Selama ni saya menghadapi masalah rambut gugur. Kalau tak vacuum lantai tu walau sehari, memang banyak sangat rambut bersepah-sepah. Sakit mata tengok. Dan ianya memalukan kalau ada tetamu yang datang mengejut, sebab tak sempat vacuum.
Macam-macam syampu yang ada kat pasaran saya cuba. Tapi keadaan tetap sama. Ada baca kat blog seseorang yang dia guna rumpai laut dan berkesan, tapi saya pulak malas nak buat. Ada jugak yang jual supplement berkaitan, pun saya tak mau sebab rasa dah banyak jenis supplement nak kena makan setiap hari. Akhirnya, saya jumpa yang ni...
![]() |
| PANTENE Hair Fall Control Intensive Hair Mask |
Hasilnya? Selepas beberapa kali penggunaan, saya dah nampak kesannya. Siap buat eksperimen, tak vacuum lantai beberapa hari sebab nak tengok kadar rambut yang bersepah. Alhamdulillah...memang kurang rambut sepah! Rambut pun jadi lebih lembut. Suka dan syukur sangat!
Kalau korang berminat nak cuba, harganya dalam RM15 gitu. Cara pakai pun mudah, pakai selepas guna syampu dan conditioner (kalau pakailah...). Dah basuh rambut tu, ratakan masker ni dan biar 3 minit sebelum dibilas. Saya guna 2-3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
