Wednesday, 25 March 2015

Penghantaran Terus Ke Rumah!

Dah setahun saya menetap di kawasan perumahan baru ni, kejiranan pun makin meriah.
Tambah meriah bila masing-masing boleh beramah mesra di grup WhatsApp.
Mungkin ramai yang belum bersua muka, tapi dah biasa bergurau senda.
Begitulah kita memanfaatkan teknologi.

Sambil-sambil tu boleh jugak iklankan barang jualan.
Agen insurans, agen Shaklee, agen Tupperware...
Yang jual Vitagen, jus Delima, susu kambing, kuih frozen pun ada.
Paling menyenangkan, ada yang jual ayam proses dan telur ayam!
Semuanya dihantar terus ke rumah. 


Congo Bars...order kali kedua dah ni. 

Brownies...yang ni jiran bagi percuma, saya order Cream Puff dari dia.

Santapan pagi tadi...Mee Goreng Basah. Pun dihantar terus depan pagar rumah!
Telur goreng tu saya goreng sendiri, telur pun beli dari jiran.


~ Tak payah keluar rumah, tak payah bayar online, tak takut kena tipu...senangnya berurusniaga dengan jiran-jiran begini. ~

13 comments:

  1. Semakin ramai yg bijak mencari idea utk berniaga. Yg menjual mudah yg membeli pun mudah. Kalau taste baik memang menjadilah..

    ReplyDelete
  2. ayam proses & telur pun boleh hantar ke rumah, beli thru whatsapp..mmg hebat..hahaha

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum ujie..apa khabar..lama menyepi....untungnya dapat jiran macam ni...sedia duit je..x pyah kluar memandu...

    ReplyDelete
  4. wah.. bagusnya kejiranan akak ni..
    masing2 berniaga.. kalau buat majlis makan2 mesti meriah..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah aku pun tumpang seronok baca
    sedap-sedapnya makanan yang diorang jual
    nice2 ^_^

    ReplyDelete
  6. waaaa...kalau macam ni memang best lah..tak yah nak kuar umah...
    macam ita duk kampung datin semua nyer jauh...

    ReplyDelete
  7. Seronoknya ujie..musahkan urusan kan

    ReplyDelete
  8. sambil berniaga, sambil mengeratkan silaturrahim.

    ReplyDelete
  9. wahhh.. senang kalau mcm nih.. kalau xsempat masak oder jer kan.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Syukur alhamdulillah, dikelilingi jiran2 yg baik.

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya Ujie dapat jiran yg rajin rajin cenggitu...
    Boleh tekak bertukar selera hihi.....tak buat sendiri delivery order jer kan....Tetiba pulak teringin nak buat Congo bar

    ReplyDelete
  12. seronok dapat jiran2 macam ni,macam jiran saya sekarang, kalau nak menderma ke mana2 pun,masuk dlm whastapp grup je, pastu kumpulkan..gotong royong potluck..memang sangat meriah

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****