Wednesday, 31 July 2013

Ramadhan Hampir Tamat, Tapi Cerita Orang Sengaja Tak Puasa Tak Pernah Tamat!

Tajuk paling panjang pernah saya tulis! Rentetan penulisan Makan Dikhalayak Umum, saya tertarik untuk paparkan dua komen berikut:




Apa perasaan kita sebagai Muslim? Saya rasa MALU dan KESAL! Malu bila non-Muslim prihatin pada Muslim yang sengaja tak berpuasa di bulan Ramadhan. Kesal sebab masih terlalu ramai yang ambil ringan ibadat puasa yang termaktub dalam RUKUN ISLAM yang cuma ada lima (5) perkara. 

Apa puncanya? TIDAK SOLAT. Saya katakan tidak solat sebagai punca, ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap insan-insan yang mengaku Islam tetapi liat berpuasa Ramadhan. Mana saya tahu mereka tak solat? Sebab bila menjalani kehidupan/bekerja sama-sama, kita tahulah samada mereka ada bersolat atau tidak. Memang ada orang yang berpuasa, tapi tidak solat. Tetapi belum pernah saya jumpa orang yang lengkap solat lima waktu, tapi tak puasa. Maksudnya, SOLAT ADALAH ASAS KEIMANAN. Kalau seseorang itu masih melakukan solat, bermaksud hatinya masih ada iman (percaya adanya Allah). Sekalipun dia tidak menutup aurat, masih berbuat maksiat. Dengan solat Insya Allah suatu detik nanti dia mungkin menutup aurat, berhenti berbuat maksiat.

Jadinya...kepada para penjaga/ibubapa, DIDIKLAH ANAK SOLAT. Suruh mereka solat sewaktu umur 7 tahun dan jika sudah umur 10 tahun tapi masih liat solat, pukullah (dengan tangan, bukan bantai dengan rotan ya). Ini memang cara yang dianjurkan dalam Islam untuk mendidik anak solat. Insya Allah bila anak cukup waktu solatnya, perkara lain pun jadi mudah. Kepada kita semua, rajin-rajinlah tegur kawan/ahli keluarga yang tak bersolat. Cakap dengan baik, ingatkan/ajak mereka bila tiba waktu solat dan jangan sekali menyindir ya! 

*tips merangsang anak solat..DI SINI.


p/s: Bukanlah bermaksud saya sempurna dalam solat/puasa, bila menulis begini. Tetapi sebagai ingatan, renungan dan ambil pengajaran bersama.


18 comments:

  1. rasanya boleh kot kalau nak dikatakan ini salah satu bentuk penghinaan terhadap agama sendiri. macamana tu, kita selalu marah pengikut agama lain tegur/kritik islam tapi ramai antara kita yang bangga buat salah. maaf, sekadar pendapat...

    ReplyDelete
  2. Memang memalukan org Muslim yg lain..

    ReplyDelete
  3. SM:
    betul dan setuju..kita yg hina agama sendiri.

    ReplyDelete
  4. berdoa moga mereka dapat taufik dan hidayah...start dari sekarang kena pelihara Islam sebaiknya, kita dah akhir zaman..
    mostly parents latih anak puasa sampai melepek yg umo 7, 8 tahun..tapi solat tak titikberatkan..nak cakap lebih kita takde anak lagi..boleh cakap gitu je lah, nak dengar ke tak..wallahualam..

    ReplyDelete
  5. terpana sekejap baca n3 ni.. sesuatu utk kita sama2 fikirkan !

    ReplyDelete
  6. saya pun malu ada org mcm ni .. ya allah moga dia org diberi kesedaran..

    ReplyDelete
  7. 'budaya Melayu' beria ia pupuk minat anak supaya puasa, tapi tak pernah pupuk minat suruh solat..itu la pasal nya...

    Tapi, kadangkala, ibubapa sendiri sibuk buat bumbung rumah, tapi tiang nya tak pernah didirikan...hmmm

    ReplyDelete
  8. Tahun lepas tak silap kakak ada buat N3 tentang hubungkait antara solat dan puasa. Bukan nak riak kakak tak pernah paksa anak kakak berpuasa tapi bab solat tak ada kompromi. Sebaik anak dah mula bercakap kakak dah ajar anak utk belajar membaca iqra'. Masuk 4 tahun tadika PASTI syukur umur 5 tahun dah boleh bersolat tapi tak puasa lagi. Islam tak gariskan bila anak mesti mula berpuasa tapi ada gariskan bila kena mula bersolat. Sebab itu betul kalau solat dah suka otomatik dia akan malu kalau tak puasa, dah tak payah paksa-paksa..

    ReplyDelete
  9. jaga solat, insyaallah terjagalah ibadah lain.

    ReplyDelete
  10. sebab tu kak .. hari2 kita dgr dlm berita dan paper ada serbuan org x puasa .. sedih dgn bangsa dan agama sendiri .. mereka perlekehkan ...

    itulah tanda besar bahawa kita dah semakin ke akhir zaman .. semoga sifat2 sedmikian tidak merasuk anak2 keturunan kita huuh

    ps : akk saya dah 3 bulan buat fulltime Herbalife kak ;)

    ReplyDelete
  11. Setuju...ramai yg posa tapi tak solat, tapi semua yg solat pasti posa....

    Satu lagi yg pelik ialah ramai org rasa malu bila tak posa, tapi tak ramai rasa malu bila tak solat. Di mana salahnya sdg solat itu tiang agama??

    ReplyDelete
  12. KAKZAKIE:
    Takpe, bkn riak. Elokla akak share, bg panduan pd ibubapa lain kan..

    JR:
    Tak pose org sng nampak (makan), tak solat org tak nampak...ibadat utk manusia, bkn utk Allah.

    ReplyDelete
  13. teringat tgk tanyalah ustaz thn lepas, tym tu ustaz hindustan(hazlin rasenye name die) ckp pasal puasa dan solat..die cerita ayah die tegas bab solat, tp umur 11 tahun baru die puasa penuh..alhamdulillah jd ustaz juga..

    ReplyDelete
  14. orang zaman sekarang utamakan puasa lebih dari solat. biar lah anak nak pengsan kebuluran sebab puasa.. tapi kalau tak solat biar je..

    ReplyDelete
  15. memang tak patut betol kan kalau dah umur makin senja tapi tak pose jugak....

    ReplyDelete
  16. malukann...
    puasa tapi tak solat...umur bkn makin muda lagi..byk2kan buat amal ibadat...

    ReplyDelete
  17. Muslim tanpa islam semakin memenuhi bumi Tuhan yang indah ini. puasa yang hanya sebulan pun masih nak diingkari..Moga Allah memberikan hidayah kepada mereka

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****