Tuesday 17 September 2013

Hari Malaysia...Chin Peng

(Notis: Penulisan ini hanya merujuk kepada perkataan bergaris merah sahaja)

(Print screen dari fb seorang tokoh agama.)

Tidak mahu mengulas panjang, takut menjadi perdebatan yang hilang arah. Cuma ingin saya nyatakan, adalah tidak wajar seorang yang berpengaruh dan merupakan tokoh agama membuat kenyataan seperti di atas. Kenyataan yang menunjukkan dia gembira atas kematian seseorang. Sungguh, tidaklah kita diajar bergembira atas perkara buruk yang berlaku terhadap orang lain. Walaupun dia manusia yang paling kita benci. Biarkan suratan takdir ini sekadar menjadi lembaran sejarah. 

Hakikatnya, kita mungkin terdetik rasa gembira atas kematian/khabar duka orang yang kita benci. Tetapi biarlah ia setakat di hati atau dibibir sendiri, tak perlu dizahirkan dalam bentuk ucapan atau penulisan umum. Lagi-lagi jika kita adalah tokoh agama dikalangan masyarakat. Ia menjadi ikutan yang salah. Jika seseorang itu bersalah, kita ada mahkamah untuk menghukumnya. Jika terlepas hukuman dunia, neraca akhirat pasti menantinya.


p/s: Tidaklah salah jika tokoh agama cenderung kepada mana-mana parti politik, tetapi biarlah ada prinsip, adil dan tidak taksub. Ketaksuban akan membuat kita hilang pemikiran yang wajar. Mohon maaf andai pendapat kita berbeza... 

15 comments:

  1. memang tak berkenan kalau jenis ustat2 macam ni..
    lagi plak kalau nak baut statement tak berasas n nampak macam nak mengampu je lebih..hurmm

    ReplyDelete
  2. saya tak kisah kalau ada tokoh agama (atau ulama) yang cenderung dengan mana2 fahaman politik. tapi cukup tak berkenan kalau kecenderungan mereka tu seperti membabi buta. berat sebelah. tidak adil. takut menegur pihak yang disokong walaupun jelas benda tu salah. dan jugak enggan menerima pandangan positif pihak lawan yang berbeza fahaman politik.

    tu yang orang kata politik dengan agama tak boleh disatukan. sebenarnya boleh, cuma pembawaan tu yang tak kena.

    eh, hehheee... selamat menyambut hari malaysia.

    ReplyDelete
  3. SM:
    Terima kasih..saya terlupa politik & agama mmg bersatu. Saya dah ubah kenyataan saya diruangan p/s...dgn kenyataan yg lebih tepat.

    ReplyDelete
  4. Kakak setuju apa yg diperkatan oleh smbotak. Sebab itulah kena fikir sebelum berkata-kata...

    ReplyDelete
  5. spesis otak letak kat poket.. bila tokoh agama pun dah tak tau adab bila mendengar berita kematian.. T_T

    ReplyDelete
  6. Matlamat tidak menghalalkan cara...

    ReplyDelete
  7. politik kak.. semuanya jadi halal. hee

    ReplyDelete
  8. bila seseorang mindanya tumpu pada sebelah pihak....beginilah jadinya.

    ReplyDelete
  9. Mungkin dia menulis atas kapasiti sebagai penyokong politik. Hati manusia siapa tahu

    ReplyDelete
  10. Taksub sangat agaknya, begitu lah...

    ReplyDelete
  11. ermmmmm .... yg mati biarlah mati ... nak kebumi pun masih jadi isu kan..

    ReplyDelete
  12. betul tu..walaupun dia bukan islam tapi kita tak sepatutnya meraikan kematian seseorang..ia bukan budaya kita...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. Kadang tu kita tak sedar apa yg kita lafazkan....nampak kecil tapi bagi org lain besarkan Ujie...

    ReplyDelete
  14. "cukup bermakna" dengan kematian seseorang..hurmm kalau tokoh agama memang tak sepatutnya keluar statement cenggini, tokoh2 agama ni kan role model kpd masyarakat umum..kang lain plak jadinya..
    bab taksub dengan parti politik tu memang ada pun kan.terlalu taksub sampai xleh nak bezakan baik buruk, xleh nak berfikir rasional

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****