Wednesday 19 September 2012

Musang Luwak @ Musang Pulut

Inilah musang dalam entri semalam. Sebenarnya saya sendiri pun tak kenal musang! Musang yang ada ni dah kena perangkap oleh bapa mertua saya sebab asyik menghabiskan tanaman terutamanya pisang. Ia juga rajin memanjat bumbung rumah. Alang-alang dah jumpa musang ni, saya pun buat carian di internet mengenai spesis musang berikut berdasarkan ciri-ciri yang ada pada badannya dan pemakanannya.



Nama: Musang Luwak/Luak (Jawa), Musang Pulut (Malaysia)
Nama saintifik: Paradoxurus hermaphroditus
Nama inggeris: common palm civet
Kelas: mamalia
Ciri-ciri: 
Badan berwarna kecoklatan. Terdapat tiga jalur gelap di bahagian belakang dengan latar belakang kelabu atau (creamy), dan topeng hitam pada bahagian mata, pipi dan hidung dengan tompok putih di bahagian bawah mata. Bahagian telinga, kaki dan hujung ekor juga berbulu hitam. Ia lebih gemar memakan buah-buahan.
(sumber fakta: wikipedia)

Pandangan dari sisi.

Sedang asyik makan pisang.
Pernah dengar Kopi Luwak? Menurut ceritanya dari mulut ke mulut ia diperoleh dari biji kopi hasil pilihan musang luwak, dan telah mengalami ‘proses’ melalui pencernaannya! Maka ia dikenali sebagai 'kopi luwak', iaitu merujuk kepada musang luwak. Hukum minum kopi tersebut adalah HARUS dan dengan SYARAT TERTENTU SAHAJA. Korang boleh rujuk DI SINI.

**************************************************
Bukan mudah nak ambik gambar musang ni dari sisi dan tengah makan, sebab dia tak lepas merenung saya. Sesekali bila dia keluarkan bunyi semacam mendengus kuat, terkejut jugak saya. Sampai nak terjatuh kamera! Bila saya tengok lama-lama, rasa comel jugak musang ni. Cuma tak dapat berlama-lama sebab sekadar singgah beberapa jam di rumah mertua dalam perjalanan balik ke Bangi dari rumah mak saya di Pontian.

19 comments:

  1. oo musang ni la ye yg buat kopi 'terhebat' tu hehehe cantik bulu musang ni.pandangan mata tajam betul

    ReplyDelete
  2. mak pernah cerita pasal musang luwak ni..tapi cam ngeri pulak nak minum kopinya..ada banyak jugak kan pendapat sama ada kopi tu boleh minum ke tidak..

    saya bukan peminat kopi..so tak tau pun tak apa..hehehe..

    dulu ada musang pandan mati kat atas siling rumah..kata mak musang pandan tu bau wangi macam daun pandan..

    ReplyDelete
  3. SHAHZEE:
    tu la..cantik bulu dia, mcm kucing kacukan. mata bulat..

    RAI:
    kopi tu..tak tergamak nak minum!

    musang mmg ada byk spesis. tapi mcm sama je dgn musang pulut ni, suka dok bumbung rumah.

    ReplyDelete
  4. Eh, mmg comel pun musang ni. Tapi kalo peluk ni mesti garang. Heheh. Ujie, boleh la buat bisnes kopi luwak lepas ni. Mahal tu... Oo.. kopi tu harus diminum ek? Ingatkan haram terus.

    ReplyDelete
  5. Ye ke Ujie tak pernah kenal musang... Nanas merupakan salah satu buah kesukaannya.

    ReplyDelete
  6. LYD:
    Ahaa..kena tanam pokok kopi dulu la, baru musang tu boleh makan dah 'proses'. ^__^

    *harus..kalo penuhi syarat. Kalo tak ia jatuh haram.

    MIE:
    mmg tak kenal..dari kecik dok bndar Pontian. Bila balik kg rmh nenek (ada kebun nanas), tak penah lak tau ada musang. Nasib rmh mertua kat kg, dptla bertentang mata dgn musang..:-)

    ReplyDelete
  7. Oh... itulah exited Ujie dok perhatikan dia sampai dia renung balik. Lawanlah mata siapa tajam hihi..

    Nasib kamera tak jatuh:)

    ReplyDelete
  8. Comel juga..renungan dia mmg sgt tajam tu..nasib kamera tak jatuh..asyiknye dia mkn pisang...

    ReplyDelete
  9. ppernah dengar cte pasal musang & kopi ni ... hehehe

    ReplyDelete
  10. abg saya pernah bela musang ni....dari kecik sampai beso....mmg jinak....tp siang dia kuat tido...malam je baru nak main2.

    ReplyDelete
  11. hehe.. kat umah sy nie pun ade musang kdang2 dok pnjat bumbung..bising tgh2 mlm.. tp xtau la musang jnis ape..

    ReplyDelete
  12. Assalam Ujie..dapat perangkap musang ye..acik pun pernah nampak musang diperangkap..tapi tak berani nak dekat..walaupun untuk ambil gambar

    ReplyDelete
  13. KAKZAKIE:
    tapi saya yg hampir2 terduduk!

    LILY:
    jumpa pisang..barulah tak renung saya lg..

    KARUKORD:
    fuh..siap bela tu!
    Dia mmg aktif waktu mlm..sifatnya gitu.

    NISA:
    Ntah2 spesis sama..

    ACIK:
    saya pulak excited..lgpun kecik je (besar sikit dari kucing).

    ReplyDelete
  14. menarik sungguh ni

    ReplyDelete
  15. mmg comel tp takut plk bile ujie ckp bunyi dia tu..

    ReplyDelete
  16. musang yg suka makan buah ni biasanye air kencing dia bau macam daun pandan....
    hari tu ada sekali masuk dalam umah ita...

    ReplyDelete
  17. EITA:
    Oh..kalo gitu betul la nama lain utk dia- musang pndan. Kiranya musang spesis ni mmg biasa ada.

    ReplyDelete
  18. ooo ada terbaca pasal kopi luak ni..kena pilih jugak kan takut jadi haram..org kata berkhasiat

    ReplyDelete
  19. TIHARA:
    Berkhasiat camne pun saya tak lalu nk try..hehe.
    Plus regenya mahal.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****