Wednesday 24 March 2021

Jejak Sejarah | Rumah Api Muka Head, Pulau Pinang (Bahagian 1)

Catatan ini merupakan sambungan kisah di DI SINI. Maaf kalau bosan baca catatan trip ke Taman Negara Pulau Pinang yang tak habis-habis ni 😅. Insya Allah lagi satu entri, habislah. Saya catatkan dengan agak terperinci sebagai satu kenangan dan rujukan sendiri pada masa akan datang. Sekarang ni pulak dah malas nak print gambar atau buat photobook, maka blog la jadi mangsa.

Ok, terus kepada catatan kali ini. 

Kami tiba di bahagian hujung pantai Teluk Duyung (Monkey Beach), di sinilah terletaknya laluan menuju ke Rumah Api Muka Head. Berdasarkan batu tanda yang ada kat permulaan laluan tu, jarak laluan adalah sejauh 1233 meter. Catatan masa bermula pada pukul 12.48 tengah hari.

Baca info dulu. Rumah api diuruskan oleh Jabatan Laut Malaysia. Dibina pada tahun 1883. Tengok nama tempat tertera Teluk Pahang. Mungkin itu nama lama bagi Teluk Bahang ni. Tapi kenapa nama rumah api ni Muka Head?

Inilah laluan ke rumah api. Perlu mendaki anak tangga.

Di sepanjang laluan terdapat batu tanda jarak dan aras kita berada. Macam sekarang ni masih ada 900 meter untuk kami meneruskan perjalanan.

Terus-menerus layan tangga. Sesekali kita akan jumpa pondok rehat yang nampak dah tak selamat untuk digunakan. Saya juga nampak ada binaan batu macam rumah kecil di sebalik rimbunan pokok. Entah apa sejarahnya.

Tiba di satu laluan, mata terpandang tulisan pada batu besar ni. Tertera tulisan ‘AWAS AULAR’. Siap lukisan gambar ular. Terus saya rasa sedikit seram, mata melilau pandang sekeliling sambil berjalan laju melewati kawasan ni. 

Walaupun penat mental dan fizikal, bab ambik gambar saya masih gigih...hehe. Pemandangan yang indah di mata saya.

Laluan yang mencabar bagi saya. Sebab hampir keseluruhan laluan kita perlu mendaki anak tangga. Kaki saya terasa berat. Entah berapa banyak kali saya berhenti bagi melegakan kaki. Melangkah pun makin lama makin perlahan. Ditambah pulak masa ni tengah hari, waktu biasanya berehat dan makan tengahari. Syukur jugak dalam hutan taklah panas dan angin bertiup lembut. Sebagai meningkatkan motivasi, suami selalu la baca batu tanda yang ada tu dan bagitau tinggal sekian-sekian meter je lagi!

Mampukah saya sampai ke Rumah Api Muka Head? Bersambung...


16 comments:

  1. pemandangan kehijauan hutan yg nyaman tu mak ujie., ;p

    ReplyDelete
  2. ada aular tu yg seram...sib baik suasana redup, tak rasa penat sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aular...tengok gambar baru paham maksud :D

      Delete
  3. Hehe kalau saya pun meremang buli roma kalau teringat ada ular.
    Kaki penat pun masih mampu melangkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melangkah dengan sisa semangat je tu Na..:D

      Delete
  4. seram pula shida tgk tangga tu kak ujie..kena berhati2 pemakaian kasut pn kena tepat biasa laluan2 tangga cantu dlm hutan berlumut..licin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Shida. Dedaun kering tu pun ada yang licin gak bila dipijak.

      Delete
  5. tengok tangga tu aduhai seramnya kak... kalau dana takde keberanian hehehhe

    ReplyDelete
  6. lamaaanyaa tak pergi trekking.. mesti kite dah pancit skrg tangga tangga cam tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni pun dah berbulan tak pegi trekking/hiking...itu la pasal terasa berat kaki. Haha

      Delete
  7. Seronoknya hiking.. Dah meningkat umur ni, jarang dah hiking. Dulu rajin juga.

    ReplyDelete
  8. Jangan risau kak, kalau cite travel tak pernah orang jemu baca. Lagi-lagi tempat yang pembaca tak sampai lagi

    ReplyDelete
  9. Mencabar perjalanannya.. Ada amaran aular pula.. kalau sha nie tak sure teruskan ke tak.. hahaha..

    ReplyDelete
  10. Suka tengok laluan macam ni. Nampak rustic dan menarik. Bab gambar ni, saya pun gigih juga lupa penat..hihi

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****