Tuesday 15 December 2020

Pulau Pinang - Kedah - Perlis

Ahad | 13.12.2020

Semenjak berpindah ke utara tanah air pada penghujung bulan Mei lalu, baru kali ini saya berpeluang ke Perlis. Berbanding dengan suami yang memang dah biasa ke Kedah dan Perlis atas hal kerja.

Kedah | Yusof Jan Nasi Jagung, Changlun

Berpagian kami bertolak dari rumah PP. Pemandangan indah sawah menghijau, kawanan burung putih bertebaran di sawah dan kabus yang melitupi perbukitan menjadi latar perjalanan. Cukup mempesona bagi  saya.

Kami singgah sarapan pagi di sini - Yusof Jan Nasi Jagung yang terletak di Changlun. Boleh buat carian di Google Maps jika nak ke sini. Tak susah mencari sebab kedai ni berada di tepi jalan besar.

Nasi Jagung dan lauk pilihan kami. Ada pelbagai pilihan lauk. Nampak macam makan nasi kandar pulak kan? Cuma bezanya yang ni nasi jagung. Walaupun jagungnya macam tak jumpa pun...hihi.

Hidangan saya - nasi separuh, acar, telur rebus dan ikan bawal kuah. Suami pulak ambil lauk kambing. Rasanya? Memuaskan selera, licin pinggan saya. Walaupun terasa pelik pulak pagi-pagi dah makan nasi berlauk...haha. Total makan-makan kami RM22.50.

Perlis | Kunjungan Ke Rumah Adik Ipar

Tujuan perjalanan kami, nak berkunjung ke rumah adik ipar yang menetap di Perlis. Dah 6 bulan pindah PP, barulah kali ni sampai ke rumahnya...hehe. Yelah, PP pun baru je tamat PKPB sebulan.

Kami makan tengah hari di rumah adik ipar. Sedap semua masakannya.

Alhamdulillah...lepas makan dan solat di rumah adik ipar, barulah kami bergerak balik ke PP. Sempat singgah beli sotong segar saiz besar dengan harga RM28/kg di sebuah kedai tempat adik ipar biasa beli. Kat Google Maps buat carian ‘Hafiz Fishery’. Mujur memang ke mana-mana sedia cooler bag, cuma mintak tambah ais je lah kat dalam plastik sotong tu. Tahanlah untuk sampai rumah PP dengan masa perjalanan (tanpa henti) sekitar 2 jam 15 minit kalau ikut Google Maps. Tapi petang tu banyak kenderaan dan lebuh raya agak sesak, tambah lama la sikit.






.

10 comments:

  1. Nampak nasi macam nasi ayam juga.
    Peluang makan makanan yang jarang jumpa.

    ReplyDelete
  2. org kata perlis satu hari boleh cover jalan2 satu perlis, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat berjalan-jalan mungkin betul. Tapi kalau nak menikmati tarikan di sana, tak cukup juga sehari tu 😀

      Delete
  3. Dah dapat rentas negeri ni, alhamdulillah. Jauh perjalanan dan dapat merasa juadah yang sedap-sedap di tempat orang.

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa jenjalan rentas negeri ! take care tau

    ReplyDelete
  5. kak ana belum pernah sampai perlis lagi, ramai orang kata makanan kat perlis ni murah-murah kan.

    ReplyDelete
  6. Saya pun nak ke Perlis entah bila lagi. Jarang betul nak tersesat sampai sana. Jauh dari Selatan kan. Tak pernah pula makan nasi jagung. Kalau ke Perlis saya suka makan Pulut Ayam ala Thai tu. Memang sedap!

    ReplyDelete
  7. saya pun belum pernah ke perlis

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****