Tuesday 19 November 2013

Paya Indah Wetlands

Hujung minggu lalu, kakak saya sekeluarga datang dari Johor. Untuk kunjungan kali ni, saya dan suami bawa mereka ke PAYA INDAH WETLANDS. Sebenarnya, ini kunjungan kali pertama buat kami jugak.

INFO : Paya Indah Wetlands ni tempat untuk kita menikmati alam semulajadi. Diuruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara. Dibuka setiap hari dari 7.30 pagi - 7.00 petang. Ada banyak kolam/tasik. Antara aktiviti di sini...berbasikal, memerhati burung, memancing. Pukul 10 pagi kita boleh tengok pekerja bagi makan badak air dan pukul 11 pagi masa untuk bagi makan buaya. Cuma saya tak pasti bagi makan ni setiap hari atau hujung minggu je. Saya datang ni masa hari Ahad. Pertanyaan lanjut, korang boleh hubungi 03-8768 7616/8726.

BAYARAN : Percuma (ni yang paling menarik, jimat!)

CARA KE SANA : Cari arah ke Dengkil, Selangor. Tempat ni terletak di KM4, Jalan Dengkil-Banting. Kalau dari Bangi ia terletak di sebelah kanan jalan.

Dari signboard utama ni, teruskan perjalanan kira-kira 3km untuk tiba ke Paya Indah Wetlands.

Pergi ke kaunter pendaftaran, lepas daftar akan dapat pas ni. Kita boleh jalan kaki (kalau larat la..), berbasikal, naik motor atau kereta untuk berjalan-jalan disekitar tempat ni.

Antara chalet yang ditawarkan. Untuk harga, sila tanya nombor kat atas ya...

Kolam Hippo @ badak air. Tak sempat tengok pekerja beri makan hippo, datang dah lewat. Hippo pun dah masuk kandang semula.

Kolam buaya. Masa ni pekerja tengah campak-campak ayam untuk bagi buaya makan.
Kita cuma boleh tengok ikut celah jaring ni je ya. Bahaya...buayanya banyak dan besar.
Katanya ada 48 ekor...camne dia kira ek?

Landak yang mesra pengunjung. Dok asyik tengok buaya, terkejut bila ada benda kat kaki. Landak ni mencelah kat kaki para pengunjung. Ada yang menjerit takut. Staf situ bagitau...landak ni tak bahaya. Dan jangan lari kalau dia cium/dekat kita, sebab nanti dia akan ikut/kejar kita. Buktinya..memang ada sorang budak tu puas berlari sebab kena ikut dengan landak ni.

Pemandangan salah satu tasik yang ada. Teratai yang cantik!
Tapi banyaak ulat dan telur warna pink.

Menara tinjau. Ada 5 tingkat. Tak boleh lebih 10 orang ya.

Pemandangan dari atas...tenang saya rasa memandang kehijauan alam!

Untuk korang yang tercari-cari tempat berjalan-jalan yang percuma dan menenangkan fikiran, silalah datang ke sini. Walaupun percuma, ia kelihatan dijaga dengan baik. Masih ada kekurangan (cth.: kandang kuda tanpa kuda, tidak disediakan aktiviti di tasik), tapi sebab masuk sini PERCUMA je...setakat ada beberapa aktiviti pun dah memadai bagi saya. 



21 comments:

  1. Sonok jugak Paya Indah Wetlands ni...mcm2 ada. ramai tak pengunjung Ujie?

    ReplyDelete
  2. FARA:
    masa kami pegi ni ramai..mybe sbb hujung minggu & cuti sekolah. Tapi takle sesak/jem.

    ReplyDelete
  3. Tapi kelihatannya macam tak dikommercialkan. Tak ramai pengunjung pun ye. Utk keluarga nampak santailah sebab tak berasak dgn org ramai..

    ReplyDelete
  4. ada hippo ke? Hippo ialah haiwan yg menarik. Ujie, mungkin mereka kira buaya dgn menyuruh buaya beratur sampai seberang sana.

    Saya selalu bila tengok iklan tapak ramsar kat TV teringat kat ujie. Sbb ujie suka pergi tempat2 mcm tu kan?

    ReplyDelete
  5. Bestnya,bila plk kak Nurul nak bawa anak2 pegi sini.

    ReplyDelete
  6. LYD:
    Hehehe..ingat gak Lyd kat saya. saya mmg suka tmpt2 gitu...hijau, hutan.

    ReplyDelete
  7. Jinak betol landak tu! hahaha..

    Byk kali lalu area Nilai ke KLIA, mesti nampak signboard wetland ni..boleh la consider bawak anak ke sini...lagipun FREE!!!

    ReplyDelete
  8. acik pun tak pernah pergi..tapi kalau lalu tu biasa nampak papan tanda tu

    ReplyDelete
  9. Bestnya akak tengok ujie... Boleh pergi ni :)

    ReplyDelete
  10. Ujie ni memang berjiwa kembara kan, entah bila nak kembara ke Utara pulak??

    ReplyDelete
  11. banyak tempat menarik kat malaysia kan.. tapi sayang.. ada tempat yg diorang tak jaga dengan baik.. ada masa nak pegi jugaklah beraktiviti ke sana.. tapi macam jauh la pulak.. hehe

    ReplyDelete
  12. mcm best la tempat ni.. sedap mata memandang kawasan hijau

    ReplyDelete
  13. Salam kenai
    Makchaq pernah duduk kat chalet wet land ni.. cantik.. tapi agak kurang terjaga, mungkin sebab tak ramai pengunjung kut.. tu yang tak dapat maintain..

    ReplyDelete
  14. wah..lama x update, skali update ngan header baru ya kak..hehe..saya pun sebenarnya tak pernah sampai lagi kat tempat nie..nampak cam menarik jer..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. terima kasih berkongsi cerita. sy teringin nak pegi tp belum kesampaian lg.

    ReplyDelete
  16. tak penah lagi pi sini, nampak menarik jugak kan :)

    ReplyDelete
  17. salam

    teringat hari tu, kami berjanji nak ke wetland putrajaya tapi adik sesat sampai ke paya indah..konpius punya pasal!

    ReplyDelete
  18. JR:
    Insya allah..ada bajet, leh saya kembara utara pulak.

    RAI:
    betul, tak jaga & tak buat promo.

    MAK CHAQ:
    saya tengok pun mmg cantik chalet nya. kena promo lebih & tambah daya tarikan..baru ramai pengunjung.

    AZLAN:
    lately busy sikit..plus laptop rosak. ni pun pinjam..

    CHE MID:
    hahaa..takpe, kalau tak sesat tak kenal paya indah wetland pulak kan..

    ReplyDelete
  19. best nyer...

    pling suka tengok bunga teratai...teringin nk pergi

    ReplyDelete
  20. sy x yg x berapa jauh pun x sampai lg..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****