My Blogshop :

Thursday, 6 October 2011

Perempuan Kasanova

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, KASANOVA ditakrifkan sebagai LELAKI yang suka memikat dan memperdaya perempuan. Tapi realitinya ada juga kasanova perempuan! Jika di Facebook, boleh jadi juga lelaki yang menyamar jadi perempuan kan? Topik ni baru saja dibincangkan oleh Kamal Afendi, Penganalis Jenayah dalam satu slot di MHI TV3. Menurut beliau, ramai lelaki yang sudah terperangkap tetapi malu membuat aduan. 'Saya nak buat aduan..saya dah ditipu oleh sorang perempuan ni..' Anda sanggup mengadu begitu?

Modus operandinya mudah, cari lelaki-lelaki berwang (berdasarkan 'Info' di Fb). Kemudian 'Request' untuk jadi kawan. Setelah diterima, taktik bermula dengan sering memberikan komen-komen yang penuh puji-pujian terhadap lelaki tadi. Disusuli dengan 'Messages' yang berbaur peribadi dan mampu memancing jiwa lelaki. Bila kemesraan wujud, maka penipuan wang pun bermula setelah bersua muka atau tanpa perlu bersua muka. Alasan biasa- tinggal jauh jika nak berjumpa perlu beri wang belanja, ibu sakit perlu kos rawatan tinggi dan bermacam lagi. Akhirnya setelah diberi wang atau telah banyak berhabis wang, si perempuan kasanova menghilangkan diri!

Ia telah pun berlaku kepada seseorang. Mujur sempat diselamatkan sebelum wang mengalir keluar. Kepada yang lain, berhati-hatilah bila menerima huluran persahabatan daripada mereka yang tidak kita kenali di Fb. Dan jangan percaya kata-kata manis mereka, bertindak jika perlu!

13 comments:

diana said...

alahai ...
lelaki kan mudah trgoda..
hati2 la lelaki2 sekalian..

rara pinkmafia said...

jgn lah mudah terpedaya dgn mereka.

JIJI YU said...
This comment has been removed by the author.
JIJI YU said...

dunia maya ni sikit2 je leh caya

Ujie said...

diana: sbb nak 'berkawan biar seribu', main terima je sape2 nak 'add'. lps tu rajin melayan...

rara: mana tak terpedaya, si prmpuan puji hensem..macho..

jiji: bagus le kalau jiji tau & ingat.

Azlan Hasan said...

pernah juga dpt situasi camtu tapi masa tu kat myspace..hehehe..selalu gak dia mintak sy tolong top upkan utk dia tapi sorry laa..selagi tak kenal in person permintaan sebegitu tak kan di layan..hehehe

Regards,
-Strider-

ieda said...

ahhahah jaga2 ... :)

Ujie said...

azlan: bijak kamu! kira teguh jiwa la ni..hehe

exora said...

kat fb sy hanya add org yg kenal saja...kalu gn nicname pastu gambar pun ntah apo2...sy abai je.

yen(toka ziizokukuto) said...

hahaha setakat mintak topup tu selalu la kena,,,,bru kenal dah mintak topup wth???

Ujie said...

exora: samalah kita..

yen: ehe..itu mini pisau cukur.

CTK said...

hahaha..nk jd kasanova la..mtk topup ngan yen..hahaha

CIK TOM said...

jgn mudah terpedaya dgn teman dilaman sosial cam fb...byk yg indah khabar dr rupa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...