Laksa kegemaran saya dan suami...
Susah nak dapat Laksa Johor sebenarnya, ia tak dijual secara meluas.
Pernah makan dibeberapa tempat, tapi rasanya tak berapa sedap.
Sehinggalah kami jumpa satu kedai makan menjual Laksa Johor yang cukup sedap..
Terletak di Pontian, setiap kali balik kampung mesti kami atur masa biar sempat merasa laksa ni.
Saya bagi info, kot ada yang pergi Pontian..boleh merasa.
Nama kedai tu 'Gerai Shima'. Tutup hari Selasa.
Jika dari bandar Pontian menghala ke Benut / Batu Pahat, kedai ni berada di sebelah kiri jalan besar. Sebelah kanan bertentangan dengan kedai, ada Rumah Kediaman Rasmi Jurutera Daerah. Betul-betul selepas kedai, ada traffic light simpang ke Klinik Kesihatan Pontian.
Harga? RM3.50.
Kalau nak resepi, KLIK SINI.
Saya pernah masak sendiri beberapa kali, memang puas makan seharian.
p/s: Tak sabar nak balik Johor, antaranya sebab laksa nilah!

