Tuesday 31 January 2017

Astaka Morocco

Catatan pertama saya untuk tahun 2017...

Ahad lalu saya rasa nak berjalan-jalan ke tempat yang belum pernah pergi, tapi dekat dan bebas sesak. Putrajaya tempat tujuan saya. Hasil carian di Internet, saya memilih untuk melawat ASTAKA MOROCCO. Lokasinya di Taman Botani, Putrajaya.

Kawasan parkir luas, dan masa saya datang ni memang tak ramai orang. Dah nak menjelang tengahari. Ramai yang mulai beredar lepas beriadah di Taman Botani.

1. Dari jauh dah nampak ni...wow, memang cantik! Jom kita ke pintu utama...

2. Inilah pintu gerbang utama menuju ke Astaka Morocco. Seni bina yang gah dan memukau pandangan! Paling unik, ada binaan aliran air dan bunyi jatuhan air pancut yang cukup menghadirkan suasana tenang. 

3. Cantik! Memang semua seni bina kat sini cantik. Kalau air pancut kolam ni berfungsi, lagilah cantik. Ni sebenarnya pemandangan di bahagian kiri sebelum kita masuk ke ruang pameran berbayar. Nampak ada pintu tu, tak pasti tempat apa.

4. Inilah pintu gerbang untuk masuk ke ruang pameran berbayar. Disebabkan teringin nak tau apa yang ada kat dalam ni, kita bayar jugaklah ya. Nak masuk kena buka kasut.

5. Sebelum tu, kita 'zoom-in' ukiran yang terdapat pada bahagian atas pintu gerbang tadi. 

6. Notis di pintu masuk. Takde sebut pasal bayaran pun? Sebaik melangkah masuk, ada penjaga wanita India berpakaian seperti pengawal keselamatan meminta bayaran RM3/seorang. Saya masuk bersama sekumpulan pelawat Cina. Tiada tiket diberi. Saya batalkan niat nak bertanya, sebab tengah ramai yang nak buat bayaran. 

Penjaga tersebut berpesan, "Angkat dua tiga bolehlah, banyak tak boleh" lebih kurang begitu jawabnya bila ada pelawat yang bertanya soal ambil gambar. Dah kena bayar RM3 tapi tak boleh bergambar? Huh!


Inilah dua keping gambar di dalam Astaka Morocco untuk tatapan yang tak berkesempatan masuk sini :

7. Ruang tengah astaka. Kalau air pancut tu berfungsi, mesti suasananya jadi lebih indah!
Astaka ni tak besar pun, di sekeliling ruang tengah ni terdapat bilik-bilik pameran. Setiap bilik mewakili satu bandar/kota di Morocco.

8. Susunan mozek corak geometri yang berwarna-warni dan ukiran ayat Quran dan nama Allah melatari seni bina di sini. Memang memukau pandangan. SubhanAllah...dengan izin-Nya manusia mampu menghasilkan seni bina indah!

Di setiap pintu bilik pameran (yang mewakili bandar/kota di Morocco), terdapat info berkenaan bandar tersebut. Dalam setiap bilik, kita boleh lihat seni bina dan seni hiasan bandar/kota terbabit. Ada perabot dan sedikit barang perhiasan. Bab seni bina memang cantik, pintunya saja cukup berseni. Tapi bab perabot dan barang perhiasan (pasu/senjata) yang sangat minima tanpa sebarang info, agak mengecewakan. Tempat pameran seharusnya disertakan info. 

Pencahayaan dalam bilik pameran pun samar-samar, ada lampu yang tidak berfungsi. Tak nak bagi orang suka ambil gambar kot..hehe. Selepas kira-kira 25 minit, kami pun beredar dari sini.  


9. Kita nikmati pemandangan indah tasik dan landskap di Taman Botani pulak ya. Sebelah bangunan pameran tadi je. Bergambar kat sini pun cantik tau. ^_^

10. Tanaman hiasan yang menarik perhatian, sebab bunga putih belang purple. Cantik!


Kesimpulannya, ASTAKA MOROCCO sangat sesuai bagi pencinta seni bina. Atau yang nak cari ilham untuk seni bina rumah sendiri. 

