Monday 29 July 2013

Makan Dikhalayak Umum

Beberapa hari lalu, sewaktu melewati sebuah restoran saya terpandang seorang wanita bersama beberapa orang anak kecil. Ibu dan anak-anaknya mungkin. Di atas meja mereka sudah terhidang makanan, cuma belum ada air minuman. Belum masuk waktu berbuka, tetapi sudah melewati jam 6 petang. Kemudiannya saya lihat mereka mula makan, termasuk wanita bertudung (yang saya rasa Melayu Muslim).

Saya mengendap? Tidak. Mereka makan di meja yang bersebelahan dengan bahu jalan raya. Terbuka. Walaupun rasa kesal kerana wanita ini makan dikhalayak umum pada bulan Ramadhan, tapi tak layak juga untuk saya mengutuk perbuatannya. Kerana saya tidak bertanya pada dia, saya tidak mengetahui apa alasan dia untuk turut makan bersama dengan anak-anak kecil tadi. 

Suatu waktu dahulu, saya bekerja satu pejabat bersama rakan-rakan Cina yang bukan Islam. Pada hari-hari biasa (selain Ramadhan), mereka makan di meja makan masing-masing. Bila tiba bulan umat Islam wajib berpuasa, mereka beredar ke sudut yang tersorok dan tertutup dari pandangan umum. Katanya, sebab saya berpuasa. Tak elok untuk makan di depan mata saya. Saya tersenyum. Saya jelaskan mereka tak perlu berbuat begitu sebab mereka bukan Islam. Mereka bebas makan di mana pun tanpa perlu sorok-sorok. Tapi mereka tetap makan sorok-sorok. Cuma bila mereka minum (biasa memang ada air minuman atas meja kerja), mereka selalu minta maaf sebab terpaksa minum depan saya. Saya terharu dan gembira, mereka menghormati agama saya biarpun saya satu-satunya perempuan Melayu Muslim dalam pejabat.

Ada lagi cerita-cerita lain yang membuatkan saya senang dan rasa tidak terasing berada di tengah-tengah mereka yang berlainan agama dan bangsa ini. Semuanya berdasarkan rasa saling HORMAT!






.

21 comments:

  1. huhuhuhu.. sedihnya rsa... sy ada sorg kwn baik dia india girl... dia krja di hotel dia cerita dkt sy yg dia pnya staff melayu semua xpuasa dia ckp di rasa marah tapi xbolh nk buat ape.. just tegur jelah.. dia ckp mereka bnyak sgt bg alasan...mcm2 alasan penatlah xbgun sahurlah.. bila dia cerita dkt sy sy rasa malu...huhu malu dgn kaum sendiri dn saudara seagama...

    ReplyDelete
  2. memalukan diri sendiri..
    memalukan kaum sendiri.
    sedih.

    ReplyDelete
  3. Bgsnya kwn2 cina awak kan? Kat sini, dpn2 kami diorang dok teguk air sejuk. Kdg2 mkn keropok dpn2 kami dgn bunyi krap, krup kuat2. Cina2 sini takde sivik dan tak sensitif.

    Mgkn perempuan tu ade alasan tersendiri. Sy tak nak buruk sangka takut nanti terjebak mengata. Moga Allah ampunkan kita semua.

    Ujie apa kaba?

    ReplyDelete
  4. Mereka yg celik pergaulan biasa memang akan hormat dgn kita walau mereka bukan Islam Ujie. Tapi yg sedihnya yg sedia Islam pulak tak malu.

    Minggu lepas disebalik tiang shopping complex IOI Kulai, remaja belasan tahun menghisap rokok, sebaik nampak kakak dan abang semua lagi takut agaknya dia ingat kakak dan abang org Jab Agama sebab kakak memang berjubah dan abang pulak kan berjanggut - takut kami tak takut Allah... sedih:(

    ReplyDelete
  5. assalam ujie..betul kaa ujie..tapi sekurang2nya hormat bulan Ramadhan..sabar dulu..suap anak2 dulu..

    ReplyDelete
  6. mungkin dia ada alasan tersendiri....
    sapa tau..

    tapi kan boleh je tahan diri jap...biar anak2 makan dulu...
    walaupun tak pose tapi hormat lah bulan ramadhan

    ReplyDelete
  7. sama dengan opis zi..kengkawan india biasanya makan kat meja sendiri tp bulan puasa ni masing2 masuk pantry bila nak makan..nak minum pun kalau zi ternampak dorang mesti cakap sory..bagus kan bila masing2 tahu hormat agama org lain

    ReplyDelete
  8. Itulah masalahnya bila Islam hanya pada nama/Islam keturunan..

