Memerhatikan tumbuh-tumbuhan hutan merupakan antara perkara yang saya suka lakukan apabila masuk ke hutan. Ianya bagai satu terapi diri apabila dapat menemui, memerhati dan memotret tumbuhan yang menarik pada pandangan mata saya. Tersenyum bahagia gitu. Mungkin encik suami yang kurang bahagia, sebab saya kerap berhenti membelek itu ini. Hehe…
Saya abadikan di blog ini foto-foto flora yang sempat saya rakamkan sepanjang pendakian di Bukit Jambul, Bayan Lepas pada 31 Ogos lalu :
Entah bunga atau buah, cantik berwarna merah menyerlah di kehijauan hutan.
Ada dua perkara yang menarik perhatian saya - dedaun yang memanjat batang pokok dan tekstur kulit batang pokok itu sendiri.
Anak pokok dengan daun berwarna putih.
Walaupun dah kering begini, tetap menarik pada pandangan saya.
Cendawan - subjek fotografi yang cukup menarik kerana kepelbagaian bentuk, saiz dan warnanya.
Cendawan bersaiz kecil. Cantik berwarna pink lembut. Agak sukar saya nak memotret kerana saiznya yang kecil dan terletak pada kedudukan yang agak tersorok.
Cendawan berwarna oren.
Cendawan kecil berwarna pink yang sangat cantik.
Fauna tak ada ke? Pastinya ada, cuma tak memunculkan diri. Kadang-kala terdengar bunyi dahan pokok bergoyang. Tapi bila saya pandang atas, tak kelihatan empunya diri. Ada juga sekali tu saya hampir terpijak seekor ulat bulu bersaiz besar berwarna kelabu gelap, terkejut saya. Mujur tak menjerit. Haha…







