Thursday, 26 March 2026

Catatan Raya 2026

⏵ JUMAAT, 20 MAC 2026 | DARI RUMAH PERLIS KE BATU PAHAT, JOHOR

Memandangkan raya ‘tak jadi’ pada hari Jumaat, maka dapatlah kami bertolak balik kampung lebih awal pada pagi hari Sabtu. Tapi tidaklah awal sangat pun, lebih kurang pukul 7.50 pagi kami bergerak meninggalkan rumah.

Ipoh, Perak.
Aliran trafik secara keseluruhannya lancar. Maklum saja, masing-masing sudah pun bergerak pulang ke kampung halaman lebih awal.

Pemanduan Encik Suami ada ketika laju, ada ketika santai dan beberapa kali juga kami berhenti rehat untuk ke tandas/solat/luruskan badan. Perjalanan jauh dalam keadaan berpuasa dan cuaca panas memang mencabar.

Alhamdulillah kami selamat tiba di Batu Pahat kira-kira pukul 6.30 petang setelah menempuh perjalanan hampir 11 jam dengan jarak lebih 700 km


⏵ SABTU, 21 MAC 2026 | 1 SYAWAL 1447

Tahun ini kami menyambut 1 Syawal di kampung Encik Suami. Kali ini tiga beradik daripada empat beradik dapat berkumpul di pagi raya.

Batu Pahat, Johor.
Raya tahun ini kami tak membeli baju raya, suai padankan je baju sedia ada. Saya berbaju kurung Pahang warna hijau dengan tudung bawal warna beige, Encik Suami berbaju Melayu Teluk Belanga warna beige.

Seronok raya kali ini sebab kami dapat bertemu dengan lebih ramai saudara-mara Encik Suami - ada yang dah bertahun-tahun kami tak bersua muka. Beginilah bila menetap jauh dari keluarga dan saudara-mara, hanya dapat bertemu bila tibanya Syawal.


⏵ SELASA, 24 MAC 2026 | DARI PONTIAN, JOHOR KE RUMAH PERLIS

Encik Suami tak dapat ambil cuti panjang, kami berada di kampung halaman cuma empat malam - dua malam di Batu Pahat dan dua malam di Pontian.

Di Pontian, malam pertama kami menginap di New Dawn Hotel yang terletak di Jalan Johor - bangunan yang sama dengan Restoran Kemangi. Dapat bilik Superior Queen dengan kadar harga RM128 - jauh lebih murah berbanding harga hotel di kawasan tepi laut Tambak Pontian yang naik berganda sempena hari raya. Alhamdulillah bilik penginapan kami luas dan selesa cuma hotel ni tiada lif.

Malam kedua barulah kami dapat tidur di rumah mak setelah ada kekosongan bilik. Maklumlah adik-beradik saya seramai sembilan orang dan semua sudah berkeluarga. Balik beberapa buah keluarga je pun dah penuh semua bilik.

Pontian, Johor.
Pukul 8 pagi hari Selasa, kami bertolak kembali ke rumah Perlis. Perjalanan kali ini tidak begitu lancar, tetapi tidaklah sesak teruk - cuma ada beberapa tempat aliran trafik bergerak perlahan. Kami juga singgah sana sini - rumah kakak saya, makan nasi Arab di Cyberjaya dan makan mi sizzling di Alor Setar.

Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah pada pukul 11.25 malam setelah menempuh perjalanan lebih 15 jam dengan jarak kira-kira 817 km.

Sebaik saja saya membuka pintu rumah, tiba-tiba muncul Jojo si anak bulu meluru masuk ke dalam rumah. Kita belum sempat masuk, dia dah masuk dulu 😀


SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA SAHABAT BLOGGER. MOHON MAAF JIKA ADA KATA-KATA SAYA YANG MENGGURIS RASA.





2 comments:

  1. tuuuu diaaaa
    dr pangkal ke hujung semenanjung💪💪💪

    selamat hari raya ke 6

    eikk jojo beraya kat mana tu? Danok ke... Songkhla?🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****