Friday 21 September 2012

Bila Sebuah Filem Menghina...

Bila sebuah filem menghina Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم,
Membuak rasa amarah kita, terbit benci pada si penerbitnya.
Syukurlah...itu tanda hati kita masih hati seorang Islam.
Masih kenal siapa baginda dan masih kasih padanya.

Kemudian...kita mula menzahirkan bantahan.
Seperti hari ini, protes aman bakal berlangsung usai solat Jumaat.
Moga ia berlangsung dengan akhlak Islam,
Bukan 'membuang' Islam untuk membela Islam!

Persoalannya...
Cukupkah sekadar kita rasa marah lalu membantah?
Itulah yang berlaku tiap kali agama kita 'dicuit'.
Kita melihat salah orang, hingga terlupa silap sendiri.

Kita marah bila Rasulullah صلى الله عليه وسلم dihina,
Tapi kita sendiri tak mahu ikut ajaran baginda.
Kita solat ikut sempat..terkadang langsung tak sempat.
Kita berpakaian ikut suka..syariat diletak ke tepi asalkan bergaya.
Pendek kata...diri kita sendiri bagai menghina baginda!
Kita kenal dan cinta...tapi kita tak mahu ikut ajaran baginda.

Sekarang...
Ubahlah pemikiran kita atas apa yang berlaku.
Marah dan bantah itu memang perlu.
Tapi jangan lupa menghitung-hitung diri sendiri,
Diri kita yang mengaku umat Muhammad صلى الله عليه وسلم.


p/s: Sekadar pandangan saya, jua untuk peringatan buat diri sendiri yang selalu lalai dan leka!

16 comments:

  1. betul..1 perkongsian yg sgt baik..juga peringatan utk diri saya

    *mudah2an perhimpunan 2 x melampaui batas hingga org cop islam ni agama memberontak*

    ReplyDelete
  2. Itulah realitinya Ujie. Pupuk kecintaan dan menghormati tapi lupa utk diaplikasikan dalam diri.

    Namun harapan kakak perhimpunan ini dapat menjentik sikit rasa ego lakntullah itu.

    ReplyDelete
  3. umat islam pun taknak hormat pada ajaran nabi muhammad macam mana nak suruh orang hormat pada nabi muhammad..

    ReplyDelete
  4. Betul tu ujie. Malah saya yakin semua penghinaan yang mereka lakukan terhadap Islam ini adalah kerana salah orang Islam sendiri. Skrg ni kita tgk, org Islam terlalu bergantung kepada org2 barat. Dari segi teknologi terutamanya. Seolah-0lah org Islam tidak boleh jika tidak menggunakan barangan yang mereka ciptakan itu. Sedangkan org Islam tidak menyumbangkan apa2 dah sekarang, wp ikut sejarah, ilmu perubatan, ilmu matematik, fizik dan kimia semuanya adalah hasil kebijaksanaan ilmuwan Islam. Sebab itu barat merasakan jika mereka hina mcmn pun agama kita, org Islam tetap akan tunduk kepada mereka. Org islam terlalu berbangga dgn sejarah kejayaan tetapi tidak berusaha utk mengekalkan kejayaan itu.

    *termasuk la saya. Huhu. sebab kesedaran baru je bermula. Masa otak dah tepu ni baru terkial2 nak mendalami ilmu agama sendiri. Harap2 generasi akan dtg akan mengulangi sejarah kehebatan Islam dulu. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. saya lebih suka kalau kita tambahbaik sistem islam yang dipraktikkan di malaysia drpd sekadar dok bantah tp tiada ape yg berubah..
    dan saya lebih suka kalau kita membantah apa2 saja program/majlis/karya seni org islam di malaysia terutamanya yang sebenarnye lebih banyak menjatuhkan islam sendiri(bangga buat cerita yang tak ikut batas islam)..

    ReplyDelete
  6. SHAHZEE:
    harap2 sume mampu kawal emosi kann..

    KAKZAKIE:
    sukar rasanya nak menjentik ego mereka yg mmg membenci kita (islam).

    RAI:
    itu kenyataannya..pahit tapi benar.

    LYD:
    saya setuju pendapat lyd tu.

    *belajar agama ni mmg sepanjang hayat. takde istilah terlambat utk kita. :)

    CK:
    Akak suka pndpt fadh!
    kalau nak bantah psl hinaan ni, byk sebenarnya yg perlu dibantah kat dalam negara kita ni ya.

    EITA:
    realiti buruk yg harus diperbetulkan..

    ReplyDelete
  7. Dunia realiti akhir zaman..nak kata takut diri tersalah silap,nak dibiar takut melarat..doakan yg terbaik utk nusa dan bangsa..

    ReplyDelete
  8. betul ujie..fieda sokong sgt tu..tak guna kita nk memberontak berbagai kalau kita sendiri pun tak hormat ajarannya..mcmna org luar nk hormat sedangkan kita sendiri sebagai umatnya dah jauh tersasar..peringatan utk diri sendiri..

    ReplyDelete
  9. ujie ada blogshop ke..mai la kasi baneer letak kt blog fieda..

    ReplyDelete
  10. aku masih belajar mengikut ajarannya...

    ReplyDelete
  11. pasti....semua orang marah
    dan pasti lagi....balasan akan diterima dari ALLAh

    (moga-moga azablah mereka yg menghina islam,mempersendakan Rasullah)

    ReplyDelete
  12. ps : rm2.00 dikenakan bayaran di pakir bukit broga tu sis.

    ReplyDelete
  13. ELIH:
    yup..doa senjata kita!

    FIEDA:
    insya allah fieda, saya cuba buat banner tu dulu. thanks sgt2.

    KHAI:
    sama la kita..sntiasa belajar sbb sntiasa lupa/lalai.

    TP:
    balasan utk mereka..itu pasti!

    *thanks atas info. ingatkn takde parking area.

    ReplyDelete
  14. betul tu ujie..diri saya pun kadang2 terleka, banyak2 kan berselawat..insya Allah akan terbuka jalan untuk selalu mencintai nabi.. :)

    ReplyDelete
  15. saya sendiri mmg cpt terleka...pasal filem tu, mmg wajar semua umat Islam marah, tp rasanya tak wajar sampai memberontak membuat kerosakan dan berlaku pembunuhan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****