Friday, 26 May 2017

PHILIPS Pressure Cooker : Kari Ayam

Lama sungguh tak menulis blog. Ni nak puasa, kita rajinkan diri tulis cara masak KARI AYAM menggunakan PPC (Philips Pressure Cooker). Untuk panduan korang yang baru guna PPC (ramai yang berPPC sejak Lazada bagi harga yang tak mampu ditolak!) dan untuk rujukan sendiri. Kadang tu bila dah lama tak masak satu-satu menu tu guna PPC, jadi lupa jugak. Terus tak menjadi menu kita tu. 😅

Ni cara masak guna PPC je tau. Bukan resepi Kari Ayam. Resepi ikutlah kesukaan masing-masing. Untuk kali ni saya guna ayam kampung AJWA. Ok, jom kita memasak KARI AYAM PPC....

1. Tekan BAKE-CHICKEN-Start. Panaskan minyak.
Kemudian tumis bahan tumisan kita macam biasa, sampai pecah minyak.

2. Lepas tu saya tumis sekejap ayam bersama rempah tumisan tadi. 

3. Kemudian masukkan santan cair/air, kentang dan carrot.
Air tak perlu banyak, tak perlu sampai tutup bahan masakan kita pun. Sebab pressure tak mengurangkan air.
Kemudian OFF. 

4. Sekarang tutup periuk. Tombol ke SEAL. Tekan mode CHICKEN/DUCK-Start. 
PPC dah auto set Pressure Time :15 minit untuk mode ni. 
Bolehlah tinggal buat kerja lain, nak pergi tido pun boleh! Hehe... 

5. Selepas  ~26 minit, dia bunyi Beep. Tekan OFF.
Kita nak cepat siap masak dan makan, maka kita release pressure secara manual.
Caranya? Letak kain bersih yang lembab di atas tombol. Gunakan sudip kayu panjang, tolak perlahan-lahan tombol ke VENT. Akan ada bunyi berdesir, wap keluar. Hati-hati wap panas ya! 
Dah senyap, bolehlah kita buka penutup.

(Kalau nak Auto Release, sila tunggu ~20 minit. Masa ni tak perlu tolak tombol ke Vent pun, kita dah boleh buka periuk. Penutup PPC ni memang tak boleh buka jika masih ada pressure. Macam terkunci.)


6. Inilah rupa masakan kita tadi. Perasan tak? Cecair/kuah tu dah bertambah.
Sebab masa proses memasak tadi, ayam keluarkan jus/air dia.

7. Kemudian kita tekan BAKE-CHICKEN-Start sekali lagi macam masa menumis tadi.
Masukkan santan, garam dan asam jawa. Kacau perlahan. Saya masak begini sekitar 6 minit.
Dah rasa ok, boleh OFF. 

8. SIAP! 
Ayam lembut, tak lerai. Begitu juga kentang dan carrot. Alhamdulillah jadik!
Kalau tak jadik, memang tak letak kat bloglah! 😃


Total masa proses memasak kali ni : ~40 minit. 
Tapi ada ~26 minit yang kita tak perlu hadap dia/tunggu di dapur. 
Kita ada lebih masa untuk urusan lain dan dapur kurang kotor. 
Periuk PPC pun sangat mudah dibasuh, tak lekat.


NOTA PPC
Pressure Time boleh disesuaikan bergantung kepada jenis ayam kita dan saiz potongan ayam. Contohnya jika saya masak guna ayam daging, saya kurangkan masa pressure atau terus guna mode STEAM/STEW - KPT 10 MIN. supaya ayam tak terlalu lembut sehingga ada yang lerai dari tulang.

14 comments:

  1. wahhh mbakyu, enake temenan .. ;p

    ReplyDelete
  2. Kyon ada tapi tak tahu guna.tkasih share cara guna,bolehtry nanti

    ReplyDelete
  3. Kyon ada tapi tak tahu guna.tkasih share cara guna,bolehtry nanti

    ReplyDelete
  4. aida terjah sini.
    ptg ni in shaa Allah nak buat kari ayam pc ni.
    tu yg google :)
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  5. Salam puan. saya ingin tumpang bertanya. Saya ikut panduan PPC yang menasihatkan agar jangan isikan air kurang dari 1/3 bekas, tetapi hasilnya kuah terlalu banyak. Boleh ke kalau saya isi air dalam philips pressure cooker (PPC) ni kurang daripada 1/3 bekas tu? Adakah ianya selamat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam,
      Betul...dalam buku manual memang kata tak boleh kurang 1/3 bekas, jika kita nak SEAL (guna pressure).

      Berdasarkan eksperimen geng PPC terdahulu, setakat ini memang selamat. Dan saya pun dah biasa buat (sebab family kecik, masak sikit), so far Alhamdulillah.

      Yang penting jangan tak isi air langsung atau terlampau sedikit, sebab air diperlukan untuk proses pressure.

      Berkenaan kuah terlalu banyak, puan boleh keringkan guna mode BAKE.
      Caranya, lepas bunyi Beep dan dah release pressure, Off. Kemudian biar penutup periuk terbuka. On BAKE mode, pilih Fish atau mana2 button di situ.
      Off bila puan rasa dah cukup puas hati dengan kuantiti kuah.

      Harap jawapan ni membantu :)

      Delete
    2. terima kasih banyak2 puan

      Delete
  6. Thank you...
    Try follow step2 yg dibagitau..

    ReplyDelete
  7. Alahai bilalah nak dpt periuk mcm ni. Mcm senang banyak je kan Ujie...
    Periuk gini kalau ada tetamu nak dtg mmg berguna. Cepat je dah siap masak.

    ReplyDelete
  8. Itew pun ada satu tp bukan jenama philip..masak kari daging cepat je masak..lembuk jek daging nya

    ReplyDelete
  9. Bagaimana nak mode pressure if ayam atau daging tapi sikit Dan tak mahu Masa sampai 15 minit..boleh ke

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****