami. Bawa durian cuma sekali, tapi nak hilangkan bau punyalah susah ya. Selepas dua kali sembur dengan produk pemberian Fanny, barulah selesa naik kereta dengan aroma segar. 

Sehelai tudung empat segi berwarna maroon dengan kemasan pembalut putih di dalam kotak hitam. Tudung ini juga berbau wangi!

Entah suratan atau kebetulan - saya baru membeli sehelai baju warna maroon tanpa corak dan bila diacu baju tersebut dengan tudung pemberian Fanny ni, memang sesuai sangat. Tersenyum lebar saya.

Klik foto untuk paparan lebih jelas ya.
Saya tertarik dengan kata-kata pada kad dalam kotak tudung ni. Penuh inspirasi.

***

Setinggi penghargaan buat sahabat blogger Fanny yang sudi mengirim bingkisan buat saya. Rasa terharu dan gembira saya menerimanya. Alhamdulillah…blog mampu menjadi jambatan ukhuwah antara dua negara.


TERIMA KASIH FANNY 💕
Moga Allah membalas segala kebaikan Fanny.







4 comments:

  1. seronoknya kak dapat hadiah jauh dari seberang...tumpang seronok juga tengok blogger2 semua dapat berkumpul bertemu mata

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tumpang gembira tengok bingkisan wangi daripada Blogger Fanny buat Kak Ujie. Seronok tengok ukhuwah blogger dua negara begini. Tudung maroon tu pun cantik sangat, memang satu kebetulan yang indah sebab match dengan baju baru Ujie

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...
    suka saya baca kata2 dekat gift card tu..
    wangi2 je la kak Ujie nanti

    ReplyDelete
  4. saya google produk secret garden tu, rupanya produk local dari Bali. mesti wangi baunya.
    corak tudung tu cantiklah!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****