    ReplyDelete
  9. yup setuju sgt,,, tapi kita kena berbaik sangka lah jugakan !

    ReplyDelete
  10. sekarang ni kebanyakkan islam pada kad pengenalan saje..suami sy pun slalu jugak cerita pasal kenkawannya yg x berpuasa..yg dah tua2 pulak tu..pagi2 dah beli makan..bukannya nak cuba puasa dulu..memang sedih dengan keadaan yg camni..

    ReplyDelete
  11. tu lah kak

    kaum lain hormat .. sesama kita lagak lebih bodoh dari mereka ! huhu

    ReplyDelete
  12. dia rasa dia perriod so dia ok je kot makan.. kalau kena cekup pun dia kata dia period.. sebab ada anak2 jadi hilang kalu tu kot.. tapi memang tak hormat lah kann.

    ReplyDelete
  13. betul tu..kawan2 yg berlainan agama pun blh hormat. erm kalau pun betul tak boleh puasa bagi wanita janganlah makan kat tempat terbuka....;(

    ReplyDelete
  14. Malu betul makan di khalayak ramai wpun mungkin ada alasan yg munasabah sekalipun.

    Ramai kawan2 Cina saya di tempat kerja pun makan jauh dari pandangan mata kami. Depa dah lama faham.

    ReplyDelete
  15. mungkin keuzuran tp xelok mkn di tempat awam.

    kaum lain hormat tu dikira bagus juga.

    ReplyDelete
  16. hi. saya jumpa dengan blog ini kebetulan.
    saya orang jupun dan sudah lama tinggal di kl. minta maaf kalau bahasa saya salah.

    saya tahu sekarang bulan puasa untuk Islam dan saya hormat mereka kalau saya makan di hadapan mereka.

    tapi, barubaru ini saya tegok ramai orang melayu (young,lelaki, with motorbike)
    datang ke belakang rumah saya.
    belakang rumah saya ada some space yang tak nampak daripada orang.
    mereka datang seorang-seorang dan hide dan makan,minum.
    selepas itu mereka selalu buang sampah di situ.
    ada banyak sampah plastic..
    mereka selalu datang about 4-5pm.
    saya fikir mereka buy something from pasar ramahdan.

    can you give me advice macam mana saya buat? saya mahu bagitahu ini kepada orang Islam yang ada kuasa (an authority person of Islam).
    I want to report them to police too. or what should I do when I witness such persons?

    bulan puasa ada untuk apa? orang bukan Islam hormat orang Islam, tapi orang Islam tak puasa...

    Rio

    ReplyDelete
  17. kenapa ek perempuan tu makan di khalyak rmai..walaupun tak puasa kena hormat lah bulan mulia ni..wallahualam

    ReplyDelete
  18. aritu ada kwn ira upload kat fb gambar 2 ppuan pkai tdung bidang besar mkn kat shopping complex scr terbuka..tp dia blurkan gambar tu..

    xtau la diaorg terlupa ke apa ke..huu

    spttnya xberlaku la bnda2 camni..

    ReplyDelete
  19. nak kata lebih2 pun tak pasti apa alasan ibu tu kan makan sblm masuk waktu berbuka puasa. berbaik sangka ajelah.

    seronok bila dikelilingi orang2 yg hormat dgn agama Islam ni.

    #tertarik betul dgn komen dari rio di atas tu...

    ReplyDelete
  20. ANON. @ RIO:
    1)Berkenaan 'bulan puasa untuk apa?'. Sebab utama Muslim berpuasa adalah kerana ia diperintahkan oleh Allah. Bertujuan mendekatkan diri seorang Muslim dengan penciptanya (Allah).
    Penjelasan di link ini mungkin sesuai untuk awak.. http://revertedmuslim.blogspot.com/2012/07/kenapa-orang-islam-puasa.html

    2)Bagi kes yang awak sebut di atas, awak boleh contact Jabatan Agama Islam di tempat awak. Beri info agar mereka boleh bertindak. Atau jika ada jiran Muslim, bolehlah minta tolong mereka tegur orang-orang tadi.

    terima kasih kerana prihatin. :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****