Wednesday, 7 December 2011

Ditelan Mati Emak...

Pepatah mengatakan...
Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Bila kita menghadapi suatu masalah yang amat sukar...
Serba salah pula bila perlu memilih diantara dua.
Kerana keduanya jua bukanlah pilihan yang baik.

Jika membuat pilihan pertama,
Ada hati-hati bakal terluka...
Ada jiwa-jiwa pasti merana...
Ada kehidupan-kehidupan yang akan berakhir...
Yang pasti tiada kesudahan yang baik.

Jika membuat pilihan kedua,
Ada hati yang merasa sakit...
Ada jiwa yang menyimpan amarah...
Ada kehidupan yang tidak merasa aman...
Yang pasti jua tiada kesudahan yang baik.

Lalu pada akhirnya...
Buatlah pilihan paling baik diantara keduanya.
Daripada banyak hati, jiwa dan kehidupan yang terkesan...
Pilihlah hanya satu hati, jiwa dan kehidupan yang terkorban.
Itulah pilihan terbaik bila berada dipersimpangan jalan yang hampir buntu!


p/s: Pilihan kedua...itu yang saya lakukan suatu ketika dulu. Sehingga kini, nyata ia bukan pilihan yang baik tapi masih terbaik daripada pilihan pertama!

13 comments:

  1. insyaAllah dahului dengan istikharah.. :)

    ReplyDelete
  2. h.j:
    thanks mengingatkan..akak lupa nak sebut pasal ni dlm entry. ^_^

    ReplyDelete
  3. SALAM UJIE..,

    APA PUN PILIHAN KITA, ITULAH YANG TERBAIK UNTUK KITA.... NOBODY IS BORN TO BE PERFECT.... ALLAHU`LAM

    ReplyDelete
  4. ada kehidupan yg akan berkahir?
    buat pilihan baik2 yer..kalau pilihan itu tidak menepati dan menyusahkan cari jalan untuk menyesuaikan diri..Insya Allah :)

    ReplyDelete
  5. pilihlah kearah kebaekan, rasanya sudah mncukupi....

    ReplyDelete
  6. memang sukar untuk membuat pilihan..moga apa jua pilihan kita moga ia adalah pilihan yg terbaik..

    ReplyDelete
  7. info tmbhn:
    yg saya pilih ni bkn org tau..tapi pilihan tindakan ke atas suatu masalah.

    ReplyDelete
  8. memang sangat susah nk buat keputusan bila dua2 kita syg..maka pilihlah yang terbaik mcm akak ckp :)

    ReplyDelete
  9. tak suke buat pilihan tapi terpakse kan..huhu

    ReplyDelete
  10. kan bagus kalau tak perlu memilih..hehee

    ReplyDelete
  11. try buat cara lama..amik pen dan kertas dan buat pro and cons..kalau rasa ta yakin insyallah istikharah akan membantu..hehee

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. susahnya nak buat keputusan..

    huuhuh..

    dilema betui..

    *selalu berada dipersimpangan.. =_=

    ReplyDelete
  13. salam Ujie..,

    kalau camtu isthiharah jer laa, kita merancang, Allah merancang dan perancangan Allah tu adalah yg terbaiok...Allahua`lam

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****