Thursday 17 December 2020

Dunia Tanpa Tembok

Dunia Tanpa Tembok, Ayman Rashdan Wong
Judul : DUNIA TANPA TEMBOK
Penulis : Ayman Rashdan Wong
Penerbit : Patriots Publication
Tahun terbit : 2017 (cetakan ke-14, 2020)
Jumlah muka surat : 245
Harga : RM28


Melihat kulit depan buku ini saja dah terbayang yang buku ini agak ‘berat’ untuk saya membacanya. Buku Dunia Tanpa Tembok ini merupakan artikel-artikel catatan penulis tentang geopolitik dan hubungan antarabangsa. Satu bidang yang agak asing bagi saya. Tapi sesuatu yang asing biasanya menarik, banyak pengetahuan baru yang boleh kita pelajari.
Geopolitik : kajian tentang kesan faktor-faktor geografi terhadap politik (terutama politik antarabangsa), geografi politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Menurut penulis, ilmu tentang geopolitik antarabangsa adalah kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa. Ilmu tersebut harus berdasarkan prinsip-prinsip Realisme (kebolehan bertindak secara realistik dan pragmatik), Diplomasi ( kebolehan mencari penyelesaian melalui pendekatan damai) dan Patriotisme (kebolehan mengatasi perbezaan politik demi mempertahankan kepentingan negara).

Dunia Tanpa Tembok, Ayman Rashdan Wong

Menerusi catatan 50 buah artikel di dalam buku ini, penulis menerangkan dan menghuraikan konsep-konsep penting dalam hubungan antarabangsa berdasarkan tiga prinsip tersebut.

Bermula dengan artikel asal-usul nama negara kita Malaysia sehinggalah artikel mengenai krisis diplomatik Malaysia-Korea Utara, semuanya dihuraikan dengan terperinci oleh penulis. Ada yang mudah saya fahami, ada juga yang membuat dahi saya berkerut nak memahamkan kronologi dan fakta-fakta sejarah yang disebut. Sesekali saya buat carian internet untuk lebih jelas tentang sesuatu perkara.

Nampaknya memang terlalu banyak yang baru saya tahu dan pelajari. Nampak sangat selama ni tak ambil kisah tentang apa yang berlaku di luar Malaysia. Sedangkan semua itu sebenarnya penting dan secara langsung atau tidak langsung ia mempengaruhi kestabilan dalam negara kita.

Dunia Tanpa Tembok, Ayman Rashdan Wong

Diplomasi Umpama Tarik Tali atau Gusti Lengan
Masih ingat krisis Malaysia-Korea Utara pada 2017? Masih saya ingat ketegangan yang berlaku, Korea Utara menuntut mayat Kim Jong-nam yang dibunuh di Malaysia. Tapi permintaan tersebut tak dilayan, maka Korea Utara bertindak menahan rakyat kita yang berada di sana (baca : ugutan). Masa tu orang ramai menyalahkan pihak kerajaan yang sedari awal tak melayan permintaan Korea Utara. Ramai yang gerun dengan negara tersebut.

Menerusi artikel di dalam buku ini, penulis menerangkan mengapa Malaysia mengambil tindakan tersebut dan apakah kepentingan simbolik untuk Malaysia. Kesimpulan yang saya dapat, kita sebagai orang awam yang tak tahu menahu tentang hubungan antarabangsa sebaiknya terus memberi sokongan penuh atas keputusan kerajaan. Setiap langkah yang diambil adalah berdasarkan prinsip-prinsip dalam hubungan antarabangsa, bukan berdasarkan apa yang kita rasa.


Kuasa Lunak (Soft Power)
Budaya popular adalah sebahagian daripada kuasa lunak (soft power) dalam kajian hubungan antarabangsa. Kuasa lunak adalah satu alternatif untuk meningkatkan pengaruh di persada antarabangsa, bukan untuk mendominasi tetapi untuk meningkatkan visibility dan presence. Contoh budaya popular : K-Pop dan K-Drama.

Ok, saya sekadar menyentuh dua artikel sebagai gambaran mengenai buku ini. Bagi saya, buku ini memang terasa agak berat untuk dihadam dan mengambil masa untuk saya menghabiskan bacaan. Tapi sesungguhnya, buku ini sangat-sangat menarik dan mampu menjelaskan banyak hal yang kita fikir ‘Kenapa kita (Malaysia) terima banyak pelaburan China? Nanti tergadai negara.’ atau ‘Kenapa sesebuah negara perlu memperkukuhkan aset ketenteraan walaupun tiada ancaman peperangan?’.

Buku ini sangat bagus dibaca oleh semua, terutamanya oleh orang muda (saya rasa seawal sekolah menengah dah sesuai baca) untuk memupuk minat terhadap bidang hubungan antarabangsa. Bidang yang nampak macam tak penting, tapi sebenarnya sangat penting untuk membentuk sebuah negara bangsa. Atau sekurang-kurangnya mampu menjadi rakyat yang tahu apa itu hubungan antarabangsa dan kepentingannya, rakyat yang berilmu.


“Orang baik tanpa strategi akan dikalahkan oleh orang jahat.”
-Dunia Tanpa Tembok, halaman 180.




8 comments:

  1. Tambah pengetahuan, buat kita berfikir dengan kritis.

    ReplyDelete
  2. kadang2 kena baca juga buku2 berat ni kan

    ReplyDelete
  3. Bila ada buku camni, baru kita semua faham psl hubungan diplomatik negara kita dengan negara lain hehehe

    ReplyDelete
  4. berat for me as well baca ni. but tambah ilmu pengetahuan ni...

    ReplyDelete
  5. kite suka genre macam ni.. boleh tambah knowledge :)

    ReplyDelete
  6. Menarik banyak benda boleh kita tambahkan pengetahuan.

    ReplyDelete
  7. Sekali imbas nampak macam passport cover buku tu. Sektor kuasa dan politik ni sukar difahami. Ada buku macam ni, bagus juga untuk tambah pengetahuan sikit.

    ReplyDelete
  8. kalau saya baca mungkin makan masa lama

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****