Tuesday, 19 March 2019

Raptor Watch 2019 - Come Fly With Me

Pengenalan
Burung pemangsa atau lebih dikenali sebagai burung 'raptor', singgah di Tanjung Tuan dalam perjalanan merentasi Selat Melaka untuk pulang ke destinasi di hemisfera utara. Migrasi ini berlaku sekitar pertengahan Februari sehingga pertengahan April.

Program 'Raptor Watch' merupakan acara tahunan anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) yang diadakan pada setiap Mac. Program bertujuan memberi kesedaran terhadap konservasi raptor dan habitatnya.

Info lanjut dan bacaan tambahan boleh baca DI SINI dan DI SINI.


Raptor Watch 2019
Bagi tahun 2019, program Raptor Watch diadakan pada 9-10 Mac. Kehadiran saya ke sini adalah secara kebetulan, tak tau pun ada acara yang sedang berlangsung. Saya dan suami datang ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan untuk aktiviti pendakian / merentas hutan. Hairan bila tengok keadaan jalan masuk yang sesak - banyak kereta dan bas. Pertama kali berhadapan kesesakan teruk sepanjang kami mengunjungi Tanjung Tuan.

Saya buat carian di internet, barulah tau ada acara berlangsung! Hmm...alang-alang dah sampai dan memang tak pernah datang ke acara ni, kami teruskan jugak niat masuk ke hutan Tanjung Tuan ni. Kami parking jauh di Pantai Cermin, setelah gagal cubaan parking di kawasan lebih dekat.

Gerai pertama di hadapan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, tentunya gerai jualan penganjur Raptor Watch. Ada jual t-shirt, key-chain, buku dan lain-lain dengan harga istimewa (harga ahli). Saya beli buku dan t-shirt untuk kami berdua - yang tergantung warna teal blue tu...cantik dan kain best! Cuma RM28/helai.

Suasana meriah! Banyak rombongan dari sekolah.

Terdapat banyak gerai dari pelbagai persatuan / agensi. Ada gerai jualan dan ada gerai pameran.

Gerai aktiviti kesenian.

Demonstrasi buat bunga dari daun pandan. Cantik dan boleh dijadikan pewangi semulajadi, letak kuntuman-kuntuman bunga dari daun pandan ni kat rumah / kereta.

Sepanjang laluan ini juga terdapat 'bunting' yang memaparkan jenis-jenis burung raptor yang telah dikenal pasti singgah di Tanjung Tuan.

Seterusnya, kami masuk ke laluan hutan untuk turun ke Pantai Pulau Masjid. Tak jadi nak daki Bukit Batu Putih sebab terlalu ramai orang menghala ke sana. Untuk lihat burung raptor - samada naik ke Rumah Api atau  turun ke pantai-pantai sekitar. Kami berharap dapat lihat di Pantai Pulau Masjid, tapi nampaknya takde rezeki. Cuma nampak kawanan burung kecil berlegar di udara. Untuk info, bukan sahaja burung raptor yang bermigrasi, terdapat juga spesies burung lain.

------------------------------------------------------------------

Balik dari Tanjung Tuan, kami singgah makan tengahari di Cowboy Place, Port Dickson. Berborak dengan orang di kaunter (tak pasti pemilik kedai atau bukan), katanya sekarang cuaca terlalu panas jadi agak susah nak nampak raptor. Dia berpeluang lihat ribuan raptor pada bulan Feb lalu, memang suatu pemandangan yang menakjubkan. Jeles tau! Kena cari masa datang lagi waktu redup sikit, insya Allah sempat lagi sehingga pertengahan April. 

7 comments:

  1. Tak dapat lihat burung raptor ah

    ReplyDelete
  2. Kak.. Ira baru hiking bukit batu putih pg tadi.. Mencabar juga hiking situ, 1st time kot. Subhanallah.. Cantik sgt pemandangan kat situ.. Kalau nmpk burung2 tu mesti lg seronok. 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Ira! tercapai jugak hasrat nak hiking!

      Akak setiap kali naik situ pun tetap rasa mencabar, sebab kita hiking sesekali bukan tiap minggu. Stamina tak seberapa..hehe

      Pemandangan yg cantik tulah buat semangat nak naik. Lepas ni Ira boleh try laluan lain. Byk lagi tempat menarik kat situ. ^_^

      Delete
  3. Berbukit eh tempat dia Ujie..... mau semput tu kalau akak panjat hahhaha.... Meriah jugak ye Tg Tuan ni bila ada event. Belah mana Tg Tuan ni...tak pernah pun tau tempat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat orang hiking ni kak, berbukit sikit.
      Kat area PD, dekat dgn pantai Blue Lagoon (Tg Biru).

      Delete
  4. cowboy place je yang saya pernah pergi kak :D

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****