Thursday 8 November 2012

Bijak Tapi Malas


Budak yang sangat bijak dalam pelajaran,
Biasanya budak yang sangat pemalas menolong kerja-kerja di rumah.


Betul ke??? Saya ada dua orang anak saudara (bukan adik-beradik) yang sangat bijak dalam pelajaran. Kedua-duanya tak pernah gagal dapat nombor 1 dalam kelasnya. Seorang kini dalam tahun 6 dan seorang lagi dalam tingkatan 3. Kedua-duanya juga 'ulat buku', sangat asyik membaca walaupun masa balik kampung. Kalau takde buku, surat khabar lama atau apa-apa kertas pun boleh dibacanya dengan khusyuk. Selagi ada cahaya lampu, selagi tu sibuk nak membaca. Seorang agak pendiam, seorang lagi sangat-sangat lah pendiam.

Tapi...menurut mak-mak mereka, kedua-duanya sangat pemalas untuk membantu kerja-kerja di rumah. Berbanding dengan adik-beradik lain, walaupun tak sentiasa cemerlang tapi masih boleh diharapkan membantu kerja-kerja rumah. Sampai kena marah sebab asyik membaca je.


p/s: Suami saya kata budak-budak tu bukan pemalas, diorang kan banyak membaca...banyak ilmu/info baru masuk...banyaklah benda yang tengah difikirkan dalam kepalanya!

18 comments:

  1. eh saya rajin tolong mak (<< perasan bijak)

    hahahaha...

    ReplyDelete
  2. bukan pemalas tapi bukan ringan tulang jugakkk.. ahakKKs

    ReplyDelete
  3. mungkin petikan kata-kata tu berdasarkan pemerhatian. ada betul, ada salahnya. tak semua.

    ReplyDelete
  4. Ada sesetengah kot macam tu..macam kazen lily..bijak..asyik blajar jer..tapi kerja di rumah malas buat..tapi ada jugak yg bijak tapi rajin membantu kerja² dirumah...

    ReplyDelete
  5. pernah jugak dgr org ckp mcm tu... tp xtaulah kebenarannya... huhuhuhuhuhu.... lg satu jgn marah² anak yg x pandai sebab yg itulah yg selalu lh diharap menolong kt kan..

    ReplyDelete
  6. tak seimbang tak boleh gak...

    ReplyDelete
  7. as salam

    sebab asyik membaca kut jadi tak minat nak buat keje2 rumah..takpelah beso2 besok rajin lah meke :)

    ReplyDelete
  8. Kakak pun ada anak saudara yg macam ini Ujie. Tapi sekarang dah jadi lawyer tau. Sepupu-sepupu dulu paling tak suka sebab kalau balik rumah kampung kan mereka kena saling membantu tapi dia tu asyik dgn buku 24 jam. Tengok tv pun kalau iklan dia baca buku dulu, iklan habis baru tengok tv balik.

    ReplyDelete
  9. mungkin ada kebenarannya jugak...tp tak semua org samakan...hehee

    ReplyDelete
  10. biar seimbang, lagi baik. seimang untuk dunia sekarang dan dunia akan 'datang'.

    blogwalking blog akak. lama sy tak berblog. hehe

    ReplyDelete
  11. err...tak tau btol ke tak kak...

    ReplyDelete
  12. kdg2x mmg mcm tu...kelebihan setiap org..kdg2x mmg mlas tp bijak..kdg2x krg bijak tp sgt rajin.. :)

    ReplyDelete
  13. ciktom rajin ikut mood...hee

    ReplyDelete
  14. Setuju.. Sebab ada gak pengalaman macam ni

    ReplyDelete
  15. oo macam tu ye..x jugak kot.sy rajin je tolong mak kat dapur *puji diri sndiri jap:)*

    ReplyDelete
  16. ermm..ada jugak jumpe situasi mcm ni..

    ReplyDelete
  17. ct blaja xbijak...kerja rumah pon jrg buat tp rjin tlg...hihi

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****