(Amaran: Entri ini agak banyak gambar dan info.)
Jumaat lalu saya dan suami ke rumah adik ipar yang terletak di Seri Iskandar, Perak. Perjalanan dari Bangi ke sana mengambil masa kira-kira 3 jam. Dalam perjalanan balik kami singgah pulak di Hutan Lipur Kuala Woh. Rugi rasanya kalau dah ke Perak tapi tak singgah mana-mana tempat menarik. Saya pilih Kuala Woh sebab belum pernah ke sana dan ia paling dekat dengan highway.
Cara ke sana? Melalui Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar (exit) di Tapah. Lepas tol ada traffic light, ambil arah ke Cameron Highlands. Kuala Woh terletak lebih kurang 10 km dari plaza tol Tapah, iaitu kira-kira 10 minit memandu. Kena perhatikan sign board ke Kuala Woh di sebelah kanan jalan, takut terlepas asyik layan jalanraya yang banyak selekoh tu.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Tiba di sana dah dekat pukul 5 petang. Pengunjung lain tengah sibuk berkemas balik. Bagus jugak, kawasan tu jadi lengang dan bolehlah saya menikmati alam dengan tenang. Tapi sebab masa terhad, saya terus pilih 'port' yang terdekat untuk aktiviti bermesra dengan air. Tak sempat nak cari kat mana jambatan gantung, yang penting dapat main air!
Gambar atas- Kami parking kereta berhampiran kawasan chalet & tapak perkhemahan ni. Insya allah lain kali nak bermalam di sini. Dengarnya harga chalet murah je.
Gambar bawah- Amaran 'kepala air'. Kami pilih 'port' kat kawasan ni je.
Gambar atas- Sebelum masuk air, sempat baca info. Ada 'air panas' kat sungai ni!
Gambar bawah- 'Rajah Brooke' spesis rama-rama yang dilindungi terdapat di kawasan ni.
Kawasan ni banyak batu, kena hati-hati bila melangkah.
Gambar atas- Saya banyak 'melepak' kat sini. Kedalaman separas pinggang, aliran air deras kat celah-celah batu besar ni. Batu sebelah kiri tu, bawahnya panas tau!
Gambar bawah- (dalam bulatan merah) Penemuan 'air panas'! Tak pasti samada betul-betul ada 'mata air panas' atau cuma batuan & pasir tu yang panas. Saya jumpa dua tempat yang begini. Sakit jugak kaki bila tiba-tiba terpijak pasir yang panas disekeliling batu tadi. Jakun jap..sebelah kaki pijak pasir panas, sebelah lagi pijak pasir biasa. *Model kaki milik seorang lelaki ya.
Tak pasti nama serangga ni, tapi saya panggil je 'pepatung'. Cantik kombinasi warna hitam dan biru kehijauan pada badannya. Terdapat banyak di tempat saya main air tu. Bila saya tengok ke langit, rupanya memang sangat banyak serangga ni sedang berlegar-legar kat atas macam kawanan lebah. Tak sempat ambil gambar sebab tengah syok dalam air. Bila nak balik, kawanan serangga ni dah pun beralih ke kawasan hutan berhampiran.
Ni dia si 'Rajah Brooke'! Tapi ni gambar dari peraknews.com. Masa tengah main air tu memang kelihatan rama-rama ni berterbangan...cantik sangat!
Walau cuma satu jam, saya rasa puas dapat ke Kuala Woh. Aliran air dicelah batuan menghasilkan irama yang menenangkan, sambil sesekali kaki memijak pepasir yang panas. Pepatung dan rerama yang cantik pulak berterbangan disekeliling kita. Alangkah...
p/s: Untuk info lebih lanjut, korang boleh KLIK pada link yang ada kat atas ya.
Whoa!! Mcm menarik je nie!
ReplyDeletesuke yg men air tu...mesti best kan..nak g tmpt2 mcmni..air dy sejukkk :)
ReplyDeletemaknenya kuala woh ni jalan hala ke cameron lah yer... lps tol tapah ... baru tahu.. mcm menarik jer..
