Monday 18 March 2013

Tanpa Tajuk

Rasa lama je tinggalkan aktiviti blogging. Update terakhir pada hari Rabu lalu. Sebab Khamis dah bergerak ke selatan- Johor. Ada pelbagai urusan di sana.



Hari Khamis berada di Johor Bahru. Menginap satu malam kat Tune Hotel, Danga Bay. Malam tu merayau kawasan sekitar, jumpa kapal yang meriah dengan lampu ni. Saya tak tahu ni tempat apa, tapi tertera tulisan 'Danga Cruise 8'. Berhampiran situ pulak ada macam Theme Park. Cuma ambil gambar kapal ni dan beredar. 

Masa di JB ni terasa asing sungguh, padahal kat negeri asal saya dan suami. Letih sebab asyik sesat dan lalu jalan yang sama. Inilah kesannya kalau dah terlalu lama merantau negeri orang, sampai tak sempat explore negeri sendiri.



Hari Jumaat tu balik Pontian pulak, kampung saya. Malamnya ada kenduri sikit, jemput jiran terdekat dan orang masjid. Makanan ditempah dan hidang cara buffet. Jadinya tak penat sangat, tapi 'penat' berborak dengan ahli keluarga yang lain.



Hari Sabtu ke kampung suami pulak di Batu Pahat. Kali ni ada empat ekor anak kucing yang dah kematian ibu. Dalam gambar ni cuma ada tiga ekor, susah nak ambil gambar semua sebab mereka ni lincah. Asyik bermain. Seronok pulak saya tengok.



Semalam, hari Ahad dah selamat balik rumah sendiri. Tapi sebelah malamnya pergi ke KLIA pulak, ambil seorang ahli keluarga yang tiba dari Sandakan, Sabah. Dapatlah ole-ole Rumpai Laut ni. Saya baru je tau pasal khasiat Rumpai Laut ni menerusi blog kawan-kawan, dan sekarang ada depan mata. Kenalah mencuba!


20 comments:

  1. Anak kucing ni lincahnya sama macam budak kecik...

    ReplyDelete
  2. assalam ujie..cantik gambar kapal tu
    acik pun sma ujie..mana2 pergi pun mesti sesat dulu..letih dibuatnya

    ReplyDelete
  3. Pengalaman JR kalau pergi pertama kali ke sesuatu tempat jarang sangat sesat, sebab kita lebih berhati-hati kerana sedar ia tempat baru. Tapi kalau pergi kali kedua, sesat pula....

    ReplyDelete
  4. Seronoknya. Kita belum pernah dapat pusing-pusing Johor lagi. :)

    ReplyDelete
  5. kami kalau pegi danga bay waktu siang je. pernah terbaca ada yg masuk dlm kapal tu utk makan2 n pusing2 juga rasanya. johor walaupun bukan tempat kelahiran izan, tapi alhamdulillah dah jadi tempat lahir utk semua anak2 dan rumah kami juga di sini....

    # en suami pulak kalau ke shah alam mmg tak sah kalau tak sesat....
    hehe...

    ReplyDelete
  6. lah rumpai laut ke sekali pandang dah mcm serunding yg kat kelantan tu lah pulak kikikikiki. nampak nooo laparnya...

    ReplyDelete
  7. amboi..penuh aktivitu nye ye =)

    ReplyDelete
  8. Johor rupanyaaa..samela kita...

    Sume sebok psal rumpai laut..tiba2 tergerak saya nk tau khasiatnya....kna gugel ni....

    ReplyDelete
  9. wah...busy akak weekend yg lepas..hehe..tapi kira okay laa bercuti sambil berjalan-jalan,tapi kenduri buffet dan makan hidang memang terasa beza kepenatanya kak..hehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Danga Bay tempat wajib ktorang setiap minggu..kalau tau akak ada p kat Danga Bay boleh jumpa akak..

    ReplyDelete
  11. LILY:
    Pegi kejap je, ada hal nak urus. Ptg sampai, esok sebelum tghari dah balik. Mmg teringat kat Lily pun masa kat sana...

    ReplyDelete
  12. sekarang memang ngah trend -kologen rumpai laut..

    ReplyDelete
  13. Br 2 kali sy sampai danga bay. rumpai laut tu, sy tgh cuba nk telan skrg..tak lalu tp bila campur dgn madu mcm ok sikit rasa dia..hehe

    ReplyDelete
  14. sekali sekala balik kampung seronok juga :)

    ReplyDelete
  15. patut lh singah akak takde..
    rupanyer g jalan lagi...

    best nyer tengoj kpal..bile agaknyer dpt merasa naek..

    mkan2 lh yg pling best..
    mak ank kucing tu kna apa mati?..
    mujur ank kucing tu dah besar

    ReplyDelete
  16. mcm ne leh sesat kalau sampai kawasan sendirik erk...ahakz...ahakz...

    ReplyDelete
  17. EITA:
    mak kucing2 tu mati termakan perangkap racun..baru2 ni.

    ReplyDelete
  18. Cantik kapal tu dipenuhi lampu.. :D

    ReplyDelete
  19. Rsa pelik pula dgr. Kira jarang turun jb la ni ye.

    anak kucing yg tgh tu saya suka corak badan ia.


    jgn takcuba rumpai laut. Agak fames skrg ni kan.

    ReplyDelete
  20. TP:
    mmg sgt2 jarang ke JB, last pegi sekitar 3 tahun lps. Balik johor, cuma balik kg sendiri je.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****