Friday, 22 March 2019

Perigi Tua dan Ayam Putih

Laluan Ke Pantai Pulau Masjid, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Ahad | 10.03.2019

Ini kali kedua saya melalui laluan ini untuk ke Pantai Pulau Masjid. Pada kunjungan pertama tahun lepas, saya ada mencatatkan berkenaan satu binaan tembok yang agak pelik. Catatannya DI SINI.


Perigi Tua Di Tengah Hutan

Inilah dia...binaan tembok yang tak tinggi. Ada sebuah perigi dibalik tembok. Hairan jugak...kat tengah-tengah hutan gini ada perigi. Siapa yang bina?

Krew edisi siasat mendekati perigi...hehe. Menurut sumber info internet, ini adalah perigi tinggalan zaman penaklukan Belanda di Melaka. Ya...Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni bawah kerajaan Melaka, bukan Negeri Sembilan.

Nampak macam tak berapa dalam. Pandai-pandai kata....padahal bukan biasa dengan perigi pun! Emm...kalau betul tinggalan Belanda, perigi ini berusia sekurang-kurangnya 195 tahun. Menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda, Belanda meninggalkan Melaka pada tahun 1824.


Ayam Putih

Perjalanan diteruskan sehingga ke Pantai Pulau Masjid. Disambut oleh seekor ayam putih! Sambil tu mata saya sibuk pandang langit kot nampak burung raptor. Tapi hampa...cuma nampak kawanan burung kecil berlegar-legar.

Entah siapa yang rajin bawa ayam ke sini. Tempat ni dalam hutan rekreasi, memanglah takde orang berumah kat sini. Menurut syak wasangka saya la kan, ayam ni dibawa untuk upacara khurafat. Kalau kita jalan ke depan lagi, akan jumpa satu lagi perigi dan tempat pemujaan di batu besar (dipercayai ada kesan tapak kaki Hang Tuah). Tak seronok pulak bila tengok tempat rekreasi awam dijadikan tempat pemujaan!

Bila jalan dalam hutan, saya suka memerhati sekitar. Ini antara yang menarik perhatian. Yang berbuah banyak tu, spesis pokok rotan kot. Berduri banyak.

Ok, tamat. Untuk kali ini, saya balik melalui laluan yang sama masa pergi tadi. Sebab lebih mudah dan santai.






9 comments:

  1. berani nya.. kalo CT mmg lari dulu. nak pegi dekat perigi tu pun takot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berani berani takut akak ni Siti. Tapi sebab berdua dgn suami, berani tu lebih lah. haha

      Delete
  2. lama usia perigi tu. ayam putih tu kalau tiada perkampungan disitu macamana boleh tersesat disitu kan, mungkin betul spt yg uji katakan, zaman sekarang pun masih ada aktiviti yang macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...zaman berubah, tapi pemikiran masih warisan lama. huhu

      Delete
  3. Patutlah ada kuih Raya yg dinamakan buah rotan ye Ujie...rupanya ada buah rotan dialam nyata....Tak ngeri ke Uji masuk hutan mcm tu. Pas tu jumpa macam macam pulak tu...perigi lamalah, ayam putihlah.... haishhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiki...sebenarnya ada la rasa cuak gak sebab berdua je. Tapi kadang-kadang ada pengunjung lain lalu. so, ok la berani.

      ehh..betul la pasal kuih raya tu! tak terfikir saya. hahaa

      Delete
  4. berani jugak kakak ni, saya dah patah balik kot :D

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****