ReplyDeletepenah g masa sekolah dulu.kem motivasi kalau x silap..berbelas2 tahun dahulu punya cerita hehehe
ReplyDeleteMASYA:
ReplyDeletebetul..jln yg sama utk ke CH ikut Tapah.
Saya pun baru tau, pdhal dah beberapa kali ke CH.
bestnye jalan2 sakan..weyh nape saya tk pasan ujie updet ek..tak kua kat blog saya kut..nt nk p jenguk en3 lain :)
ReplyDeleteTAHNIAH kerana jejak tapak kaki ku. Ehehehehd. Terbaik la gambar raja brooks tu.
ReplyDeleteTak terus naik ke CH ke?
dpt mndi ni best kak ujie! sy sekali je pnh pg...masa sekolah, ikut aktiviti camping pengakap... :)
ReplyDeleteakak pekabo? lama tak jengok sini..
TIHARA:
ReplyDeletepatut la lama tiha tak dtg..technical prob. rupanya.
TP:
malangnya gmbo rerama tu bkn saya amik. tak smpt. tu amik dr web peraknews.
Ikut hati nk je naik trus ke CH, tapi esoknya dh ada urusan lain.
MUN:
ehe..lebih kurang komen kakak Mun je ni..
Akak sihat Alhamdulillah.
cantik la suasana dia :D
ReplyDeletesubhanallah
menarik jer tgk tempat ni..nampak tenang..
ReplyDeletewaaa..best nyer....
ReplyDeletekalau ita yang pergi ni mesti meroyan jap ni..banyak benda nak klik ni
Pernah sampai sini... mmg best tempatnya. Rerama Rajah Brooke tu agak jinak, ambil foto dekat2 pun dia tak terbang...
ReplyDeleteEITA:
ReplyDeleteahaa..mmg byk subjek menarik. tapi sbb masa terhad, akak layan masuk air dulu la..
MIE:
Saya ada baca gak kat blog en.mie psl kuala woh ni.
*nak bgtau, sblm2 ni dah beberapa kali tulis komen kat blog en.mie..tp takleh publish. apsal ntah.
ujie : aisey....takpe panjang umur boleh datang ke Gunung tu lagi
ReplyDeleteNampak TP kat sini... ;D
ReplyDeleteUjie: Rasanya OK je, sbb TP Baru komen bertubi2 kat blog saya...
byk kali juga aku kesini... tmptnya best layan air panas tu
ReplyDeleteI want more! I want more! heheh.. tak cukup la gambar2 ni ujie. nak tgk lagi. [over kan?]
ReplyDeleteKalo macam tu dekat je la Kuala Woh ni. Bestnya dapat pergi jeram yg ada batu2 mcm tu. Pastu tempat pun redup. Kalo pegi ramai2 berkelah lagi seronok kan? Confirm ada macam2 pe-el.
Mie : eh mie pun ada disini kehkehkeh
ReplyDelete* sokong apa yg ujie kata tu....entri terkini mie tu boleh komen tapi tak dipublish mungkin masuk ke spam kot
MIE:
ReplyDeleteoo..dah geng dgn TP..
ok, nnti saya try lagi.
KHAI:
mmg best, air panas dlm air sejuk.
LYD:
mmg dekat, rugi tak try pegi.
berdua pun dah best ni, reramai lagilah.
TP:
kot la..nak g try..
MIE:
ReplyDeletemmg tak bolehla, dia kata w/verification salah (pdhal betul je). dah try byk kali.
tapi walau takde komen dari saya, saya mmg tak ketinggalan baca entri jln2 en.mie.
walaupun asal perak tp saya xpenah pun sampai kat situ lagi... saya pun panggil pepatung gak,warna dia lawa la, mencapah gitu.rama2 tu uniknya corak dia.lawa2 teruja tgk...
ReplyDeleteKuala woh berpenunggu...perempuan brambut lrus panjang.thn 1998 pkul 3am..bdri dlm pondok rehat btl2 tpi sg.
ReplyDeleteKuala woh berpenunggu...perempuan brambut lrus panjang.thn 1998 pkul 3am..bdri dlm pondok rehat btl2 tpi sg.
ReplyDelete