Thursday, 19 June 2025

Jalan-jalan di Ueno Park, Ueno, Taito City

🌸 CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KE LIMA - AHAD, 8 DISEMBER 2024 🌸

Sambungan entri terdahulu —> Halal Ramen Ueno, Ueno


Hari kelima merupakan hari terakhir kami berjalan-jalan di Tokyo, esoknya hari penerbangan pulang ke tanah air. Seperti hari sebelumnya, kami bersarapan secara ala kadar dengan bekalan yang ada.

Sekitar pukul 9 pagi, saya keluar seorang diri menuju ke Ueno Park yang terletak di seberang jalan hotel penginapan kami. Encik Suami selesaikan sedikit urusannya sebelum menyusul saya kira-kira 15 minit kemudian.
Info ringkas Ueno Park :
  • Ueno Park (Ueno Kōen dalam bahasa Jepun) merupakan sebuah taman rekreasi di Taito City, Tokyo yang juga menempatkan beberapa buah muzium, kuil (temple/shrine) dan zoo.
  • Akses stesen tren terdekat - Ueno Station.
  • Antara tarikan utama di sini - Ueno Zoo, Tokyo National Museum, Tokyo Metropolitan Art Museum, Shinobazu Pond, Kaneiji Temple dan Toshogu Shrine.
Bacaan lanjut berkenaan sejarah Ueno Park dan waktu operasi tarikan utama di sini, boleh baca di japan-guide.com.

Walaupun saya memulakan langkah sendirian di Ueno Park, saya tak rasa kekok atau bimbang berada di sini. Saya seronok berjalan dalam suhu dingin sambil memerhati keindahan taman yang dijaga rapi. Ketika ini, Tokyo berada di penghujung musim luruh - banyak pokok yang sudah gugur daunnya dan ada juga pokok yang masih dipenuhi dengan daun berwarna kemerahan juga kuning keemasan.

Tak banyak yang boleh saya catatkan kerana saya tak berkunjung ke mana-mana muzium, zoo atau kuil yang ada di Ueno Park. Saya sekadar berjalan-jalan santai menikmati suasana di sini sambil memotret apa-apa yang kelihatan menarik di mata saya.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Keadaan di sini tenang saja walau kelihatan ramai pengunjung. Cuaca ketika ini cerah dengan langit membiru dan matahari memancar terang, tapi udaranya sejuk!

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Penutup manhole dengan motif pokok bunga sakura. Ueno Park merupakan antara tempat untuk kita menyaksikan keindahan bunga sakura ketika musim bunga (sekitar bulan Mac - April).

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Entah pokok apa, kelihatan menarik dengan daun-daun kecil berwarna kemerahan.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Di sepanjang laluan taman ini terdapat lampu-lampu kecil yang dihiasi dengan motif seni budaya Jepun.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Cantik dan menarik kan? Ia bukan saja berfungsi sebagai lampu menerangi gelap malam, tetapi turut menjadi penghias taman dengan menonjolkan seni budaya Jepun.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Saya tak pasti ini apa, tapi nampak macam tong sampah untuk kegunaan pekerja pembersihan. Apa yang pasti, saya tertarik dengan motif seni budaya Jepun pada badan tong ini. Mereka kreatif dalam mengubah benda biasa menjadi sesuatu yang menarik (contoh lain - penutup manhole).

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Salah sebuah kuil (temple/shrine) yang ada di Ueno Park. Pengunjung perlu mendaki anak tangga untuk sampai ke bangunan kuil.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Suhu rendah ketika ini 7℃. Udara sejuk dan kering.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Pemandangan Ueno Park pada penghujung musim luruh. Saya membayangkan pokok-pokok tanpa daun ini dipenuhi bunga sakura apabila tiba musimnya. Tentu sangat memukau pandangan.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Eh, ada pondok telefon! Bersih dan nampaknya boleh berfungsi.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Di Ueno Park juga terdapat beberapa tugu peringatan.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Salah satunya - Statue of The Imperial Prince Komatsunomiya Akihito.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Kawanan burung di dahan pokok yang menambah ceria suasana taman.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Kami tiba di suatu kawasan dengan pokok berdaun kekuningan. MasyaAllah…cantik sungguh!

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Lokasinya berhampiran Ueno Zoo. Kelihatan ramai pengunjung sedang berbaris menunggu zoo dibuka. Kalau ikut itinerari, kami pun akan ikut berbaris sama tetapi kami ubah fikiran di saat akhir.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Cantik sungguh daun gingko yang berjatuhan memenuhi lantai taman.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Close-up daun gingko. Daunnya berbentuk seperti kipas.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Langit membiru dengan dedaun pokok hijau dan kuning - lukisan alam yang mempesona.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Dedaun pokok gingko bersinar keemasan di bawah pancaran matahari.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Sebelum beredar, kami berfoto kenangan dengan menggunakan lensa kamera wide angle 0.6x.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Pintu gerbang ke salah sebuah kuil yang ada di sini. 

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Depan pintu masuk Ueno Zoo. Ketika ini agak lengang sebab pengunjung yang beratur tadi dah masuk.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Jalan ke depan lagi, nampak suatu kawasan yang meriah dengan orang ramai. Entah ada acara apa, kami tak pergi ke sana.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Pokok maple dengan dedaun berwarna merah.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Antara bunga-bunga yang menghiasi taman. Bunga tahi ayam (Lantana camara) pun ada.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Entah pokok apa, lebat buahnya dan cantik warnanya merah terang. Daunnya juga menarik - warna hijau dan warna kemerahan.

Ueno Park, Taito City, Tokyo
Peta panduan Ueno Park. Klik untuk paparan lebih jelas.

Ueno Park bukan sekadar sebuah taman rekreasi yang luas, tetapi di sini terdapat banyak tempat tarikan pelancongan - zoo, muzium dan kuil (temple/shrine). Pendek kata, kita perlukan banyak masa kalau betul-betul nak menjelajah setiap sudut. Kami berjalan-jalan di sini selama 1 jam sahaja dan cuma sempat menjelajah sebahagian kecil kawasan taman ini. Itu pun dah cukup membuat saya rasa seronok dan teruja.







10 comments:

  1. bestnyaaaaa...rindu nak repeat ke Tokyo.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat menarik, memang jadi rindu nak datang lagi kan 😀

      Delete
  2. Gambar kaki dgn daun tu nampak mcm cornflakes sangat. Memang cantik suasana pokok2 yg berwarna warni ni tambah pulak cuaca baik

    Rindunya musim autumn :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...cornflakes ya.

      Ini pun dah hujung musim, kalau tengah peak tu mesti lagi cantik.

      Delete
  3. cantik tgk pokok yg dedaun colorful tu..pernah merasa juga view tu tp kt korea

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat peluang travel ke Jepun...idaman SA ni...tapi nak pi berdua ngan Dania je..pencen nanti la kot kalau panjang umur

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat jalan-jalan pun. Menarik permandangannya di segenap sudut. Rugi kalau tak merakamnya kan. Suasana tenang aman damai. Ini kalau dapat masuk zoo lagi seronok. Sukalah tengok pokok daun maple warna merah tu. Daun ginko pun unik.

    ReplyDelete
  6. Dapat jalan² nikmati udara segar pun dah seronok kan... Sebab nampak bersih dan cantik sangat tempat ni...
    Sedap nama bunga tahi ayam tu :)

    ReplyDelete
  7. Keadaan taman Ueno yang tampak asri dan sejuk membuat pengunjung betah berlama-lama disana.
    Saya terpesona dengan pohon maple itu Mbak. Cantik sekali warna merah dedaunan nya.

    Salam,

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****