Cuma pihak pengurusan perlulah menyediakan ruang pameran berbayar tu selayaknya, sesuai dengan bayaran yang dikenakan. Pada pendapat saya, caj RM3 tidak bersesuaian - tak boleh ambil gambar dan kurang info bahan pameran. Pelawat Cina siap tanya saya, sebab dia tak paham apa yang cuba dipamerkan. Juga tiada staf/penjaga yang berkelayakan untuk memberi info. 

Persoalan saya, mengapa seni bina Morocco yang dipilih untuk ditonjolkan di Putrajaya? Putrajaya terkenal sebagai mercu pembangunan dan pusat pentadbiran Malaysia, macam salah konsep kat situ bila seni bina Morocco diangkat dan wujud sebagai satu astaka (walaupun ada artikel yang menyebut ia dibina sebagai lambang keutuhan diplomatik Malaysia-Maghribi). 

Bab nama 'Astaka Morocco' campur bahasa Inggeris dan Melayu, memang tak perlu komen. Sebab Putrajaya sedari awal sudah memartabatkan bahasa Inggeris, seperti 'Precint yang ditukar kepada Presint' (yang kemudiannya diterima pakai sebagai bahasa Melayu).


...Maaf ya, catatan pertama tahun 2017 dah dimulai dengan membebel! Nak kongsi tempat cantik sebenarnya ni, tapi jadi bebelan pulak ya. Ampun ^__^ ...


14 comments:

  1. menarik utk dilawati..harap2 dapat gi Morocco betul2

    ReplyDelete
  2. fakta menarik yg akak bebelkan tu. hehe

    ReplyDelete
  3. membebel pun seronok ....rasa macam pergi melawat sekali je kat sini..
    damai je suasana kat sini kan..

    ReplyDelete
  4. Salam 2017 Ujie.... Baru pertama kali dapat tengok awak. Tapi rasanya tak cukup kuat nak kenal awak kalau terserempak awak kat luar.
    Hakak ni kurang suka pergi jalan tempat cenggini Uji. Kalau diberi pilihan antara sini dan IOI Putrajaya, memang IOI Putrajaya City Mall lah yg jadi pilihan hihi....

    Orang yg meminati seni bina rasanya mmg suka ni pergi sini

    ReplyDelete
  5. bengang kan mkcik x leh amek gmbr., huhu2

    ReplyDelete
  6. senibinanya memang cantik, tapi kurang info tu macam kurang bestlah kan, kalau kita mesti nak tahu info tentang sesuatu benda tu

    ReplyDelete
  7. cantiknva... bolehla pg melawat nanti..

    ReplyDelete
  8. Cantik ukirannya..
    Da lama x jalan2 ke putrajaya..
    Ada kelapangan boleh la pergi ni.. Hihi..
    Lamanya entry akak, ira baru drop komen.. Kalau free, nnt emelkan nama dgn alamat ye, hdzal262@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Kalau tangkap gamba kat luar, dah ckup cantik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat luar macam gambar 3 & 4, dah cukup cantik. Cari sudut yang sesuai je. :)

      Delete
  10. Dah lama nak berjalan ke Taman Botani tu, tapi tak dan dan lagi nak pi..

    Jemput baca bahaya impetigo kepada kanak2 : http://nurulatiqah.com/impetigo/

    ReplyDelete
  11. Nama je duduk dekat drive dlm 15 min tp baru sekali ke sini 😬

    ReplyDelete
  12. Dah pergi smlm. Mmg cantik ukirannya tapi tak selesa sbb ada bau yg tak menyenangkan. Tak tau dtg dr mana mungkin dr toilet di bilik vvip. Mungkin ada org guna tp tak dibersihkan slps digunakan...tak pasti. Sepatutnya pihak pengurusan blh je buat pewangi di setiap bilik. Malu kot org luar dtg tapi bilik berbau. Ada lampu pun tak semua yg pasang. Ada air cond pun tak sejuk. Byr tiket tapi tak de diberikan tiket. Main selit je duit dlm buku. Pihak pengurusan patut kaji semula baiki apa yg patut.

    ReplyDelete
  13. cantik..ada nampak masa pergi Pesta Floria..belum berkesempatan nak pi explore..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****