Tuesday 23 August 2011

Bilakah Kali Terakhir Kau Ucapkan Sayang?

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Tajuk Lagu: Subuh Yang Terakhir
Nyanyian: Rabbani
(diambil dari LirikNasyid.com)

******************************************
Antara nasyid yang saya gemari,
Liriknya sungguh menusuk hati,
Apa lagi bila terkenang Ayahanda yang telah pergi...
Dua tahun telah berlalu, masih segar dalam memori.

Hari ini...
Hargailah insan tersayang di sisi...
Sebelum kita atau mereka pergi...
Tak kembali lagi!


p/s: Juga masih terasa sedih atas 'pemergian' Allahyarham Ustaz Asri (vokalis Rabbani). Alunan suaranya bagai tiada ganti...

8 comments:

  1. suka juga dgr lagu ni..
    mmg menusuk kalbu..

    ReplyDelete
  2. Ros pown suke lagu3 rabbani...nawaitu hati..lagu pertama intifada..semua memang best!;)

    ReplyDelete
  3. kadang2 rasa malu nak ucapkan sayang..
    bila dah tak de baru nak menyesal...

    ReplyDelete
  4. kali terakhir sy mengucapkan sayang adlh selepas menekan button PUBLISH YOUR COMMENT. =p

    ReplyDelete
  5. diana: betul..segan kalau dgn adik beradik dll, tapi masih boleh tunjuk syg dgn perbuatan kot.

    chacha: thanks ya..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****