Monday 21 April 2014

Susu Segar Jabatan Veterinar


Korang pernah minum susu segar yang macam ni? Susu segar keluaran Jabatan Veterinar. Dulu, masa zaman kanak-kanak (pertengahan tahun 80-an)  memang selalu sangat minum. Ada van datang menjual kat kawasan rumah kami. Biasa mak beli banyak, sebab adik-beradik ramai. Ada botol kecik dan ada botol besar. Dan ada beberapa perasa. Harga dah tak ingatlah.

Bila masuk asrama, saya masih kerap membelinya. Kalau 'outing' hujung minggu memang cari susu segar ni. Ada dijual tak jauh dari Stesen Bas Seremban. Lepas penat jalan-jalan, sebelum naik bas singgah beli dulu. 

Kelmarin, jalan-jalan ke pasar malam terjumpa pulak orang jual susu ni. Dah lama tak nampak orang jual (atau saya yang tak perasan??). Harga? RM2.20 untuk sebotol yang kecik ni. Saya rasa mahal...botol ni cuma berisi sekitar 200ml susu segar. Tapi sebab teringin nak minum susu segar perasa jagung macam zaman lalu, saya belilah jugak sebotol. Bolehla minum sorang, sebab suami memang tak 'lalu' minum susu. Rasanya? Emmm..sedap!




21 comments:

  1. saya suka juga minums susu segar..tp harganya boleh tahan..

    ReplyDelete
  2. suami saya pun tak suka minum susu jugak...kalau beli mmg dia tak minum pun..
    dah lama tak jumpa susu mcm tu kann..masa zaman sek dulu2 mmg ada jer org jual..

    ReplyDelete
  3. Samalah sekolah anak kakak ada jual Ujie. Ada org selalu dtg sekolah. Dua-tiga hari sebelum dtg dia akan inform pihak sekolah, jadi kakak bolehlah beli banyak sikit. Biasa kakak beli yg plain aje. Tapi anak dara kakak suka coklat dan strawberry..

    Abe Ujie samalah dgn abang dia tak lalu. Kita mestilah kata sedap kan:)

    ReplyDelete
  4. kalau yg ada perisa saya ok je minum sebenarnya..tapi kalau yg tak berperisa tu saya prefer minum sejuk.. kalau tak memang tak lalu..hehe

    ReplyDelete
  5. yeappp..sgt nostalgia utk org org sebaya kita kan...hahahhaa...saya suka yg perisa jagung tu

    ReplyDelete
  6. saya pun suka perisa jagung ni ujie,
    kat tempat saya hari tu rm1.80
    tengok kat bazar ramadan nanti mesti makin naik harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, saya pun nak ter suka jugak la.

      hehehe.

      Delete
    2. adik tata menyibuk ngan kak tiha dia la tuu..hahahaa

      Delete
    3. Dah terbiasa kak. Asal nampak aje nama Kak TAB, mesti nak mengendeng dia jugak.

      Ngah ngah ngah hahahaha.

      Delete
  7. Tak pernah dengar pun? Nampak sangat saya ni tak suka minum susu. Laa ni terpaksa jugak minum sbb risiko osteoporesis. Anlene coklat aje.

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah minum pun..ada ye?/awat mahal sangt harga nya..?

    ReplyDelete
  9. Di tempat saya tak pernah pun perasan ada susu ni. Yg saya tau susu segar ni yg dijual dalam kotak tu aje...Apa pun, saya memang suka minum susu, tak kira susu segar atau susu tepung tapi bukan susu pekat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR dan Diana..Nampak gayanya susu jabatan veterinar ni takde kat utara lah ya. Saya ingat kat mana2 pun ada.

      Delete
  10. Susu segar memang seronok .. di malaysia mahal sebab bukan minuman harian.. kalau tak mesti murah macam di negara2 lain :D

    ReplyDelete
  11. Tak pernah jumpa mcm ni... biasa beli yg dlm kotak kat pasaraya jer.. kami sekeluarga memang peminat susu, rasanya at least 2 liter lah seminggu, anak suka susu coklat, minum sebelum g sekolah

    ReplyDelete
  12. saya tak ingat plak ada susu nie..tahun awal 90an bila sy tgh sekolah rendah, time tu kat sekolah kitaorang dah start minum susu kotak rasanya kak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. dlu2 merata ade jual..tgh2 kl siap ade kiosk bentuk botol susu ni lg..skrg susah nk jumpe..

    ReplyDelete
  14. kt melaka leh call sy,sy ade jual susu ni 0173522952

    ReplyDelete
  15. http://dirafauto-farid.blogspot.com/2015/01/susu-segar-fresh-asli.html

    ReplyDelete
  16. Salam, kalau nak rasa lagi susu yang macam ni boleh hubungi saya iya :D

    [ hp ] 019 620 0854
    [ office ] 03 4106 0575
    [ fax ] 03 4106 0676
    [ email ] nsdairyfarm@gmail.com
    [ website ] www.nsdairyfarm.com

    Like us on Facebook :
    NS DAIRY FARM

    Like us on instagram :
    Juasseh Agro Park

    ReplyDelete
  17. Orang panggil susu nih,susu legend.. Sbb tuh mahal.. Tpi sedap. 🖤

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****