Wednesday 7 January 2015

Padi Menguning dan Banjir

Dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Lumut...

...kami melewati pemandangan indah sawah padi yang menguning. Indah!

Tapi kemudiannya, kami melewati kawasan yang dilanda banjir. Jalan raya tak banjir, hanya di sebelah kanan dan kiri jalan dipenuhi air banjir. Di beberapa tempat saya nampak penduduk sedang menunggu giliran untuk menaiki sampan (mungkin nak ke rumah mereka di bahagian dalam). Ramai jugak yang nampaknya 'berumah' di tepi jalan raya ini. Ada yang membina khemah, ada yang tinggal di pondok (gerai jualan rasanya). Nampaklah bantal, pakaian dan keperluan lain.

Bagai lautan! Berdasarkan pemerhatian, saya rasa ini adalah sawah padi. Kalaulah tengah menguning macam yang mula-mula kami jumpa tu, memang kesian sangat. Moga mereka tabah dengan dugaan ini. 

Di sepanjang jalan kawasan banjir ni sebenarnya agak meriah. Di beberapa tempat ramai yang mengambil kesempatan untuk menangkap ikan. Ada yang memancing, ada yang menjala dan ada yang menggunakan alatan lain (tak tau namanya). Sekali tengok macam ada pesta.


~ banjir...dalam duka, pasti terselit manisnya ~

12 comments:

  1. Yui suka suasana mm ni. Tenang...

    Ni blogshop yui nuyuisale.blogspot.com
    Nnti bgthla blgshp akk ya =)

    ReplyDelete
  2. pemandangan padi menguning tu...cantik sungguh

    ReplyDelete
  3. Tak dpt kakak bayangkan Ujie kalaulah padi menguning tu kena banjir - aduhai..

    ReplyDelete
  4. nani suka tengok sawah padi. tenang je rasa :D

    ReplyDelete
  5. Rumah saya terletak di sebelah sawah padi. Kalau hati tak tenang, buka tingkap mengadap sawah dan bagai terusir segala duka....
    Walaupun banjir ada suka dukanya, tapi lebih banyak duka dari suka. Semoga mereka tabah menghadapinya...

    ReplyDelete
  6. Oohh..tengah menguning ya...
    Saya rasa dalam 2 minggu lagi saya nak ke sana la..nak ambil gambar..hope masih menguning

    ReplyDelete
  7. sawah padi dan banjir terkenang kampung halaman... huhuhu

    ReplyDelete
  8. sedihnya kalau banjir tu yg tengelamkan sawah .... ada jgk rezekinya yer.. boleh mancing... blh buat lauk..

    ReplyDelete
  9. Pasti banyak kerugian yg mereka alami. Tapi bila mereka dah bangkit semula nanti, kisah banjir ini akan menjadi kenangan terindah mereka.

    ReplyDelete
  10. subahanallah cantiknya pemandangan sawah padi..salam kenal ujie

    iryantyahamad.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Dah diuji dengan bencana nak buat macam mana kan....redho ajelah. Yelah Ujie, hanya mereka yg tahu susahnya kalau padi yg sedang menguning ditenggelami air cenggitu.....besar sungguh dugaannya tu...

    ReplyDelete
  12. cantik padi yang menguning tu...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****