Kita pun naik marah...lalu menghina mereka kembali.
Segala kata kesat dan ancaman kita lemparkan.
Tanda 'cinta' kita kepada agama Islam yang murni.
Kitalah pejuang agama!
Tanpa disedari...kita telah tewas dengan permainan mereka.
Mereka yang hanya sengaja mahu bermain api dengan kita.
Mereka yang hanya mahu melihat kita marah menggila.
Mereka yang hanya inginkan perhatian dan publisiti kita semua.
Dan kita...turut bersama dalam permainan mereka.
Kitalah yang tertewas!
Jika begitu, apa reaksi terbaik kita?
Pertama...jangan sebarkan/hebahkan gambar tersebut.
Kerana memang tujuan mereka mahu publisiti mudah dan pantas.
Kedua...cukup sekadar menasihati dan beri penjelasan mengenai Islam.
Kerana mereka memang bukan Islam.
Ketiga...jangan hiraukan mereka lagi. Biarkan mereka.
Bosan bermain tanpa lawan, berhentilah mereka.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kalau kita fikirkan, sejak zaman para nabi dan rasul memang tak pernah berhenti dari hinaan mereka yang berpaling dari Allah. Dan hinaan yang diterima tidak dibalas dengan hinaan. Tapi dibalas dengan kebaikan dan kesabaran. Inilah panduan kita sebenarnya.
Dan kalau kita fikirkan, kita selaku umat Islam sendiri banyak melakukan penghinaan pada Islam. Kita tidak menutup aurat dengan sempurna, meninggalkan solat, melakukan maksiat dan bermacam hal lagi yang tidak selari dengan tuntutan agama. Jadi, marah dan adili diri sendiri atas penghinaan pada Islam yang telah kita lakukan.
p/s: maaf andai penulisan ini tidak selari dengan pendapat korang. Saya berfikir-fikir wajarkah menulis begini (sebab kat Fb semua orang marah-marah), dan akhirnya saya tulis jugak. Jika ada yang tersilap, mohon betulkan ya.
waktu sye tgk berita yg mereka akn diambil tindakan beberapa hari lepas, terus sye terfikir..klau yg bkn islam menghina islam bole diambil tindakan hanya atas dasar 'perlu menghormati'..kenapa tidak yg islam juga diambil tindakan jika menghina islam atas dasar 'agama yg perlu dituruti'..
ReplyDeleteBetul apa yg Ujie kate tu. Kite sependapat. Tak de guna serang diorang blk sbb mmg tulah yg diorang nak. Objektif mrk mulakan perang psikologi ni berjaya. Mmmm...
ReplyDeleteDiorang tu rendah moral dan akhlak. Saja nak jolok kita. Lagi pon pengetahuan mereka tentang agama sangat cetek
ReplyDeletememang patut sangat ini ditulis. lagipun kebanyakan yang menggila tu adalah mereka yang kelihatan pada waktu tertentu je. pejuang? heheee...
ReplyDeleteSaya setuju dgn pendapat ini. Kita tak boleh terlalu cepat melatah. Kena hadapi provokasi ini dgn matang, dan ilmu.
ReplyDeleteNamun..
Ada hadnya kita boleh bersabar.
Ada had nya kita boleh bertoleransi.
Kalau kita selamanya sabar, sabar dan sabar, jadi lah kaduk naik junjung.
Maka, mmg wajar tindakan undang2 dikenakan. Itu gunanya undang2.
Just my 2cents :P
ada masanya mmg kita tak sedar kita pun turut buat dosa dgn menghina dan mencaci perbuatan org lain... mudah-mudahan perkara camni boleh jadi iktibar utk semua tak kiralah yang islam atau bukan islam...
ReplyDeletebetul tu kak...saya marah dengan mereka tapi kemarahan saya itu tidak sampai mencaci maki mereka atau bangsa mereka...ckita kena tunjukkan yang islam itu indah kerana islam itu memang indah..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Pendapat saya, mereka yang tak dapat mengawal emosi. Dan luahkan emosi melalui cara amarah adalah tidak matang dan bersifat kebudak-budakan. :)
ReplyDeletebil org islam marah-marah itu adalah satu kejayaan pada mereka, memang dorang berniat memarakkan api di hati kita....tapi yg lagi sedey...umat islam sendiri pun ada yg menghina islam!
ReplyDeleteSaya rasa mcm penah tulis point sebegini kat blog saya. Ye ujie, kita sependapat. Sama juga dgn kes bakar Quran. Kita la orang yang paling marah kononnya. Tapi maksiat yg kita lakukan, kita tak cuba pun baiki diri. Astagfirullah.
ReplyDeleteYang 2 org tu, bagi saya tak perlu hukum. Tapi lebih baik kalau berdakwah kepada mereka. Cerita kan tentang islam. Mana tau suatu hari nanti mereka terbuka hati terhadap islam.
tepuk dada tanya iman ... buih-buih di lautan sedang di tiup angin badai ... mampukah buih-buih menahannya
ReplyDeletebersabar dgn kerenah org yg menghina agama kita.. lama2 kelamaan diam lah mereka
ReplyDeletesetuju, kalau kita tak pertahan agama kita siapa lagi..
ReplyDeleteada tengok baru ni dalam berita,..
ReplyDeletedah lama tak buka pc..hari ni baru buka..
Telah terlalu lama saudara sepertinya menginjak-injak kesucian agama kita malah diperlekahkan. Kita dah banyak bertoleransi Ujie itulah akhirnya memang kena ambil tindakan undang-undang.
ReplyDeletesebenarnya bila kita melengting dan keluar pulak ayat2 yg tak sepatutnya, tak patut gak sbb Islam mengajar kita sabar n bercakap yg elok2...bukan sebaliknya. Apapun tindakan undang2 mmg wajar. Maaf hanya sekadar pandangan saya.
ReplyDeleteade betulnye ape yg ujie ckp...adakah kite telalu cepat melatah....
ReplyDeleteape pun harap mereka sedar dan yg lain amik ini sebagai iktibar....sebelum berkata ape2 fikir dulu akibatnyer....
hepy weekend dear!~
diorang kena ambil tindakan undang2 kan?
ReplyDeletemungkin selama ni kita dah banyak tolerate, ada baiknya kali ni kerajaan ambil tindakan..
bab hina, caci tu terpulang pada diri masing2..kalau mereka hina & kita balas dengan hinaan juga maknanya kita ni sama taraf je la ngan diorang kan
Bukan nak halalkan 2 budak hingusan ni buat, tapi kisah menghina Islam bukan benda baru di Malaysia. Malah seorang mantan PM Malaysia yg dibangga2kan kerana menjadi arkitek pembangunan Malaysia pernah banyak kali menghina Nabi dan memperlekeh hukum Allah dlm ucapannya, tapi dia tak ditahan polis kerana dia ketika itu PM Malaysia..Malah seorang mufti yg menegurnya malangnya dipecat pula....
ReplyDeleteakum....sy pon sependapat dgn anda...bg sy tak perlu la nak menghukum mereka coz mereka non muslim & tak belajar hukum agama.....sy rase lg teruk org islam yg da tau halal & haram tp still minum arak, judi, bersentuhan bkn muhrim ,berzina....golongan ni lg jelas & terang2 menghina agama sendiri
ReplyDeletesalam ramadhan k.ujie..
ReplyDeleteni y psl couple yg psendakan islam tu kan?
ira pon agak stuju dgn apa y k.ujie ckp..ira bc tp xkomen apa2..smoga Allah beri petunjuk kpd mereka..
kalau serang balik pun takde gunanya kan...semoga Allah beri taufik dan hidayah
ReplyDelete