Wednesday 18 February 2015

Aku Budak Lenggong


Tajuk : Aku Budak Lenggong
Penulis : Hamizul Abdul Hamid
Penerbit : Kemilau Publika Sdn Bhd
Harga : RM20 (SM)
Muka surat : 360

Saya memang suka baca buku genre biografi/memoir. Macam buku Aku Budak Lenggong (ABL) ni, ia adalah sebuah penulisan berbentuk memoir hasil pengalaman hidup penulisnya. Bagusnya buku genre begini, ia seakan sebuah buku sejarah tentang budaya dan cara kehidupan masyarakat kita suatu masa dahulu. Yang mana ia jauh berbeza dan banyak yang tidak lagi wujud pada masa kini. Buku ini juga bagai terowong masa lalu untuk mereka yang sezaman dengan penulis, mengimbau kenangan lalu yang mungkin sudah pun hampir pudar dari ingatan. 

Petikan Buku
Kami akan memasuki kebun-kebun getah dan membawa sumpit (beg) plastik. Biji-biji getah dikumpulkan dan kami main bersama teman-teman. Ada bermacam cara bagi kami untuk bermain dengan biji-biji getah itu. 

Kami boleh beradu biji getah dengan cara melekatkan di telapak tangan antara dua biji getah dan kami kepitkan di celah peha, siapa yang pecah biji getahnya maka kalahlah dia. Ada biji getah yang kuat dan tebal kulitnya maka kami panggil 'tagan'.

Tagan itulah biji getah kesayangan kami, kononnya ia biji getah yang bertuah dan tahan lasak. Sesiapa yang beradu dengan tagan kami selalunya pecah jadinya.


*bagi yang nak membeli secara online, boleh dapatkannya DI SINI.


~buku ini membuat aku tersenyum sendiri, sambil fikiran melayang ke suatu detik dahulu. Kulit duku dijadikan peluru, berlawan spider king dan bermacam lagi. Indahnya kenangan!~

26 comments:

  1. spider king simpan dalam kotak mancis tak? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg rumah wajib utk spider king tu uncle! hahaa

      Delete
  2. yan merasa zaman spider king dan kulit duku buat peluru...bila balik rumah memang sah kena rotan..baju kena getah duku.. :-)) memori indah..walaupu betis berbekas..

    ReplyDelete
  3. Saya masih ingat memoir pertama yg saya baca (ketika itu masih belajar) ialah mengenai tokoh Ahmad Boestamam, seorang pejuang kemerdekaan berhaluan kiri yang banyak kali masuk penjara British ketika memperjuangkan kemerdekaan. Dia sangat dimusuhi British yang menuduhnya sebagai pejuang komunis dan bila merdeka kerajaan Malaya ketika itu juga memusuhinya.

    ReplyDelete
  4. teringat pulak main biji getah ni masa kecik2 dulu...kalau main kedai2 siap cucuk buat lolipop..heheheh

    ReplyDelete
  5. nice review... perjalanan hidup masa silam yang semakin hilang ditelan zaman...

    ReplyDelete
  6. Menarik nya novel ni ujie
    hari ni baru aku ada msa nak jenguk blog ^_^

    ReplyDelete
  7. napok macam best je....nak try cari jugak lah..dah lama sangat tak membaca..

    ReplyDelete
  8. Mcm best je buku ni laa...
    sVs takut spider king, tapi main berudu dan anak katak.

    ReplyDelete
  9. Ujie, pernah baca buku Dignosis tak? Yg hasil tulisan 3 org doktor tu, salah seorangnya Anwar Fazal bakal suami Fatin Liyana. Nampak macam menarik tapi belum pergi cari lagi.

    ReplyDelete
  10. Okje tak suka membaca ujie.....rugi kan org tak suka membaca ni.....kurang mu?
    Buku biodata Syed Bukhari pun tak habis habis baca lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah malas skrg ni, pengaruh internet kuat sgt.
      Buku biogarfi tu best....cpt2 abiskan baca!

      Delete
  11. sy pn suka tapi lebih kpd... buku biografi kot... hehehe

    ReplyDelete
  12. Bunda masih ingat novel pertama bunda pernah baca sampai masa bunda darjah 5 dulu...novel bertajuk 'Nyawa Dihujung Pedang'...
    Kisah penjajahan Jepun dan kesengsaraan rakyat diseksa Jepun masa itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik! saya suka buku gitu. Blm penah baca lagi. Nak carik la..

      Delete
  13. Pengarangnya bijak menyusun bahasa sehingga pembaca pun terkenang menerawang kisah silam. Kakak pun dulu ada main macam itu Ujie. Tapi kalau anak-anak yg baca novel ini mesti dpt membayangkan apa yg dipaparkan...

    ReplyDelete
  14. Macam menarik saja untuk dibeli dan dibaca, nanti bila ada kelapangan nak beli satu. Tq for sharing

    ReplyDelete
  15. wah nice sharring,,,,,dulu selalu gak main biji getah,,,memori,, :_)

    ReplyDelete
  16. lama nya tak update dekat sebulan dah weyhh :)

    ReplyDelete
  17. dulu di kampung kutip biji getah untuk main congkak :-)

    ReplyDelete
  18. tentu seronok menggamit memori baca buku ni kan..kalau ada kesempatan boleh juga saya cari buku ni...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****