Thursday, 23 December 2021

Dapur Terminal Cinta, Lenggong

RABU | 15.12.2021

Minggu lepas, saya dan suami sekali lagi ke Amazing Camp Legacy di Lenggong, Perak. Pada waktu malamnya, kami keluar mencari kedai makan di kawasan berhampiran. Alhamdulillah tak perlu keluar jauh, kami jumpa sebuah kedai makan yang menarik - Dapur Terminal Cinta.

Kedai makan dengan dekorasi unik. Ada jiwa. 

Dekorasi di bahagian dinding.

Memang tak sempat nak bosan. Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba, bolehlah kita meneliti poster dan potret yang ada di kedai ini.

Oh ya, nak tengok menu cuma perlu scan QR code yang ada di meja makan untuk melihat paparan e-Menu.

Hidangan pilihan suami.

Hidangan pilihan anak-anak saudara.

Hidangan pilihan saya.

Kali ni kami bukan berdua, tetapi ada dua orang anak saudara bersama kami. Kami diamanahkan menjaga keduanya sepanjang ibu ayah mereka pergi menunaikan umrah. Masa ni saya cakap nak ambil gambar masuk blog, terus yang seorang tu menyorok muka πŸ˜„

Alhamdulillah, semua makanan dan minuman sedap menepati selera kami berempat. Masing-masing memuji kesedapan makanan masing-masing. Layanan pun sangat mesra dan pantas. Kedai makan yang menarik, kemas dan bersih.

Kalau ada sesiapa ke Lenggong bolehlah mencuba makan di sini. Kedai di buka pada waktu petang hingga tengah malam. Nak ke sini cari je ‘Terminal Cinta’ di Google Maps. Lokasinya di tepi jalan, mudah dilihat.

——————————————————————
DAPUR TERMINAL CINTA
Kuak, Lenggong,
Perak.
016-534 4313

Waktu operasi :
Selasa - Sabtu (4 petang - 12 tengah malam)
Ahad - Isnin (tutup)


25 comments:

  1. Macam ada nampak megi Samyang.
    Hehe malu masuk dalam blog.

    ReplyDelete
  2. Tak sangka ada cafe hipster kt Lenggong..teringin nk pi..kena balik kuale dulu..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..memang tak sangka. Kebetulan dekat pulak dengan sungai best. Memang seronok.

      Delete
  3. lenggong ada muzium je wak penah pergi dulu.. πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak pergi Muzium Arkeologi Lenggong lah tu kan..

      Delete
  4. Tak tahu pun Lenggong ada tempat macam ni sebab selalu rasa Lenggong ni macam bandar mati. Malam-malam sunyi je kalau lalu Lenggong nak balik ke Gerik.

    Boleh la try nanti kalau singgah ke Lenggong.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi sampai Lenggong. Menarik cafe ni. Deco hipster dan nama pun best. Nak pergi lah mana tau jumpa cinta. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata Terminal Cinta kan...boleh cuba tu, moga berjumpa cinta πŸ˜„

      Delete
  6. PH selalu lalu Lenggong kalau nak balik ke Baling tapi belum ada kesempatan singgah mana2 tempat menarik di Lenggong, which I know they have a lot of attractions. Maybe satu hari nanti boleh singgah utk nikmati keindahan Lenggong :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru nak explore tarikan di Lenggong ni πŸ˜€

      Delete
  7. Wah! e-menu? macam mana tu? uncle ni ketinggalan zaman sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. E menu - elektronik/digital menu. Nak tengok menu, kita scan QR code kat meja makan.

      Bukan ketinggalan zaman, cuma belum biasa je..hehe

      Delete
  8. Menarik betul dapurnya. Berseni sana sini. Menu dia nampak tip top. Bila sedap, haruslah datang kembali. Eh eh anak buah malu malu. Meriah meja sesekali berempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah πŸ˜€...makan sedap, tempat menarik..banyak yang boleh dibualkan.

      Delete
  9. aida 2 kali jejak lenggong.
    adik ipar org situ, kampung malau :)
    next ni mcm nak naik sana lg.
    mcm nak camping di denai kabus mac akan dtg.

    nice kedai ni. makanannya pon nampak menarik sgt.
    kalu aida ke lenggong, boleh gi ni.
    done bookmark.

    ReplyDelete
  10. menggamit jiwa betul suasana kedai makan ni. hiasannya nampak simple tapi menarik.

    ReplyDelete
  11. Sedap..betul2 rekemen makan kat sini..chicken chop dia terbaikπŸ‘

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita ^_^